Friday, September 4, 2009

ANNURSI HALAL MART

Industri peruncitan merupakan salah satu industri yang mempunyai masa depan yang cerah dan terus berkembang, perkembangan industri ini berikutan bertambahnya produk-produk terbaru dalam segala produk peruncitan seperti makanan, minuman, keperluan asas, produk kecantikan, kesihatan dan lain-lain yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat sedia ada serta bertambahnya syarikat-syarikat perusahaan baru di Malaysia.

Isu ‘HALAL’ merupakan isu yang telah lama diperkatakan di Malaysia, di mana masyarakat Islam yang merupakan pengguna terbanyak di Malaysia kini, telah mula mempersoalkan faktor halal bagi setiap produk yang akan dibeli.
Kini produk halal telah berkembang luas yang mana apabila tertera ‘logo halal’ padanya menunjukkan produk tersebut adalah halal dan harus digunakan tanpa was-was.

Walaubagaimanapun faktor halal bukanlah semata-mata faktor yang perlu dititikberatkan oleh pengguna, terdapat satu lagi faktor yang wajip dititikberatkan oleh setiap pengguna muslim iaitu faktor ‘pengeluar’. Setiap pengguna harus mengetahui atau mengenali akan nama-nama syarikat atau hak milik syarikat setiap produk tersebut sama ada milik syarikat orang Islam atau tidak.

Foktor ini amat penting bukan sahaja bagi membantu dan memajukan syarikat-syarikat milik orang Islam, bahkan dapat menghindarkan diri daripada penggunakan produk-produk yang mengandungi perkara ‘syubhat’ padanya.

Contohnya: menggunakan produk-produk dari syarikat-syarikat ‘yahudi’ atau syarikat milik orang yahudi atau syarikat yang menyokong yahudi dan pembantu pembentukan Negara Israel. Telah kita maklumi terdapat banyak syarikat-syarikat Amerka dan Eropah yang memberi bantuan dan sokongan kepada Negara haram yahudi sehingga 10% - 15% daripada keuntungan setahun adalah merupakan sejumlah bantuan yang amat besar yang diperuntukkan kepada yahudi bagi membunuh umat Islam Palestin.

Di Malaysia sendiri syarikat-syarikat ini telah lama menguasai pasaran dan para pengguna, sehingga telah menjadi suatu kelaziman dan kemestian kepada pengguna dengan hanya menggunakan produk tersebut sahaja kerana telah menjadi suatu kebiasaan.

Alhamdulillah dengan kesedaran umat Islam serta galakan dan bantuan kerajaan, kini di Malaysia telah mula munculnya banyak syarikat-syarikat milik orang Islam bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, dalam segenap keperluan seperti makanan, minuman, produk kecantikan, produk kesihatan dan keperluan harian.

Jadi kini tiada alasan lagi bagi pengguna untuk terus menggunakan produk-produk keluaran yahudi dengan alasan tiada produk keluaran syarikat Islam.

Maka di atas faktor inilah MMEC Group bercadang dan berhasrat untuk menceburi bidang peruncitan Islam dengan membuka sebuah mini market dengan nama ‘Annursi Halal Mart’. Produk-produk yang akan dijual hanyalah produk-produk keluaran syarikat orang Islam, yang bukan sahaja halal bahkan jauh daripada perkara-perkara syubhat yang merugikan umat Islam.

Sebuah deretan rumah kedai yang masih di awal pembinaan oleh pemaju dan disebuah lokasi yang strategik di Bandar Sri Iskandar serta berhampiran dengan Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi MARA, telah dikenal pasti sebagai tapak terbaik untuk membuka “annursi halal mart” insyaAllah. Amin.

No comments:

Post a Comment