Monday, September 14, 2009
PROJEK AKAN DATANG
Alhamdulillah.. atas berkat kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengenal penat lelah dan putus asa walaupun setelah beberapa kali mengalami kegagalan dan kerugian, kini projek pertanian MMEC beransur-ansur berkembang maju dengan bertambahnya keluasan ladang dan tanah yang telah dan sedang diusahakan.
Di atas bantuan dan sokongan Jabatan Pertanian Negeri, kini projek pertanian MMEC telah memiliki 3 buah (9 bumbung) rumah pelindung hujan atau lebih dikenali dengan nama rumah fertigasi.
Fertigasi ialah kaedah penanaman berteknologi moden yang menggabungkan sistem pembajaan dalam sistem pengairan.
Pembajaan dilakukan semasa penyiraman pokok dilakukan. Penanaman dilakukan sama ada di dalam polibeg atau diatas tanah atau dalam apa-apa bekas yang mengandungi media tanaman yang tidak semestinya tanah dan bukan cecair.
Secara umumnya sistem fertigasi boleh dilakukan secara tertutup menggunakan infrastruktur pelindung hujan ataupun secara terbuka bergantung kepada jenis tanaman dan keupayaan modal.
Kelebihan penggunaan sistem fertigasi ialah ia berupaya mengelak jangkitan penyakit bawaan tanah kerana sistem fertigasi menggunakan media sabut kelapa(cocopeat) atau sekam padi bakar.
Disamping itu sistem fertigasi memudahkan tugas pembajaan kerana ia dilakukan menggunakan sistem pengairan titisan secara terus ke pokok. Secara tidak langsung sistem fertigasi menjimatkan masa pembajaan.
Kaedah penjagaan adalah melalui kerja-kerja meracun secara berjadual. Antara jenis tanaman sayuran yang sesuai menggunakan sistem fertigasi antaranya adalah cili merah, tomato, terung, timun, strawberi dan japanese watermelon.
Pengurus Projek Ustaz Naufall Mustapa berkata "Projek tanaman fertigasi cili akan dimulakan selepas Aidilfitri ini insyaAllah".
Pertanian adalah perniagaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment