OLEH SYEIKH MUHAMMAD ZAKI IBRAHIM – MUHADDITH AZHAR ASY-SYARIF
Abu al-Syeikh Ibn Hibban dalam kitabnya An-Nawaib mwriwayatkan secara marfu’ hadith Jabir yang menyebutkan:
“Barang siapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadhilat, lalu dia beramal dengan keimanan terhadapnya serta mengharapkan ganjaran pahalaNya, maka Allah memberikan kepadanya yang demikian itu, sekalipun sebenarnya bukan begitu”.
Hadith ini merupakan punca asas yang besar dalam membincangkan hokum-hukum berkaitan hadith da’if.
Para ulama menukilkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal bahawa dalam soal hukum-hakam, beliau berpegang dengan hadith yang da’if (sekiranya ditampung keda’ifan tersebut dengan kemasyhuran hadith terbabit). Beliau juga mengutamakan hadith da’if berbanding pandangan akal.
Begitu juga para ulama Hanafi mendahulukan hadith da’if berbanding pandangan akal, sebagaimana yang dinukilkan oleh az-Zarkasyi, Ibn Hazm dan selainnya.
Mazhab Abu Daud sama seperti mazhab Hanafi dan Hambali, yang mana mereka mengutamakan hadith da’if berbanding penggunaan akal, sekiranya tidak ada sumber lain yang boleh dijadikan dalil dalam sesuatu bab yang dibincangkan.
Tidak ada yang menyanggahi ijma’ bahawa hadith da’if boleh diamalkan (dalam keadaan tertentu) melainkan Ibn Arabi seperti yang dinukilkan oleh Ibn Solah. Percanggahan oleh Ibn Arabi ini mempunyai beberapa alas an yang telah dijawab oleh para ulama, atau penolakannya terhadap hadith da’if itu hanya terbatas kepada alas an-alasan yang diberikannya sahaja.
Oleh itu sebenarnya tidak ada percanggahan antara beliau dengan ijma’ ulama ahli sunnah wal jamaah dalam hal keharusan beramal dengan hadith da’if jika kena pada tempatnya.
Di sana terdapat satu lagi bahagian hadith yang dinamakan hadith muda’af, iaitu hadith yang mana senarai perawi dalam isnadnya dianggap da’if (lemah) oleh satu kumpulan ulama sementara sekumpulan yang lain pula mengatakan mereka adalah perawi yang thiqah (dipercayai).
Kedudukan hadith yang sebegini berada ditengah-tengah antara hadith sahih dan da’if. Dengan kata lain martabatnya kurang daripada hadith sahih tetapi melebihi taraf hadith da’if. Ia adalah saudara kepada hadith hasan ataupun dari jenis yang lebih tinggi daripada hadith hasan. Oleh kerana itu para ulama mengharuskan hadith sebegini dimasukkan dalam kitab-kitab sahih.
Namun hadith-hadith ini dimasukkan ke dalam kitab-kitab sahih hanya berperanan sebagai sokongan dan memperkuatkan dalil, atau hanya sekadar disebutkan sanadnya sahaja (inilah yang biasanya berlaku).
Al-Bukhari telah mengeluarkan secara bersendirian (tanpa muslim) sebanyak lebih empat ratus lapan puluh nama perawi dimana lapan puluh daripadanya disebutkan oleh ahli hadith sebagai bertaraf lemah periwayatannya.
Dalam rangkaian sanad Muslim pula ada enam ratus dua puluh orang perawi, yang mana seratus enam puluh orang daripadanya dikatakan bertaraf lemah. Namun mereka ini (yang dikatakan lemah periwayatannya) diperakukan sebagai perawi yang thiqah (dipercayai) oleh ramai ahli hadith yang lain.
Ibn Solah menyebutkan:
Semua perawi yang disebutkan dalam sanad Bukhari dan Muslim diputuskan sebagai sahih kecuali beberapa nama yang dipertikaikan oleh sesetengah ahli an-Naqd (pengkritik sanad) bukan kesemuanya.
Penulis mengatakan:
Beberapa nama yang dipertikaikan oleh sesetengah pengkritiksanad inilah yang termasuk dalam bahagian hadith muda’af, yang mana ia harus dimasukkan ke dalam kitab-kitab hadith yang sahih.
Seterusnya menentukan sesuatu hadith sama ada bertaraf sahih atau hasan atau da’if adalah berdasarkan pengamatan zahir terhadap nama-nama yang terdapat dalam sanad. Sesuatu hadith dikategorikan sebagai sahih, hasan dan da’if bukan berdasarkan hakikatnya, kerana hakikatnya yang sebenar hanya Allah jua yang mengetahuinya.
Oleh kerana itulah para ulama hadith menyebutkan:
Mungkin ada di antara hadith yang sahih pada hakikatnya ia adalah da’if, dan berapa banyak hadith yang da’if sedangkan pada hakikatnya ia adalah sahih. Yang menjadi kewajipan kita ialah membuat pemeriksaan dan berijtihad.
Mereka mengatakan lagi:
Ini kerana ada kemungkinan perawi yang adil melakukan kesilapan atau terlupa sebagaimana hal tersebut harus berlaku kepada orang lain. Oleh itu keyakinan terhadap mutu hadith di sini hanya dalam bentuk iktibar (iaitu berdasarkan pengamatan yang zahir).
Apabila seorang perawi yang bersifat adil meriwayatkan hadith yang diambilnya daripada perawi yang tarafnya da’if, maka ini bererti dia menganggap perawi tersebut bertaraf adil, begitulah menurut ulama usul.
Pengarang kitab al-Minhal menyebutkan:
Secara qiyasnya ini bererti perawi yang bertaraf adil itu menganggap hadith tersebut sebagai sahih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment