OLEH SYEIKH MUHAMMAD ZAKI IBRAHIM – MUHADDITH AZHAR ASY-SYARIF
ULAMA SUFI DAN HADITH DA’IF
Mudah-mudahan para saudara kita di kalangan penulis dan pembimbing selepas ini mengambil sikap yang warak (berhati-hati) daripada menghemburkan pandangan secara pukul rata sehingga sampai menganggap palsu terhadap hadith-hadith da’if. Seolah-olahnya hadith da’if itu tidak boleh diambil mamfaat, tidak perlu dihormati dan tidak boleh dinukilkan dan tidak boleh langsung berjinak-jinak dengan lafaz dan pengertiannya.
Kemungkinan yang paling teruk ialah apabila kemelut yang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini tidak berkurangan sampaikan mereka sanggup mempertikaikan golongan-golongan sufi hanya kerana berpegang kepada hadith da’if, walaupun dalam hal-hal yang disepakati oleh para ulama hadith timur dan barat bahawa hadith da’if terbabit sunat diamalkan. Di kalangan ulama-ulama sufi tidak kurang ramainya mereka yang terdiri dari kalangan ulama besar dalam bidang hadith.
Ibn Abdul Barr berkata;
Hadith-hadith yang berkaitan dengan fadilat-fadilat, maka kami tidak perlukan orang yang layakuntuk dijadikan hujah.
Ibn Mahdi menyebut di dalam kitab al-Madkhal:
Apabila kami meriwayatkan daripada Nabi s.a.w tentang halal haram dan hokum-hakam, maka kami akan memperketatkan sanad-sanadnya dan kami akan membuat kritikan (pemeriksaan) terhadap rijalnya (nama-nama perawi yang terdapat dalam sanad). Tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal berkaitan fadilat, ganjaran pahala dan seksa, maka kami mempermudahkan sanad-sanadnya, dan kami bertolak ansur dengan rijalnya.
Imam Ramli menyebutkan:
Hadith-hadith yang terlalu da’if (iaitu hadith yang dinamakan al-wahiah) apabila sebahagiannya bergabung dengan sebahagian yang lain, maka ia boleh dijadikan hujah dalam bab ini (bab fadilat, perkara yang menambat hati, nasihat, tatasusila, sejarah, adab dan seumpamanya).
Berdasarkan inilah maka al-Mundziri dan para pentahqiq yang lain mengumpulkan hadith-hadith terbabit dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib.
Pendekatan yang diambil oleh golongan terdahulu yang membuat pengkhususan dalam bidang hadith ini samalah dengan pendekatan yang diambil oleh sesetengah fuqaha’ dan ulama tasawwuf. Dan dengan pendekatan inilah kami berpegang. Dalam matan hadith da’if kita banyak menemui hokum-hakam, ilmu pengetahuan, perkara yang menambat hati dan adab yang semuanya ada kaitan dengan wahyu kenabian. Ilmu pengetahuan itu adalah barang orang mukmin yang hilang.
Inilah pendekatan yang diambil oleh ulama terdahulu seperti al-Thauri, Ibn Uyainah, Ibn Hanbal, Ibn Mubarak, Ibn Mahdi, Ibn Mu’in dan an-Nawawi. Ibn Adiy meletakkan satu bab berkaitan hal ini (penerimaan hadith da’if) dalam kitabnya yang berjudul al-Kamil. Begitu juga yang dilakukan oleh al-Khatib dalam kitab al-Kifayah.
Pada masa kini kita dapat melihat (amat mendukacitakan) ada golongan yang menolak hadith-hadith Bukhari kerana tidak sejajar dengan kefahaman yang dipeganginya, dan tidak bersesuaian dengan kecenderungannya atas nama ansar as-sunnah.
Malah ada orang yang menulis buku berkaitan hal ini sedangkan dia bukan orang yang berkelayakan. Ada puluhan musuh-musuh Islam yang membantunya untuk mencetak buku berkenaan dan mengagihkan secara percuma di merata tempat walaupun menelan belanja kos yang besar yang didorong oleh kepentingan mendapatkan keuntungan material dan niat yang buruk.
Kalau tidak dengan rahmat Allah, dan l;angkah-langkah yang diambil oleh majalah Muslim (iaitu majalah yang diasaskan oleh penulis) dan para ulama hadith hadith ahli sunnah (untuk menangkis usaha tersebut), nescaya akan menyebabkan timbul keraguan terhadap semua hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, apatah lagi riwayat imam-imam hadith yang lain.
Tentunya (jika tidak ada usaha yang diambil oleh sesetengah ulama dalam menagkis golongan terbabit) maka sunnah Nabi yang telah sabit secara ilmiah terdedah kepada fitnah (semoga Allah melindunginya) yang ditimbulokan oleh golongan yang mendakwa sebagai penegak sunah, kononnya mereka yang lebih mengetahui daripada orang lain tentang ilmu hadith.
Al-Nasa’ie telah mengeluarkan nama-nama perawi yang tidak diketepikan begitu banyak, yakni nama perawi yang sesuatu hadith itu hanya bersumberkan daripadanya, asalkan jangan dia dikenal pasti sebagai seorang yang berbohong.
Apa yang berlaku kepada kami (iaitu hadith-hadith yang diamalkan oleh kami) yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh besar sufi tidak terdapat di dalam sanadnya perawi yang berbohong. Cukuplah ini sebagai dalil keharusan beramal dengan hadith yang da’if pada tempatnya. Dan inilah pendirian yang diambil oleh ulama-ulama tasawwuf.
Kami memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepadanya. Dialah jua yang memberikan taufik dan tempat untuk meminta pertolongan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'Vegas Casino' and "Casino of the Week" Named
ReplyDelete"Casino 바카라검증사이트 of the Week" Named After. naukriseeker.com This year, Vegas' famed gaming bet analysis floor showcases 넥스트벳 a wealth of slot 벳365 machines, including roulette, blackjack, and