Saturday, October 3, 2009

SYAIKH MUHAMMAD SAID LINGGI MURSHID THARIQAH AHMADIAH

Pada tahun 1905, masyarakat Melayu Kelantan menjadi gempar dengan sebab “telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik. tiada pernah jatuh lagi dahulunya iaitu datang seorang nama Haji Encik Sa’id bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu tariqat Ahmadiyah.”

Demikianlah, antara salinan isi warkah pertanyaan daripada Raja Kelantan, bertarikh 14 Ramadhan 1323 (bersamaan 12 November 1905) yang diutus “kepada orang tua sahaya, Wan Ahmad bin Haji Wan Din Patani, seorang tokoh ulama’ besar Alam Melayu yang menetap di kota Makkah. Haji Encik Sa’id -tokoh kontroversi yang telah mencetuskan keresahan tersebut itulah yang hendak kita perkenalkan pada kali ini.


Latar Diri Keluarganya :

Nama penuh Haji Encik Sa ‘id ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris anak Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin ‘Amaluddin bin Awaluddin @ Dato’ Awal bin Faqih@ Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat. Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kola ilmu Makkah kerana menuntut ilmu. Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang berama Zalikha itu adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau. Manakala Dato’ Awaluddin pula disebut-sebut sebagai penoroka daerah Linggi (1783) di Negeri Sembilan. Satu sumber lain mengatakan nasab sebelah datuk bapanya sampai kepada Saidina Abdullah bin Abbas, sepupu Rasulullah s.a. w. Dikatakan demikian kerana suami Hajjah Rahimah, iaitu Haji Abdul Mu’min Linggi bin Syaikh Muhammad Nakhoda Minangkabau bin Ahmad bin Umar bin Saleh bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut.

Bapanya sendiri, Haji Jamaluddin (1835 -188) adalah seorang tokoh ulama’ Melayu Negeri Sembilan yang pernah diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram semasa bermukim di kola Makkah. Dia masyhur zahid, berpendirian memada dan dikmniakan pelbagai karamah yang pelik-pelik. Diceritakan, pada hari matinya, dia tidak meninggalkan sebarang wang walau sesen pun!

Ibunya, Hajjah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani adalah seorang Qurra’ yang terkenal elok bacaannya lagi penyantun. Pernah menjadi guru Qira’at al-Quran baik semasa tinggal di Makkah, mahupun ketika berada di Patani. Murid-muridnya tidak terbilang kerana terlalu ramai.

Manakala datuk sebelah ibunya, Haji Muhammad Saleh al-Fatani yang masyhur keramat itn adalah seorang guru pondok yang teralung pada zamannya. Murid-muridnya tidak kurang 500 orang pada satu-satu masa. Haji Muhammad Saleh berkahwin dengan Hajjah Mariam, juga terkenal dengan kesalihannya. Bapa Hajjah Mariam. Syaikh Abdul Rashid al-Fatani(4) pun seorang tokoh ulama’ yang termasyhur pada zamannya, dianugerahi Allah dengan beberapa banyak keistimewaan yang tersendiri.
Ringkasnya, Muhammad Said lahir di tengah-tengah rumpun keluarga alim alama’ yang terkemuka dan yang alim turun-temurun.

Kelahirannya :

Muhammad Said dilahirkan di perkampungan Syi’b Ali Makkah “pada hari Sabtu yang keempat atau yang ketiga daripada bulan Sya’ban tahun 1292″ (5) yang bersamaan dengan 25 atau 18 September 1875.
Dipelihara ibu dan neneknya (Hajjah Mariam) kerana ketika itu bapanya sedang berkhidmat di Tanah Jawi.

Zaman Remajanya:

Pada tahun 1882, ketika bernsia 7 tahun, Muhammad Said dibawa pulang ke Patani, tanah tumpah darah ibunya. Beliau dibesarkan di sana sehinggalah umurnya meningkat 12 tahun.

Muhammad Said sungguh bertuah kerana ibunya seorang yang fasih dalam bidang qira’at al-Quran. lbu yang salihah inilah yang mendidik dan membentuk peribadinya. Lantaran itu tidak hairanlah jika beliau tergolong seorang kanak-kanak yang sangat elok akhlaknya lagi cerdas pula akalnya.

Guru-guru Awalnya :

Pada tahun 1887, barulah beliau dihantar mengaji di luar rumah. Empat orang gurul awalnya ialah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani (Tuan MinaI), Haji Awang (Tuan Semel atau Dato’ Semela), Dato’ Nahu dan Syaikh Muhammad Nuh yang berasal dari negeri Kedah. Beliau mempelajari ilmu-ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, nahu dan macam-macam ilmu lagi. Dikecualikan Tuan Minal, ketiga-tiga orang guru yang akhir itu adalah bekas murid datuknya Syaikh Abdul Rashid al-Fatani.
Muhammad Said adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, tekun belajar, malah pernh tidak tidur malam sampai terbit fajar kerana tidak menyedari matahari telah naik. Bahkan, ada “ketika-ketika mengalir kedua matanya akan darah daripada terlampau banyak menilik kepada kitab-kitab”. (Risalah Kanz al Mu’id karangan anaknya Haji Ahmad).
Setahun kemudian (1888), bapanya meninggal dunia semasa berusia 54 tahun (Hijri). Dikebumikan di tanah perkuburan Linggi, Negeri Sembilan.

Ke Makkah :

Pada tahun 1982, ketika berumur 17 tahun, Muhammad Said belayar ke kota ilmu Makkah bertujuan mendalami pengajiannya. Antara puluhan gurunya tersenarailah nama-nama seperti berikut :-

1. Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
2. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani.
3. Sayyid Abi Bakr Syata.
4. Syaikh Ahmad al-Manshawi.
5. Syaikh Umar al-Shami.
6. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad Babasil (Mufti Shafi’i)
7. Syaikh Abdul Karim al-Daghastani.
8. Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Khayyat.
9. Syaikh Umar bin Abi Bakr Bajnnid.
10. Syaikh Mubammad Said bin Muhammad al-Yamani.
11. Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Minangkabau.
12. Syaikh Zainuddin Sumbawa.
13. Syaikh Wan Mnhammad Ali Kutan.
14. Syaikh Wan Ahmad bin Mnhammad Zain Patani.

Ke Madinah:

Muhammad Said termasuk seorang penuntut yang gigih dan bersemangat waja. Pernah bermusafir secara berjalan kaki ke Madinah kerana ziarah makam Rasulullah (sesudah beliau bermimpi menemui baginda). Semasa berada di Madinah beliau berpeluang berguru dengan Sayyid Ja’far al-Barzanji, Mufti Shafi’i.

Ke Mesir :

Kemudian meneruskan perjalanan ke Bait al-Maqdis dan akhirnya ke negara Mesir melanjutkan kefaharnan tentang selok-belok ilmu fiqh empat mazhab. Di sana beliau mendalami ilmn-ilmu syara’, naql dan aqal. Antara lainnya berguru dengan Syaikh al-Jami’ al-Azhar iaitu Syaikh Shamsuddin al-Anbani dan dengan Syaikh Ahmad al-Rifa’i al-Maliki, iaitu sebesar-besar ulama’ Mazhab Maliki di dalam Azhar zaman itu (1896).

Pulang Ke Makkah :

Selanjutnya beliau pulang semula ke Makkah. Belajar ilmn tariqat dengan Syaikh Muharnmad bin Ahmad al-Dandarawi(7) (meninggal dunia di Madinah pada 19 Febrnari 1909). Akhir sekali Muhammad Said diberi ijazah tariqat Ahmadiyah, iaitu pada hujung tahun 1318 Hijrah (bersamaan pertengahan April 1901).
Alhasilnya., guru Muharnmad Said berjumlah 50 orang lebih. Belian diketahui alim dalam ilmu-ilmu alat, usuluddin, fiqh empat mazhab; juga ilmu ruhani, hikmat, falsafah, al-Qur’an dan sebagainya.

Sahabat-sahabatnya :

Antara sababat-sahabat seperguruan termasuk Tuan Mukhtar Bogor, Tuan Husain Kedah, Pat Wan Sulaiman Kedah, Haji Abdullah Pat Him Seberang Perai, Syaikh Uthman bin Abdul Wahhab Sarawak (meninggal 29 Julai 1921), Sidi Muhammad.

Anak-anaknya :

Sepanjang hayatnya Syaikh Muhammad Said disebut-sebut berkahwin sembilan kali dan dikumiakan 32 orang anak. Salah seorang isteri utamanya ialah Siti Zubaidah binti Haji Said Rembau.
Berikut disenaraikan anak-anaknya yang agak terkenal :

1. Haji Abdullah (1905-1956), Kampung Gedung Lalang, Ampangan, Seremban. Anak sulung yang mngambil tugas khalifah tariqat Ahmadiyah selepas kematiannya.

2. Haji Ahmad (6 April 1910 -7 Januari 1964). Khalifah yang kedua selepas Haji Abdullah. Pengasas Pondok Rasah (1935) dan Mufti Negeri Sembilan yang pertama (semenjak 1950); mendalami pengajian di Makkah dan mewarisi sifat kealiman bapanya. Mempunyai empat orang isteri dan 37 orang anak -8 orang telah lulus Universiti dalam negeri dan 8 orang lagi lepasan Universiti al-Azhar. Menghasiikan puluhan karya penulisan. termasuk Kanz al-Mu’id yang mengisahkan manaqib Syaikh Muhammad Said, juga merupakan sumber utama tulisan makalah ini.

3. Haji Abdul Rashid, Teluk Kurau, Singapura. Khalifah yang ketiga selepas Haji Abdullah dan Haji Ahmad. Sangat dihormati dan disegani orang-orang Melayu Singapura.

4. Baji Mansor, Ampangan, Seremban (meninggal I981).

5. Haji Mohammad Nor (meninggal 198l).

6. Haji Muhammad Hamid.

7. Haji Ibrahim (dengan isterinya, Hajjah Wan Safiah Kota Bharu) -bapa kepada Haji Idris Ibrahim, bekas Ahli Parlimen Setapak, Wilayah Persekntuan.

8. Haji Mahadi (1914 -20 Febuari 1983), Taman Maluri, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Anak kelapan dari 15 orang adik beradik dan yang paling manja sekali dalam keluarganya. Lulusan Madrasah al-Falah, Makkah. Seniman terkenal, berlakon dalam 76 buah filem. Lakonan sulungnya adalah secara kebelulan, iaitu sebagai pelakon lambahan dalam filem Penghidupan (1951). Anak Melayu yang perrtama menjadi Pengarah filem -Permata di Perlimbahan (1952). Semasa mudanya (1939) pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.

Peribadinya:

Syaikh Muhammad Said adalah seorang tokoh ulama’ yang berperibadi sederhana. Tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidnp. Bersifat zahid, qana’ah, pemaaf, sabar, wara’, tawadhu’, pemalu, pemurah, kuat beramal dan berkhalwat. Dianggap sebagai seorang wali Allah dan doanya makbul. Beliau suka menolong orang yang dalam kesusuhan. Memandang makhluk-makhluk lain dengan penuh timbang rasa dan kasih sayang. Semenjak menuntut ilmu di Makkah dan di Mesir lagi telah terzahir kelebihan-kelebihan wara’, salih serta keramatnya. Sebagai seorang ulama’ yang amat dihormati dikenali di Negeri Sembilan beliau sangat dikasihi Tuanku Mohammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (mangkat 1 Ogos 1933) dan amat disayangi Dato’ Kelana Ma’mur (1889 -1945).

Karya Tulisnya:

Walaupun Syaikh Muhammad Said ada menghasilkan beberapa banyak karangan sendiri juga terjemahan, kebanyakannya belum dicetak dan sukar diperolehi. Antara yang sudah dapat dikesan adalah seperti berikut :

1. Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyat fi Qawaid al- Tariqat al-Shadhilliyah. Ia disebut juga Risalah al Fawa’id atau Rasail Jawiyyah. Selesai terjemah pada akhir Rabiulawal 1323 (3 Jum 1905). Membicararakankan keistimewaan Sidi Ahmad bin Idris dan cerita-eerita yang bersangkutan dengan ajarannya, termasuk cara beramal dan pelbagai faedah lainnya. Tercap di tepinya al-Ahzab al-Irfaniyyah.

2. al-Ahzab al-Irfaniyyat Wa al-Awarad al-Nuraniyyah. Siap ditulis di bandar Singapura pada 15 Rabiulawal 1323 (3 Jun 1905). Bemkuran 18 1/2 tak 14 sentimeter dan tebalnya 200 muka. Mengandungi himpunan doa dan hizb.

3. Kashfal-Ghiba an Haqiqal al-Riba.

4. Sullam al-Ta’rif ila ‘Ilm al-Tasrif(ilmu sarf).

5. Risalah Farb (juga mengenai ilmu sarf).

6. al-Kashf wa al-Tanfis an Ashab Sidi Ahmad bin Idris.

7. Makalah Kaifiat mengerjakan Tarawih yang 10 rakaat.

8. Perjalanan mendirikan Jumaat.

9. Wazifah-wazifah bagi orang salik pada permulaan suluknya.

10. Manuskrip syair Arab tanpa tajuk, sepanjang 142 baris yang ditulisnya di Tanah Melayu. Mengupas tentang kesesatan Kaum Wahabi dan kekarutan mereka.

Meninggal Dunia :

Ajalnya tiba pada malam Ahad, 12 Rabiulawal l345 bersamaan 18/19 September 1926, ketika berusia 53 tahun (Hijriyah). Lebih 5000 orang mengiringi jenazahnya, termasuk Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ampangan., iaitu sebuah kawasan berbukit di bandar Seremban.
Beliau meninggalkan seorang ibu, seorang saudara perempuan kandung, seorang anak saudara dan beribu-ribu orang murid yang bertebaran di seluruh Semenanjung.
Sebagai mengenangkan jasa baktinya maka Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan (ditubuh 1959) yang mulai 1977 diambil alih pentadbirannya oleb Kementerian Pendidikan dilambangkanan sempenan namanya : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.

Thursday, October 1, 2009

TANPA SENTUHAN HIDAYAH JIWA SENTIASA CELARU

KESEIMBANGAN memegang prinsip agama dan dunia adalah tuntutan keimanan. Tekanan orang yang mengejar dunia dan melupakan akhirat, akan tidak tidur lena kerana syaitan sentiasa mengganggunya dan menakutkan mengenai bahaya kemiskinan, muflis, kehilangan harta benda dan kejatuhan kuasa.

Syaitan meracuni hati manusia dengan penyakit dengki, takbur, ego, su'uzzhan, riak, putus asa ketika dihimpit musibah dan ghurur yang memadamkan cahaya iman. Syaitan menjadikan hawa nafsu sebagai gula-gula yang menyedapkan deria insan lemah. Akhirnya mereka berada dalam penjaranya, menjadi tawanan dan patuh setia terhadap arahannya.

Orang mukmin berjaya berlainan dengan orang yang tertawan dengan sifat ini. Orang mukmin setia memegang prinsip keseimbangan dalam mengharungi kehidupan dunia demi mendapatkan habuan akhirat yang menjadi cita-cita teragung dalam kehidupannya.

Al-Quran dan al-sunnah, sentiasa teguh bersama keduanya dalam menghadapi cabaran dunia. Orang mukmin yang berjaya tidak pernah dilalaikan kuasa dan perniagaan kerana mampu menakluk kedua-duanya dengan iman teguh.

Rasulullah SAW pernah rasai kerinduan sebegini, apabila wahyu tidak turun seketika sehingga orang kafir mengejek Baginda ditinggalkan Tuhannya. Rasulullah diuji dengan keadaan ini, menanti Jibril di atas bukit mengharap turunnya ayat menenteramkan jiwa dan menghapuskan kesedihan.

Hakikatnya, Rasulullah bukan takut dan sedih kerana gangguan orang kafir tetapi Baginda takut dan sedih jika hidayah itu tidak turun bagi menenteramkan jiwanya lagi. Sehingga surah al-Dhuha dianugerahkan untuk menghibur jiwa kekasih Allah yang rindukan ayat rahmat-Nya. Firman Allah yang bermaksud;

"Demi waktu matahari sepenggalahan naik. Dan demi malam apabila sunyi (gelap). Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan). Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang Yatim, lalu dia melindungimu? Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan petunjuk. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu dia memberikan kecukupan." (Surah Al-Dhuha ayat: 1-8)

Ingat kepada akhirat mampu melepaskan tekanan dihadapi seseorang. Bukankah tabiat jiwa diciptakan untuk sentiasa memerlukan hidayah Allah? Jika jiwa tidak mendapatkan sentuhan hidayah sudah tentu dia akan menjadi tidak tentu hala tuju, bercelaru dan mudah dipermainkan syaitan. Jadi, amat penting menjadi seorang perindu kepada hidayah Allah.

Hidayah bukanlah jaminan kemudahan untuk menghalalkan perbuatan buruk seseorang. Apabila berbuat jahat dan mengaku belum mendapat hidayah Allah. Padahal dia menutup mata dan hatinya ketika hidayah Allah itu datang.

Hidayah perlu dicari, dipelajari dan dibuktikan dengan amalan. Hidayah bukan sekadar ilmu tanpa direalisasikan, bukan angan-angan. Untuk itu orang beriman perlu menghadirkan hatinya sentiasa bersedia menerima hidayah Allah. Petunjuk Allah berada di mana-mana, pada ayat tergambar di dalam al-Quran, pada keadaan manusia beraneka sifat dan tabiat, pada gambaran kehidupan alam semesta yang memantulkan kebesaran Allah.

Hidayah itu berada dekat dengan diri manusia, amat dekat tetapi tidak diendahkan. Hidayah itu yang berbisik di hatinya, suara hati yang suci. Bukankah Allah sentiasa berada dekat dengan hamba-Nya.

Seseorang perlu mengamalkan beberapa langkah untuk mendapat hidayah Allah, iaitu:

Mencari ilmu. Orang yang hatinya rindu kepada permainan, hiburan dan kelalaian dunia biasanya tiada masa untuk ilmu. Kadang-kadang mencuri masa yang sedikit untuk membaca al-Quran tanpa penghayatan. Terlepas peluang mengkaji hadis Rasulullah dan tidak terdetik di hati mempelajari sunnah dan mengamalkannya.

Kedudukan ilmu bukan untuk menghantarkan seseorang pada satu gelaran alim, ustaz atau tok guru. Tetapi, matlamat menghidupkan ilmu dalam diri adalah untuk menghantarkan kita berada dekat dengan Allah.

Ilmu membolehkan seorang hamba memahami bentuk ketaatan dan kesetiaan kepada Allah, mempelajari dan menghindari jalan yang dimurka-Nya. Ilmu juga membuka mata hati insan untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, di mana kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Ilmu diharapkan melahirkan Khalifatullah berpotensi memakmurkan bumi.

Mendampingi orang soleh. Seseorang yang istimewa kedudukannya di sisi Allah memiliki sesuatu tidak dimiliki manusia biasa. Tutur katanya mampu menghantarkan petunjuk, hidayah dan hikmah ke dalam hati yang mendengar, akhlaknya menjadi penyejuk mata orang memandang, jasa dan perjuangannya menjadi sebutan yang tidak lapuk ditelan zaman.

Beruntung sesiapa yang bersahabat dengan mereka disebabkan amal soleh dan teladan ikhlas mampu menggerak hati ke jalan Allah dengan memperingatkan hamba-Nya berwaspada memilih sahabat sehidup semati, dunia akhirat.

Mengikuti sunnah Rasul dan Salafus soleh. Setiap mukmin wajib beriman Rasulullah SAW berperanan menghantarkan petunjuk hidayah kepada umatnya hingga akhir zaman. Jadi, mengapa ada golongan yang mengaku Muslim mencari petunjuk lain yang bukan dibawa Rasulullah?

Fenomena mengada-adakan sesuatu urusan agama yang tidak pernah dilakukan baginda dan sahabatnya jika dibiarkan berlarutan boleh menimbulkan fahaman baru yang menyalahi sunnah Rasulullah. Rasulullah pernah menyentuh perkara ini kepada Huzaifah Ibn al-Yaman, kebaikan yang ada pada umat Islam menjadi pudar kerana timbulnya unsur dakhan di kalangan mereka.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)