Tuesday, February 23, 2010

MENCEBURI TANAMAN ORGANIK

Barakah Agroserve kini mula menceburi sistem tanaman organik, percubaan pertama akan dijalankan di atas sebidang tanah seluas 2 ekar dengan tanaman timun sebagai tanaman permulaan.



Kerja-kerja permulaan bagi tanaman organik telah dimulakan dengan menyungkap sekam padi ke atas batas.

Pengenalan
Pertanian organik adalah satu pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia, racun perosak dan bahan penggalak tumbuhan. System ini bergantung kepada penggunaan bahan organik dalam bentuk kompos, baja hijau atau sungkupan untuk mengekal dan menambahkan kesuburan tanah. Di samping itu pertanian organik mengamalkan kawalan biologi bagi perosak dan rumpai.

Kebaikan Tanaman Organik

1. MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH
Kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi kesuburan tanah. Hal ini kerana pertanian organik dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman giliran. Cara ini adalah tanam yang lebih daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. Tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Oleh itu, tanah akan kekal subur malahan semakin subur melalui tanaman organik.

2. MENGELUARKAN MAKANAN YANG SELAMAT
Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat.

3. MENGITAR SEMULA SISA PERTANIAN, SISA DAPUR, SISA LAMAN DAN NAJIS HAIWAN TERNAKAN SECARA BIOLOGIKAL
Tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan membuang begitu sahaja.

4. MENGAWAL RUMPAI DAN PEROSAK
Di samping itu, mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan wujudnya pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wangi, kucai dan selasih tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh digunakan untuk memasak. Hakikatnya, tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi.

5. HARGA DAN PERMINTAAN YANG TINGGI
Oleh kerana tanaman organik amat kurang dilaksanakan oleh petani moden, maka permintaannya amat tinggi serta dijual di pasaran dengan harga yang tinggi. Contohnya timun organik dipasaran dijual dengan harga rm5-rm8 sekilogram manakala timun biasa dengan harga rm2-rm3 sekilogram.

FERTIGASI TERGANTUNG

Alhamdulillah sistem fertigasi tergantung yang pertama sekali dijalankan sebagai percubaan telahpun berjaya.

Sistem fertigasi tergantung seluas 1 ekar telah dimulai dengan tanaman timun sebanyak 2400 pokok kini telah berjaya dituai.



Tiang-tiang dan poly bag yang telah siap untuk digantung







Setelah mengeluarkan hasil. Buah timun yang bergantungan di atas kepala mudah untuk dituai



Timun yang telah dituai dilonggokkan sebelum di masukkan ke dalam bakul



Timun diisi ke dalam bakul sebelum dihantar ke pasar borong, sebanyak 300-400 kilogram sehari berjaya dituai.

Tuesday, February 2, 2010

BARAKAH AGROSERVE

Alhamdulillah tanggal 26 Januari 2010 baru-baru ini, sebuah syarikat baru telah berjaya didaftarkan dengan nama BARAKAH AGROSERVE SDN BHD.

Pendaftaran syarikat yang khusus dalam bidang pertanian ini adalah amat diperlukan, memandangkan pembukaan tanah-tanah baru untuk dijadikan ladang-ladang pertanian semakin meningkat.

Alhamdulillah sehingga kini pihak kami telahpun memiliki ladang-ladang pertanian seluas 20 ekar di Titi Gantung dengan tanaman cili, timun, labu manis dan kacang panjang. 3 ekar di lenggong dengan tanaman bendi dan insyaAllah sebidang tanah lagi seluas 10 ekar di Ipoh akan dibuka dan dijadikan ladang tanaman nenas, cili dan timun pada April ini InsyaAllah.

Di samping mengamalkan sistem pertanian konvensional, Barakah Agroserve akan memulakan pertanian Organik seluas 5 ekar sebagai percubaan pertama. Barakah Agroserve juga sehingga kini telahpun memiliki 1 ekar fertigasi tergantung dan 12 buah rumah pelindung hujan yang mengamalkan sistem fertigasi sepenuhnya.



Jalan tar untuk menuju ke ladang



Jalan tanah di dalam ladang



Pemandangan ladang dari bukit



Tanaman fertigasi di dalam rumah pelindung hujan



Anak benih di dalam rumah semaian



Tanaman secara konvensional



Tanaman fertigasi tergantung

Semoga segala rezeki yang diperolehi mendapat barakah dari Allah.