Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w. ia bersabda:
ما من مسلم يغرس غرسا أويزرع زرعا فيأكل منه طير أو انسان أو بهيمة الا كان له به صدقة
Bermaksud, “Barangsiapa dari seseorang muslim yang bercucuk tanam lalu dimakan darinya burung atau manusia atau binatang ternakan tiada lain baginya melainkan sadaqah”.
Dan dari Abi Ayub al Ansari r.a dari Nabi s.a.w ia bersabda:
من غرس غرسا أعطاه الله من الأجر بعدد ما يخرج من ثمر زلك الغرس
Bermaksud, “Barangsiapa bercucuk tanam akan Allah kurniakannya daripada ganjaran pahala mengikut banyaknya buah (biji-bijian) yang keluar dari tanamannya itu”.
Hikayah, Suatu ketika seorang raja melalui seorang tua yang sedang bercucuk tanam, lalu sang raja berkata padanya; adakah dikau bercucuk tanam untuk dimakan hasilnya? Lalu ia berkata, “kami bertani untuk kami makan hasilnya dan kami juga bertani untuk mereka dan mereka makan hasilnya” lalu aku berikan padanya 1000 dirham dan ia ketawa, lalu aku bertanya mengapa begitu, lalu ia menjawab “aku berasa takjub betapa cepatnya tanaman ini mengeluarkan hasilnya, lalu aku berikan lagi padanya 1000 dirham, dan ia ketawa lalu berkata ”dalam satu tahun tanaman ini mengeluarkan hasilnya satu kali tetapi tanamanku ini mengeluarkan hasilnya dua kali” lalu aku berikan padanya 1000 dirham lagi tetapi menolaknya.
Berkata Abdullah bin Salam, “tidak berhasil tanaman di atas muka bumi ini setelah keluarnya dajjal” dan dikatakan Saidina Osman bin Affan pernah ditanya seseorang “dikau sehingga kini masih bercucuk tanam?” lalu ia menjawab kerana kiamat telah hampir, dan apabila datangnya hari kiamat aku tergolong dari kalangan orang-orang yang berbuat kebajikan.
Telah dinaqalkan oleh al-Ala’iy r.a dalam surah Yusuf alaihissalam, bahawasenya Allah Tabaraka wa Taala telah menurunkan ke atas Musa alaihissalam seekor lembu yang digunakan untuk membajak tanah disamping menurunkan 1000 malaikat yang diperintahkan untuk memberkati tanamannya, maka setelah diusahakan (setelah bermulanya cucuk tanam) Allah Tabaraka wa Taala menurunkan lagi 3000 malaikat yang mendoakan keberkatan, dan setelah berhasilnya tanaman (mengeluarkan buah) lalu Allah Tabaraka wa Taala menurunkan lagi padanya 6000 malaikat untuk setiap cabang yang sentiasa mendoakan keberkatan dan tidaklah dimakan buah-buahan tersebut melainkan setelah diturunkan Allah 10,000 malaikat yang mendoakan keberkatan padanya.
Bersabda Nabi s.a.w;
أكرم نبات على وجه الارض البر وزالك أن الله تعالى فبه استعمل فيه أهل السماء و الأرض
Bermaksud, “semulia-mulia tumbuhan atas muka bumi ialah gandum oleh yang demikian itu Allah menjadikannya untuk ahli langit dan bumi”
Ciptaan pertama di atas muka bumi ialah ‘alat pembajak’ dan manusia pertama menggunakannya ialah Nabi Adam alaihissalam, ia menggunakannya sehingga kepenatan di tengahari lalu berkata Adam kepada Hawa “tanamlah apa-apa yang kita ada” lalu tumbuhlah gandum dan dengannya ia berasa takjub.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment