Thursday, September 24, 2009
FERTIGASI TIMUN JEPUN
Hari ni 24 September 2009, bermulanya kerja-kerja mengisi media ke dalam polibeg bagi projek tanaman cili, timun dan timun jepun secara fertigasi. Kesian si Ustaz Naufall raya ke-3 dah balik ke ladang, apa nak buat tak boleh tinggalkan ladang lama-lama.
3 buah bumbung rumah pelindung hujan telah disediakan untuk tanaman cili, 6 buah bumbung untuk tanaman timun biasa dan 3 buah bumbung lagi untuk tanaman timun jepun.
Timun jepun merupakan tanaman yang amat sesuai ditanam secara fertigasi kerana ia mampu menghasilkan pengeluaran buah yang amat lumayan hasilnya. Dengan sistem ini setiap pokok mampu menghasilkan di antara 15-20 biji dengan berat 1kg di antara 4-5 biji. 3 buah bumbung rumah pelindung hujan mampu menampung sehingga 2000 pokok timun.
Semalam pagi teman bersiar-siar di Suk Markazi, saja-saja nak survey dan tengak kedai-kedai yang membekal peralatan-peralatan pertanian seperti biji benih, baja, racun dan berbagai equipment berasaskan pertanian di Khartoum.
Rupa-rupanya di Khartoum ni produk-produk berasaskan pertanian ni jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Bayangkan biji benih timun jepun produk Perancis hanya berharga SDG 25 setin (RM 35), berbanding produk yang sama di Malaysia dengan harga RM 150 setin. Apalagi teman pun belilah 4 tin untuk bawa pulang ke Malaysia, bolehlah dapat 3ribu pokok.
Benih timun jepun yang dibeli di Suk Markazi semalam
Kelebihan Sistem Fertigasi:
Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok
Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
Mengatasi masalah bawaan tanah
Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik
Penggunaan baja yang cekap dan jimat
Mengurangkan penggunaan racun
Modal pusingan yang rendah
Meningkatkan hasil pengeluaran
Masalah merumpai yang rendah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment