Saturday, July 3, 2010

PENJELASAN MENGENAI HADITH DHAIF (BAHAGIAN 3)

OLEH SYEIKH MUHAMMAD ZAKI IBRAHIM – MUHADDITH AZHAR ASY-SYARIF

ULAMA SUFI DAN HADITH DA’IF
Mudah-mudahan para saudara kita di kalangan penulis dan pembimbing selepas ini mengambil sikap yang warak (berhati-hati) daripada menghemburkan pandangan secara pukul rata sehingga sampai menganggap palsu terhadap hadith-hadith da’if. Seolah-olahnya hadith da’if itu tidak boleh diambil mamfaat, tidak perlu dihormati dan tidak boleh dinukilkan dan tidak boleh langsung berjinak-jinak dengan lafaz dan pengertiannya.

Kemungkinan yang paling teruk ialah apabila kemelut yang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini tidak berkurangan sampaikan mereka sanggup mempertikaikan golongan-golongan sufi hanya kerana berpegang kepada hadith da’if, walaupun dalam hal-hal yang disepakati oleh para ulama hadith timur dan barat bahawa hadith da’if terbabit sunat diamalkan. Di kalangan ulama-ulama sufi tidak kurang ramainya mereka yang terdiri dari kalangan ulama besar dalam bidang hadith.

Ibn Abdul Barr berkata;
Hadith-hadith yang berkaitan dengan fadilat-fadilat, maka kami tidak perlukan orang yang layakuntuk dijadikan hujah.

Ibn Mahdi menyebut di dalam kitab al-Madkhal:
Apabila kami meriwayatkan daripada Nabi s.a.w tentang halal haram dan hokum-hakam, maka kami akan memperketatkan sanad-sanadnya dan kami akan membuat kritikan (pemeriksaan) terhadap rijalnya (nama-nama perawi yang terdapat dalam sanad). Tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal berkaitan fadilat, ganjaran pahala dan seksa, maka kami mempermudahkan sanad-sanadnya, dan kami bertolak ansur dengan rijalnya.

Imam Ramli menyebutkan:
Hadith-hadith yang terlalu da’if (iaitu hadith yang dinamakan al-wahiah) apabila sebahagiannya bergabung dengan sebahagian yang lain, maka ia boleh dijadikan hujah dalam bab ini (bab fadilat, perkara yang menambat hati, nasihat, tatasusila, sejarah, adab dan seumpamanya).

Berdasarkan inilah maka al-Mundziri dan para pentahqiq yang lain mengumpulkan hadith-hadith terbabit dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib.

Pendekatan yang diambil oleh golongan terdahulu yang membuat pengkhususan dalam bidang hadith ini samalah dengan pendekatan yang diambil oleh sesetengah fuqaha’ dan ulama tasawwuf. Dan dengan pendekatan inilah kami berpegang. Dalam matan hadith da’if kita banyak menemui hokum-hakam, ilmu pengetahuan, perkara yang menambat hati dan adab yang semuanya ada kaitan dengan wahyu kenabian. Ilmu pengetahuan itu adalah barang orang mukmin yang hilang.

Inilah pendekatan yang diambil oleh ulama terdahulu seperti al-Thauri, Ibn Uyainah, Ibn Hanbal, Ibn Mubarak, Ibn Mahdi, Ibn Mu’in dan an-Nawawi. Ibn Adiy meletakkan satu bab berkaitan hal ini (penerimaan hadith da’if) dalam kitabnya yang berjudul al-Kamil. Begitu juga yang dilakukan oleh al-Khatib dalam kitab al-Kifayah.

Pada masa kini kita dapat melihat (amat mendukacitakan) ada golongan yang menolak hadith-hadith Bukhari kerana tidak sejajar dengan kefahaman yang dipeganginya, dan tidak bersesuaian dengan kecenderungannya atas nama ansar as-sunnah.

Malah ada orang yang menulis buku berkaitan hal ini sedangkan dia bukan orang yang berkelayakan. Ada puluhan musuh-musuh Islam yang membantunya untuk mencetak buku berkenaan dan mengagihkan secara percuma di merata tempat walaupun menelan belanja kos yang besar yang didorong oleh kepentingan mendapatkan keuntungan material dan niat yang buruk.

Kalau tidak dengan rahmat Allah, dan l;angkah-langkah yang diambil oleh majalah Muslim (iaitu majalah yang diasaskan oleh penulis) dan para ulama hadith hadith ahli sunnah (untuk menangkis usaha tersebut), nescaya akan menyebabkan timbul keraguan terhadap semua hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, apatah lagi riwayat imam-imam hadith yang lain.

Tentunya (jika tidak ada usaha yang diambil oleh sesetengah ulama dalam menagkis golongan terbabit) maka sunnah Nabi yang telah sabit secara ilmiah terdedah kepada fitnah (semoga Allah melindunginya) yang ditimbulokan oleh golongan yang mendakwa sebagai penegak sunah, kononnya mereka yang lebih mengetahui daripada orang lain tentang ilmu hadith.

Al-Nasa’ie telah mengeluarkan nama-nama perawi yang tidak diketepikan begitu banyak, yakni nama perawi yang sesuatu hadith itu hanya bersumberkan daripadanya, asalkan jangan dia dikenal pasti sebagai seorang yang berbohong.

Apa yang berlaku kepada kami (iaitu hadith-hadith yang diamalkan oleh kami) yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh besar sufi tidak terdapat di dalam sanadnya perawi yang berbohong. Cukuplah ini sebagai dalil keharusan beramal dengan hadith yang da’if pada tempatnya. Dan inilah pendirian yang diambil oleh ulama-ulama tasawwuf.
Kami memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepadanya. Dialah jua yang memberikan taufik dan tempat untuk meminta pertolongan.

Sunday, June 27, 2010

PENJELASAN MENGENAI HADITH DHAIF (BAHAGIAN 2)

OLEH SYEIKH MUHAMMAD ZAKI IBRAHIM – MUHADDITH AZHAR ASY-SYARIF

Abu al-Syeikh Ibn Hibban dalam kitabnya An-Nawaib mwriwayatkan secara marfu’ hadith Jabir yang menyebutkan:

“Barang siapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadhilat, lalu dia beramal dengan keimanan terhadapnya serta mengharapkan ganjaran pahalaNya, maka Allah memberikan kepadanya yang demikian itu, sekalipun sebenarnya bukan begitu”.

Hadith ini merupakan punca asas yang besar dalam membincangkan hokum-hukum berkaitan hadith da’if.

Para ulama menukilkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal bahawa dalam soal hukum-hakam, beliau berpegang dengan hadith yang da’if (sekiranya ditampung keda’ifan tersebut dengan kemasyhuran hadith terbabit). Beliau juga mengutamakan hadith da’if berbanding pandangan akal.

Begitu juga para ulama Hanafi mendahulukan hadith da’if berbanding pandangan akal, sebagaimana yang dinukilkan oleh az-Zarkasyi, Ibn Hazm dan selainnya.

Mazhab Abu Daud sama seperti mazhab Hanafi dan Hambali, yang mana mereka mengutamakan hadith da’if berbanding penggunaan akal, sekiranya tidak ada sumber lain yang boleh dijadikan dalil dalam sesuatu bab yang dibincangkan.

Tidak ada yang menyanggahi ijma’ bahawa hadith da’if boleh diamalkan (dalam keadaan tertentu) melainkan Ibn Arabi seperti yang dinukilkan oleh Ibn Solah. Percanggahan oleh Ibn Arabi ini mempunyai beberapa alas an yang telah dijawab oleh para ulama, atau penolakannya terhadap hadith da’if itu hanya terbatas kepada alas an-alasan yang diberikannya sahaja.

Oleh itu sebenarnya tidak ada percanggahan antara beliau dengan ijma’ ulama ahli sunnah wal jamaah dalam hal keharusan beramal dengan hadith da’if jika kena pada tempatnya.

Di sana terdapat satu lagi bahagian hadith yang dinamakan hadith muda’af, iaitu hadith yang mana senarai perawi dalam isnadnya dianggap da’if (lemah) oleh satu kumpulan ulama sementara sekumpulan yang lain pula mengatakan mereka adalah perawi yang thiqah (dipercayai).

Kedudukan hadith yang sebegini berada ditengah-tengah antara hadith sahih dan da’if. Dengan kata lain martabatnya kurang daripada hadith sahih tetapi melebihi taraf hadith da’if. Ia adalah saudara kepada hadith hasan ataupun dari jenis yang lebih tinggi daripada hadith hasan. Oleh kerana itu para ulama mengharuskan hadith sebegini dimasukkan dalam kitab-kitab sahih.

Namun hadith-hadith ini dimasukkan ke dalam kitab-kitab sahih hanya berperanan sebagai sokongan dan memperkuatkan dalil, atau hanya sekadar disebutkan sanadnya sahaja (inilah yang biasanya berlaku).

Al-Bukhari telah mengeluarkan secara bersendirian (tanpa muslim) sebanyak lebih empat ratus lapan puluh nama perawi dimana lapan puluh daripadanya disebutkan oleh ahli hadith sebagai bertaraf lemah periwayatannya.

Dalam rangkaian sanad Muslim pula ada enam ratus dua puluh orang perawi, yang mana seratus enam puluh orang daripadanya dikatakan bertaraf lemah. Namun mereka ini (yang dikatakan lemah periwayatannya) diperakukan sebagai perawi yang thiqah (dipercayai) oleh ramai ahli hadith yang lain.

Ibn Solah menyebutkan:

Semua perawi yang disebutkan dalam sanad Bukhari dan Muslim diputuskan sebagai sahih kecuali beberapa nama yang dipertikaikan oleh sesetengah ahli an-Naqd (pengkritik sanad) bukan kesemuanya.

Penulis mengatakan:

Beberapa nama yang dipertikaikan oleh sesetengah pengkritiksanad inilah yang termasuk dalam bahagian hadith muda’af, yang mana ia harus dimasukkan ke dalam kitab-kitab hadith yang sahih.

Seterusnya menentukan sesuatu hadith sama ada bertaraf sahih atau hasan atau da’if adalah berdasarkan pengamatan zahir terhadap nama-nama yang terdapat dalam sanad. Sesuatu hadith dikategorikan sebagai sahih, hasan dan da’if bukan berdasarkan hakikatnya, kerana hakikatnya yang sebenar hanya Allah jua yang mengetahuinya.

Oleh kerana itulah para ulama hadith menyebutkan:

Mungkin ada di antara hadith yang sahih pada hakikatnya ia adalah da’if, dan berapa banyak hadith yang da’if sedangkan pada hakikatnya ia adalah sahih. Yang menjadi kewajipan kita ialah membuat pemeriksaan dan berijtihad.

Mereka mengatakan lagi:

Ini kerana ada kemungkinan perawi yang adil melakukan kesilapan atau terlupa sebagaimana hal tersebut harus berlaku kepada orang lain. Oleh itu keyakinan terhadap mutu hadith di sini hanya dalam bentuk iktibar (iaitu berdasarkan pengamatan yang zahir).

Apabila seorang perawi yang bersifat adil meriwayatkan hadith yang diambilnya daripada perawi yang tarafnya da’if, maka ini bererti dia menganggap perawi tersebut bertaraf adil, begitulah menurut ulama usul.

Pengarang kitab al-Minhal menyebutkan:

Secara qiyasnya ini bererti perawi yang bertaraf adil itu menganggap hadith tersebut sebagai sahih.

PENJELASAN MENGENAI HADITH DHAIF (BAHAGIAN 1)

OLEH SYEIKH MUHAMMAD ZAKI IBRAHIM – MUHADDITH AZHAR ASY-SYARIF
Antara perkara bid’ah yang agak buruk yang sering terhambur melalui kata-kata mereka yang terlalu ghairah mendakwa sebagai pejuang sunnah, tauhid dan tajdid ialah keterlaluan dalam mempertikaikan hadith da’if sehingga menimbulkan tanggapan bahawa hadith da’if adalah hadith yang bathil dan dusta. Mereka menganggap beramal dengan hadith da’if sebagai perkara yang keji dan fasik.

Disiplin ilmu sebenarnya bukan begitu. Ini kerana hadith da’if ada ruang dan peranannya yang diterima dari sudut syarak. Meletakkkan hadith da’if bagaikan seperti hadith maudhu’ (palsu) termasuk dalam ertikata kezaliman terhadap ilmu dan agama. Ini kerana hadith da’if ialah hadith yang tidak memenuhi dengan lengkap syarat-syarat hadith sahih. Dengan kata lain, ada kesahihan dalam hadith tersebut akan tetapi ia tidak sempurna. Oleh kerana itulah para ulama memasukkannya dalam senarai hadith maqbul (diterima), bukannya hadith yang ditolak dalam segenap segi. Lantaran itu sesetengah ulama menggalakkan beramal dengan hadith da’if pada tempatnya.

Saya tahu kenyataan ini tidak disenangi oleh sesetengah orang, namun mencari redha Allah lebih berkewajipan walaupun tidak disenangi oleh sebahagian orang.
Kitab-kitab yang memuatkan hadith sahih amat banyak. Hadith-hadith sahih bukanlah semata-mata hadith yang dikumpulkan oleh Imam al-Bukhari atau Imam Muslim sahaja.
Saya tidak menemui adanya nas dalam agama Allah atau pun isyarat yang menunjukkan pembatasan hadith sahih terhadap kedua-dua kitab ini sahaja. Membataskan penerimaan hadith sahih setakat kedua-dua kitab ini sahaja merupakan satu bentuk kefanatikan dan keraguan terhadap ilmu tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan.

Dalam kitab Huda al-Abrar ‘Ala Tal’ati al-Anwar dan kitab Idha’ah al-Halik yang ditulis oleh Imam Ibn al-Hajj al-‘Alawi, kitab al-Jami’ oleh Safiyuddin al-Hindi dan kitab al-Minhal al-Latif serta kitab-kitab lainnya ada menyebutkan: Kitab-kitab yang mana kesemua hadith yang termuat di dalamnya dinisbahkan sebagai hadith sahih menurut kesepakatan jumhur ahli hadith ialah:

1. Sahih al-Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Al-Muwatta’ Imam Malik
4. Al-Muntaqa Ibn Jarun
5. Sahih Ibn Khuzaimah
6. Sahih Ibn Awwanah
7. Sahih Ibn as-Sakan
8. Sahih Ibn Hibban
9. Mustadrak al-Hakim (setelah dibuat pengesahan melalui hafalan semula oleh az-Zahabi dan al-Iraqi).
10. Kitab al-Mustakhrajat yang sedia maklum dikalangan alim ulama.

Kesemua kitab ini yang sedia dimaklumi di kalangan ulama hanya memuatkan hadith yang sahih. Selain daripada kitab-kitab ini, terdapat hadith yang sahih, hasan dan da’if.
Menurut kaedah (ahli hadith) dalam menisbahkan sesuatu hadith kepada perawinya tidak boleh didahulukan nama lain selain Bukhari (sekiranya hadith terbabit ada diriwayatkan oleh Bukhari). Sekiranya hadith tersebut ada dimuatkan dalam Bukhari dan Muslim mereka turut menyebutkan nama Muslim disebabkan ketelitiannya dalam menyaring lafaz yang benar-benar diucapkan oleh Nabi.

Oleh itu pandangan yang memestikan berpegang dengan hadith yang terdapat dalam sahih Bukhari dan Muslim semata-mata dengan anggapan hanya kedua-dua kitab ini sahaja yang memuatkan hadith yang sahih, bukannnya pandangan yang bersandarkan kepada ilmu atau agama.

PEMBAHAGIAN HADITH
Ahli hadith bersepakat bahawa ada tiga pembahagian hadith yang paling penting iaitu:
1. Hadith Sahih: Berada pada kedudukan teratas
2. Hadith Hasan: Berada pada kedudukan pertengahan
3. Hadith Da’if: Berada pada kedudukan paling bawah, kerana ia tidak mencukupi syarat-syarat hadith Hasan.

Adapun hadith maudu’ (palsu) maka ia terkeluar daripada skop yang kita bincangkan, kerana ia adalah satu kekejian. Ia tidak boleh diterima dengan kesepakatan semua ulama.

Hadith Da’if Terbahagi Kepada Dua:
Pertama
Keda’fannya boleh ditampung (diperkuatkan) apabila terdapat hadith da’if yang sama tetapi melalui jalan-jalan periwayatan yang lain. Syaratnya perawi yang da’if itu lemah dari sudut daya hafalannya, atau keda’ifanya disebabkan periwayatan secara mursal (iaitu tidak disebutkan nama sahabat Nabi dalam rangkaian sanad).
Dalam hal ini, apabila terdapat hadith yang sama kandunganya melalui jalan-jalan periwayatan yang lain, maka hadith tersebut naik martabatnya kepada hadith hasan lighairih (iaitu bertaraf hasan disebabkan adanya riwayat yang lain). Oleh itu ia termasuk dalam senarai hadith makbul (diterima) dan boleh dibuat hujjah sehinggakan dalam soal hokum hakam.

Kedua
Keda’ifannya tidak boleh ditampung, walaupun terdapat banyak jalan periwayatannya. Ia dinamakan sebagai al-wahi (sangat lemah). Hal ini berlaku sekiranya perawi itu ternyata seorang yang fasik atau dituduh berbohong.

Para ulama mengatakan:

Hadith yang seperti ini jika diperkukuhkan dengan bukti-bukti dan riwayat-riwayat yang lain, maka tarafnya naik melebihi daripada taraf hadith munkar atau hadith yang tidak ada asalnya. Pada ketika itu ia boleh diamalkan dalam soal fadhilat-fadhilat amal. Ia tidak boleh diamalkan dalam hal-hal akidah dan hokum-hakam. Sesetengah ulama mengatakan ia juga tidak boleh dijadikan rujukan untuk pentafsiran al-Quran.
Dengan itu, menerima pakai hadith da’if dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemar dan menakutkan, adab, sejarah, ketatasusilaan, kisah tauladan dan seumpamanya adalah dibolehkan.

Perkara ini telah disepakati (ijma’) oleh para ulama seperti yang dinukilkan oleh Imam an-Nawawi, Ibn Abdul Barr dan selain mereka. Malah Imam Nawawi menukilkan pandangan ulama bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan beramal dengan hadith da’if. (perkara yang sunat termasuk dalam himpunan Usuluddin dan hukum-hakam syarak).

Kami mengatakan

Penerimaan hadith da’if dalam perkara-perkara terbabit bersyaratkan jangan terlalu kuat keda’ifanya. Ia hendaklah dijadikan sebagai asas yang termasuk dalam kaedah syarak yang menyeluruh, dan jangan pula hadith tersebut bercanggah dengan hadith yang sahih. Ini merupakan pandangan Ibnu Hajar, As-Sakhawi dan selainnya.

Sunday, June 6, 2010

DOA MUNAJAT



Tuhanku Dikau adalah Tuhanku dan aku hambaMu
Dikau adalah pencipta dan aku makhluk ciptaanMu
Dikau pemberi rezeki dan aku diber rezeki olehMu
Dikau adalah pemilik dan aku dimilikiMu

Dikau maha mulia dan aku hina dina
Dikau maha kaya dan aku papa kedana
Dikau maha hidup dan aku akan mati
Dikau kekal abadi dan aku akan musnah

Dikau maha pemurah dan aku hamba yang tercela
Dikau maha baik dan aku hamba yang jahat
Dikau maha pemaaf dan aku si berdosa
Dikau maha tinggi dan aku hambaMu yang keji

Dikau maha kuat dan aku hamba yang lemah
Dikau maha pengurnia dan aku meminta-minta
Dikau maha pengaman dan aku dalam ketakutan
Dikau maha dermawan dan aku hamba yang miskin

Dikau maha penerima dan aku memohon padamu
Dikau maha penyembuh dan aku hamba yang sakit

Maka ampunilah segala dosaku, sebuhilah segala penyakitku.
Wahai Allah hanyalah padaMu aku memohon,

Wahai tuhan yang maha sempurna,
Wahai tuhan yang maha pengasih yang maha penyembuh,
Wahai tuhan yang maha pemurah yang maha sejahtera

Ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami,
Jadikanlah kami berada di dalam khidmat kepada al-Quran dan iman,

Ampunilah dosa guru kami al-Imam Said an-Nursi
dan Imam Ahmad Khusrau redha Allah ke atas mereka,

Ampunilah kami dari segala dosa,
Jauhilah kami dari segala kejahatan,

Redhailah atas kami dan ke atas mereka dengan rahmat Dikau,
Wahai tuhan yang maha penyayang, Segala puji pujian hanyalah
bagi Allah tuhan sekalian alam.

Monday, March 1, 2010

AYAM OH AYAM



1. Kajian menunjukkan bahawa 90 % penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam . Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.

2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.

3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.

4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.

5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya kelihatan subur dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.

6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.

7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.

Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

"Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.

Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.

Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.

"Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat."

"Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.

Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.

"satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini," ujarnya.

Saya menyeru anda semua supaya berhenti membeli ayam daging dipasaran yang telah diubahsuai susunan genetik dan hormonnya, dikawal harganya oleh golongan kapitalis, diracuni serta telah menjalani food programming secara kaedah yahudi yang sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda, boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim serta kanser payudara.

Dan yang terpenting sekali adakah ayam daging kini HALAL untuk dimakan?? Ketahuilah hormon atau enzim (DNA) yang disuntik kepada ayam merupakan dna babi - Harian Metro

MARI KITA BERHENTI MAKAN AYAM DAGING DEMI MASA DEPAN AGAMA.

PROJEK AQUAKULTUR BARAKAH AGROSERVE

Barakah Agroserve disamping menjalankan projek tanaman kontan, berhasrat akan memulakan projek agro terbarunya di dalam bidang penternakan ikan air tawar (aquakultur).

Projek tersebut akan dijalankan di kampung halamanku di Tasik Raban Lenggong Perak Darul Ridzuan.







Pemandangan indah Tasik Raban


Pusat Pekasam Kebangsaan Tasik Raban Lenggong Perak.


Sangkar ikan yang ditinggalkan akan dibeli dan dibaiki

SEDARLAH WAHAI MUSLIM

Kursus PBC di Rest House Sabak Bernam selama 2 hari 1 malam banyak menyedarkan kami bahawa makanan di Malaysia 99% pengusahanya adalah berbangsa Cina, walaupun berjenama dengan nama muslim. Biarpun sesuatu makanan ditegaskan Melayu adalah pembuatnya tetapi sedarkah kita sumbernya tetap dari Cina? Maka jika Cina adalah sumberya, adakah bangsa ini akan tunggu lagi daripada tidak menggunakan arak dan babi? Anda fikirkanlah sendiri sedalam-dalamnya.

Hari pertama kursus itu, kami dihidangkan dengan slot Halal dan Haram berkisarkan makanan harian kita. Aku bagaikan ingin termuntah memandangkan Horlick dan Milo yang diminum sehari sebelum itu mengandungi sejenis unsur dari babi yang dinamakan 'wei'. Begitu juga dengan kek Apollo yang lembut strukturnya lagi enak dimakan juga dimasukkan unsur daripada haiwan ini. MasyaAllah.. Bertambah kejutan buat diri ini apabila dimaklumkan bahawa keju di Malaysia ini tiada satu pun lagi disahkan halal. Tetapi terjual dipasaran dengan cop HALAL. Allahuakbar.. Betapa diri ini dilumuri unsur-unsur daripada haiwan nan seekor itu.

Di bawah ini saya sertakan kronologi mengenai isu keraguan halal dalam sesetengah makanan di Malaysia.

1977- Sosej daging dari Australia didapati mengandungi daging babi

1981- Alkohol dikesan dalam minuman tonik untuk bayi

1982- Ujian CAP mengesahkan Gelatin diperbuat daripada sumber babi

- Sebuah jawatankuasa dibentuk oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mengesahkan bahawa Gelatin adalah haram kepada umat Islam.

1984- Susu formula bayi didapati mengandungi lemak binatang

1985- Ujian ke atas pelbagai makanan diproses mendapati ia mengandungi gelatin

- Jeli didapati mengandungi gelatin

1986- Lelemak daripada sumber binatang dikesan dalam kek dan biskut

- Monogliserida (penambah makanan daripada sumber binatang) dikesan dalam makanan

- Gliserin (bahan daripada sumber binatang) dikesan dalam kosmetik

- Sabun diperbuat daripada lemak binatang

- Berus diperbuat daripada bulu babi

- Keju diperbuat daripada renet/pepsin yang sumbernya daripada binatang

- Gelatin dan gliserin digunakan dalam pembuatan capsul ubatan dan produk perubatan

- Lemak babi digunakan dalam penghasilan minyak wangi

1994- Buku berjudul For God, Conutry an Coca-Cola oleh Mark Pandergast menyebutkan mengenai rumusan rahsia Coca-Cola yang menggunakan alkohol.

1995- Wei terkandung dalam susu rumusan bayi dan makanan yang diproses

1996- Makanan yang diproses dan agar-agar diuji dan didapati mengandungi gelatin

2000- Kolagen (bahan bergelatin daripada sumber binatang atau janin) digunakan dalam kosmetik

2005- Perisa makanan didapati mengandungi alkohol

- Lcysteine,bahan yang diperolehi daripada rambut manusia digunakan sebagai penambah makanan dalam pelbagai jenis makanan seperti roti, piza dan perisa makanan yang tidak manis.

- Lain-lain pertemuan terbaru yang telah ditemui oleh pengguna seperti ketulan daging babi didalam minuman soya kotak, siput babi dalam tin sardi, kaki katak dalam tin sardin.

- Ayam daging disuntik dengan anzim babi agar ia cepat membesar, gemuk dan segar ketika berumur 35-40 hari sudah boleh disembelih berbanding ayam yang tidak disuntik iaitu setelah tempoh umur 50-55 hari baru boleh disembelih.

- 90% sayur-sayuran segar milik ladang-ladang pertanian cina di Malaysia menggunakan najis babi sebagai baja tanaman mereka.

- Daging burger mengandungi plasma darah agar ia tetap segar dan menyelerakan

- Aiskrim yang berharga RM1 keatas mengandungi kolagen didalamnya agar ia menjadi gebu, lembut dan licin.

Tahukah anda tiada satupun negara umat Islam di dunia ini yang mengeluarkan gelatin.. jadi dari manakah sumbernya? Sekiranya anda katakan gelatin ini dari lembu dan bukan dari babi, adakah lembu tersebut disembelih mengikut Islam?

Tahukah anda seorang usahawan produk makanan berbangsa cina di Malaysia pernah menelipon radio IKIM dan mengatakan "jangan ingat orang melayu di Malaysia tak pernah makan babi, sekiranya ia berumur 25 tahun sekurang-kurangnya ia telah memakan 2 ekor babi tanpa disedari"

Sesuatu yang lebih dikesali ialah.. Tahukah anda 1000 tan ayam beku di import dari Denmark setiap tahun setiap kali musim haji ke Makkah. Setelah tawaf di Kaabah pergi kedai makan ayam bakar tanpa disedari ayam dari Denmark tak bersembelih.

Bersabarlah wahai Muslim.. tahanlah diri anda dari menggunakan produk-produk yang meragukan.. Gunalah produk-produk yang halal lagi suci keluaran syarikat umat Islam agar kita kita semua diberkahi..

Tuesday, February 23, 2010

MENCEBURI TANAMAN ORGANIK

Barakah Agroserve kini mula menceburi sistem tanaman organik, percubaan pertama akan dijalankan di atas sebidang tanah seluas 2 ekar dengan tanaman timun sebagai tanaman permulaan.



Kerja-kerja permulaan bagi tanaman organik telah dimulakan dengan menyungkap sekam padi ke atas batas.

Pengenalan
Pertanian organik adalah satu pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia, racun perosak dan bahan penggalak tumbuhan. System ini bergantung kepada penggunaan bahan organik dalam bentuk kompos, baja hijau atau sungkupan untuk mengekal dan menambahkan kesuburan tanah. Di samping itu pertanian organik mengamalkan kawalan biologi bagi perosak dan rumpai.

Kebaikan Tanaman Organik

1. MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH
Kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi kesuburan tanah. Hal ini kerana pertanian organik dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman giliran. Cara ini adalah tanam yang lebih daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. Tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Oleh itu, tanah akan kekal subur malahan semakin subur melalui tanaman organik.

2. MENGELUARKAN MAKANAN YANG SELAMAT
Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat.

3. MENGITAR SEMULA SISA PERTANIAN, SISA DAPUR, SISA LAMAN DAN NAJIS HAIWAN TERNAKAN SECARA BIOLOGIKAL
Tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan membuang begitu sahaja.

4. MENGAWAL RUMPAI DAN PEROSAK
Di samping itu, mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan wujudnya pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wangi, kucai dan selasih tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh digunakan untuk memasak. Hakikatnya, tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi.

5. HARGA DAN PERMINTAAN YANG TINGGI
Oleh kerana tanaman organik amat kurang dilaksanakan oleh petani moden, maka permintaannya amat tinggi serta dijual di pasaran dengan harga yang tinggi. Contohnya timun organik dipasaran dijual dengan harga rm5-rm8 sekilogram manakala timun biasa dengan harga rm2-rm3 sekilogram.

FERTIGASI TERGANTUNG

Alhamdulillah sistem fertigasi tergantung yang pertama sekali dijalankan sebagai percubaan telahpun berjaya.

Sistem fertigasi tergantung seluas 1 ekar telah dimulai dengan tanaman timun sebanyak 2400 pokok kini telah berjaya dituai.



Tiang-tiang dan poly bag yang telah siap untuk digantung







Setelah mengeluarkan hasil. Buah timun yang bergantungan di atas kepala mudah untuk dituai



Timun yang telah dituai dilonggokkan sebelum di masukkan ke dalam bakul



Timun diisi ke dalam bakul sebelum dihantar ke pasar borong, sebanyak 300-400 kilogram sehari berjaya dituai.

Tuesday, February 2, 2010

BARAKAH AGROSERVE

Alhamdulillah tanggal 26 Januari 2010 baru-baru ini, sebuah syarikat baru telah berjaya didaftarkan dengan nama BARAKAH AGROSERVE SDN BHD.

Pendaftaran syarikat yang khusus dalam bidang pertanian ini adalah amat diperlukan, memandangkan pembukaan tanah-tanah baru untuk dijadikan ladang-ladang pertanian semakin meningkat.

Alhamdulillah sehingga kini pihak kami telahpun memiliki ladang-ladang pertanian seluas 20 ekar di Titi Gantung dengan tanaman cili, timun, labu manis dan kacang panjang. 3 ekar di lenggong dengan tanaman bendi dan insyaAllah sebidang tanah lagi seluas 10 ekar di Ipoh akan dibuka dan dijadikan ladang tanaman nenas, cili dan timun pada April ini InsyaAllah.

Di samping mengamalkan sistem pertanian konvensional, Barakah Agroserve akan memulakan pertanian Organik seluas 5 ekar sebagai percubaan pertama. Barakah Agroserve juga sehingga kini telahpun memiliki 1 ekar fertigasi tergantung dan 12 buah rumah pelindung hujan yang mengamalkan sistem fertigasi sepenuhnya.



Jalan tar untuk menuju ke ladang



Jalan tanah di dalam ladang



Pemandangan ladang dari bukit



Tanaman fertigasi di dalam rumah pelindung hujan



Anak benih di dalam rumah semaian



Tanaman secara konvensional



Tanaman fertigasi tergantung

Semoga segala rezeki yang diperolehi mendapat barakah dari Allah.