Dipetik dari: Alfian
Tuan guru membetulkan duduknya. Dia mengurut-ngurut janggutnya yang panjang tetapi tersusun rapi. Sentiasa dijaga dan dirapi mengikut garis panduan As-Sunnah. Sesuatu sedang berlegar-legar di dalam benak fikirannya. Fikirannya juga mengimbas kepada sesuatu...
Pemuda yang menjadi tetamunya masih diam membatu. Menunggu keputusan dan jawapan. Diam berdiri di hadapan Tuan Guru yang mulia. Bukan kali pertama bagi Tuan Guru melayan karenah mereka yang datang berhajat ingin berguru dengannya. Anak-anak muridnya memang ramai...mencecah puluhan malah ratusan. Terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza yang rata-ratanya para 'Huffaz' ilmu hadis yang datang dari pelbagai pelusuk dunia; dari Syam membawa ke Hijaz malah ke Iraq. Baginya bukanlah sesuatu yang ganjil jika anak muda ini juga datang dari jauh semata-mata hendak berguru kepadanya.
Tiba-tiba tuan guru tersenyum. Dia lantas mencapai beberapa buah kitab tebal yang tersusun kemas diatas meja yang berada disisinya.
"Jika kamu benar-benar ingin berguru kepada ku.." Sang Guru mulai bicara, memecah keheningan yang tercipta di ruangan peribadinya.
..."ambillah kitab-kitab ini, didalamnya terkandung sebanyak 10 000 hadis. Hafalkan kesemuanya tanpa silap...baru kamu bisa layak menjadi anak muridku".
Pemuda itu akur dengan syarat yang diberikan oleh Sang Guru. Pastinya ada hikmah disebalik syarat yang berat dan ketat ini. Lantas pemuda itu pulang ke tempat penginapannya. Kemudian beberapa lama ia cuba sedaya upaya untuk menghafal sebanyak 10 000 hadis yang diberikan oleh Sang Guru tersebut.
Selang beberapa lama, maka pemuda itu kembali menghadap Sang Guru setelah ia berjaya menghafaz kesemua 10 000 hadis tersebut tanpa sebarang kesilapan. Pemuda itu datang dengan membawa seribu satu harapan agar dia diterima menjadi murid Mahaguru Hadis yang tersohor itu. Bayangkan, guru kepada Sang Guru itu sahaja sering meminta fatwa kepada beliau. Begitu tinggi ilmunya berbanding dengan gurunya sendiri.
Dipendekkan cerita, pemuda itu pun diarahkan supaya memperdengarkan bacaan hafalan hadisnya kepada Tuan Guru untuk disemak kesalahannya...begitulah kaedah 'Talaqqi' atau memperdengarkan hafalan sebagai salah satu kaedah periwayatan dan juga penyampaian hadis sejak zaman Salafussoleh iaitu sejak zaman Rasullullah SAW, para sahabat, dan tabi'in. Punyai salasilah dan asal usul. Bukannya hanya disalin sesuka hati dari kitab-kitab tanpa izin dan ijazah penulisnya. Inilah bukti kemurnian ilmu hadis dalam Islam.
Ustaz Nuruddin Marbu' Al Banjari Al Makki. Ulama fikah dan hadis Nusantara. Gelarannya 'Azharus Tsani' (Universiti al Azhar kedua). Walaupun tidak mencapai taraf 'Huffaz' dan 'Muhaddith', beliau berguru dengan para Muhaddith dan ulama serta Hadits-hadits yang dipelajari beliau sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah SAW. Kitab-kitab ulama’ muktabar yang dipelajari beliau sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab-kitab tersebut ini seperti Imam As-Shafie, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi.
Akhirnya Sang Guru berpuas hati atas hafalan hadis pemuda tersebut. Tiada satu pun kesalahan yang beliau dapati dari hafalan pemuda itu. semuanya dapat dihafaz dengan baik oleh pemuda soleh tersebut. Almaklumlah, antara syarat periwayatan hadis ialah individu yang mahu meriwayatkan hadis turut diambilkira agar berstatus 'tsiqah' atau dapat dipercayai dan dijadikan hujjah. Kuat ingatan atau 'dhobit', soleh, berahlak dan berperibadi mulia;' adil', terpelihara dari dosa besar dan sangat kurang berbuat dosa kecil mengikut penilaian kaedah ilmu hadis yang sangat ketat. Maka Sang Guru akhirnya mengomentar;
"Bagus anak muda, kau sudah ada kelayakan untuk berguru denganku. Hafalanmu terhadap 10 000 hadis itu itu sangat bagus. Namun ketahuilah olehmu!; bahawa kesemua hadis-hadis yang kau hafal adalah hadis-hadis Maudu' atau palsu!".
Si pemuda itu tadi terkejut besar. Kebanggaan akibat dipuji Sang Guru sebentar tadi sirna serta merta. Usaha berat yang dilakukannya selama ini bagaikan sia-sia. Lantas ia terus bertanya kepada Sang Guru...dan bagaikan ada nada 'protes' didalam soalannya.
"Ya Imam! Bagaimana tuan suruh hamba menghafal 10 000 hadis-hadis palsu? Sedangkan Rasul sudah bersabda 'Barangsiapa berdusta atas namaku, maka siapkanlah tempat duduknya di dalam neraka"...
Namun, Sang Guru masih tenang, tersenyum sinis. Lantas menerangkan;
Ya...tentu sahaja...itu hanya sebagai latihan. 10 000 hadis palsu itu cuma latihan bagimu untuk berguru kepadaku. Ternyata kau lulus dan berjaya. Hadis palsu, jika salah hafal maka kita dikira tidak berdosa. Sementara Hadis Sohih kalau salah hafalannya, kita akan berdosa..."
Si pemuda terdiam seribu bahasa...Barulah ia mengerti. Begitu tinggi sekali ilmu Tuan Guru yang berada dihadapannya. Namun, Tuan Guru inilah juga mempunyai 'martabat' yang terendah antara tujuh orang periwayat-periwayat hadis didalam 'Kutub As Sab'ah'.
Siapakah Tuan Guru ini sebenarnya?
Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal Asy Syaibani atau lebih kita kenali sebagai Imam Ahmad Bin Hanbal atau Imam Hanbali, pengasas fiqih Mazhab Hanabilah atau Mazhab Hanbali. Kitabnya yang terkenal ialah 'kitab Al Musnad' yang berisi sekitar 40 000 hadis. Selain dari ilmu hadis dan fikah, beliau juga berkecimpung di dalam dunia Tasawwuf dan menulis 'kitab Az Zuhud' iaitu sebuah kitab yang menjadi rujukan bagi mereka yang ingin mendalami ilmu Tasauf dan suluk. Malah, namanya juga tersenarai dalam daftar nama para wali Allah yang soleh dari kalangan para periwayat dan 'Mudawwin' hadis. Antaranya Imam Abdullah ibn Al Mubarak, Imam Sufyan At Tsauri, dan juga Imam Hassan Al Basri.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Mantan Mufti Perlis 'Indera Kayangan' & 'Pakar' Hadis Kontemporari. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab/Syariah (Jordan), Master Pengajian Islam (USM), Ph.D dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Al-Quran dan as-Sunnah).
Imam Ahmad juga dikenali sebagai mempunyai nilai martabat yang paling rendah dalam senarai Kutub as Sab'ah. Malah sebilangan ulama hadis mengeluarkan namanya dari senarai ini sehingga menjadi senarai 'Kutub as Sittah' ( 6 periwayat hadis yang mutlak) sebagaimana nama seorang lagi tokoh, Imam Anas Bin Malik, pendiri mazhab Maliki. Kutub as Sab'ah terdiri daripada Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ibnu Majah, Imam An Nasa'i, Imam Tirmidzi, Imam Abu Daud, Imam Muslim dan yang tertinggi sekali ialah Imam al-Bukhary yang digelar sebagai 'Sayyidul Muhadditsin', iaitu 'Raja bagi para periwayat hadis'. Imam Bukhary menulis kitabnya 'Sahih al Bukhary' dan dianggap kitab yang paling sahih selepas Al Quran. Imam Ahmad bin Hanbal pula mempunyai darjat yang terendah dalam senarai ini, namun perlu kita ingat; beliau ini hafal 1 juta hadis beserta sanad dan hukum matan!
Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz. Ulama Hadis dari Yaman. Beliau merupakan ahli hadis yang mencapai taraf alHafidz iaitu yang telah menghafal lebih 100 000 hadis beserta sanad dan hukum matan. Beliau juga dikenali sebagai Al Musnid iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Rasullullah SAW. Beliau juga dikenali sebagai al Mufassir dimana beliau merupakan ahli tafsir Al Quran yang menghafal setiap asbabun nuzul dan didokong dengan hadis-hadis sahih beserta asbabul wurudnya.
Inilah keistimewaan para ulama Islam dimana mereka mampu menghafal Al Quran dan hadis dalam dada mereka. Ulama adalah pewaris nabi, malah ulama juga disabdakan Rasul 'bagaikan nabi-nabi dikalangan Bani Israil' pada umatnya. Memang kedengaran agak mustahil apabila mendengar mereka mampu menghafaz ribuan hadis. Namun, ini tidaklah mustahil kerana Rasullullah telah mendoakan mereka yang 'mendengar, menghafal, dan meriwayatkan hadis' secara khusus (Hadis Riwayat Imam Abu Daud, dari Zaid bin Tsabit RA). Mereka bukan sahaja mampu menghafal 'matan' atau isi riwayat hadis, malahan turut berupaya menghafaz sanad dan hukum matannya. Kalau satu hadis itu panjangnya kira-kira dua baris di dalam kitab, ia bisa jadi dua muka surat panjangnya jika beserta sanad dan hukum matannya!
Muhammad Nasiruddin Al Albani, 'Ulama' hadis puak Wahhabi. Menerima kritikan ulama hadis sedunia kerana mengkritik ulama hadis yang sudah mutlak (kutub as sab'ah) dan juga Imam mazhab yang 4. Beliau juga mempunyai method hadis yang 'celaru' dan menyalahi disiplin ilmu hadis. Belajar hadis secara inisiatif sendiri. Menghabiskan masa 8 jam sehari untuk belajar hadis. Beliau menulis 'hadis' mengikut 'method' ciptaan sendiri sebagaimana pengakuannya sendiri dalam kitab Al Silsilah hadis Do'if dan 'Kitab Ringkasan Sahih Al Bukhary'.
Yang menyedihkan pada hari ini, muncul beberapa orang 'ustaz' dalam masyarakat di negara kita yang mendakwa sebagai 'pakar' dalam ilmu hadis dan Sunnah, namun sebenarnya jahil ilmu hadis. Maka, mulalah mereka 'membidaahkan' dan menyelar orang lain yang tidak sefaham dengan mereka. Malah ada sebilangan mereka yang cuba menyalahkan Imam-Imam mazhab 4 dan juga Imam-Imam hadis dalam 'Kutub as Sab'a tadi dengan menuduh ulama-ulama tersebut 'jahil' kerana meriwayatkan hadis-hadis dhoif atau lemah. Antaranya tuduhan terhadap Imam Al Abu hamid al Ghazali atau Imam Al Ghazali yang mendapat 'laqab' atau gelar 'Hujjatul Islam'. Mereka lupa barangkali gelaran 'al Hujjah' itu adalah bagi mereka yang sudah hafal 300 000 hadis dengan sanad dan hukum matan! Dengan lantang dan keras mereka menyerang peribadi dan pegangan orang lain, malah kadangkala sanggup memfitnah dan berbohong. Inikah nilai moral dan ahlak peribadi orang yang 'meriwayatkan' hadis dan memperjuangkan 'sunnah' ? Adakah mereka ini dikira 'tsiqah' dan 'adil' dalam penilaian ilmu hadis?
Dari mana pula sanad dan salasilah pengajian hadis mereka sedangkan para Salafussoleh dahulu cukup mementingkan ilmu ini? Bolehkan seseorang itu dianggap pakar atau ulama hadis jika hanya memperolehi Master dan PhD dalam bidang pengajian hadis melalui kajian thesis ala barat? Bolehkah dianggap seseorang itu alim dalam ilmu hadis jika hanya pandai memetik hadis dari kitab Sahih Bukhary dan Muslim tanpa mengetahui disiplin ilmu hadis yang sebenar? Adakah 'Hadis Sahih' hanya terbatas kepada dua kitab hadis tersebut?
Kesimpulan yang ingin penulis ingin tekankan:
Cemburuilah latar belakang dan ahlak serta keilmuan seseorang 'ustaz' atau tokoh agama yang ingin kita jadikan ikutan dan panutan supaya kita tidak terseleweng dan diselewengkan dikemudian hari. Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment