Terima kasih ALLAH kerana telah selalu memberikan nikmat kepada kami walaupun diri selalu tersasar.
Terima kasih ALLAH kerana selalu mengingatkan kami dengan ujian.
Terima kasih ALLAH kerana masih lagi memberikan rahmat walaupun sudah berulangkali engkar..
Diri - Inilah hakikat dirimu. Engkau sebenarnya lemah, mudah dipengaruhi dengan suasana dan orang lain. Fahamlah wahai diri, engkau hanya boleh berusaha untuk mengubah. Tetapi yang melaksanakannya adalah ALLAH.
Firmah ALLAH yang bererti :
ALLAH meringankan bagimu peraturan agama, dan manusia itu dijadikan bersifat lemah (surah An Nisa':28)
Ya ALLAH, jauhilah kami dari sifat sombong dan bongkak..
Diri - bukankah engkau selalu tergesa-gesa dan terburu-buru dalam membuat sesuatu pekerjaan. Kadang-kadang engkau tidak menyelidik tetapi terus menghukum. Engkau terus menerus menjadi pakar hukum seolah-olah hukuman pemutus itu ditanganmu. Alangkah sukarnya untuk menjadi seorang yang penyabar dan berfikir panjang.
"Dan manusia itu suka memohon kejahatan sebagaimana mereka juga suka memohon kebaikan. Dan manusia itu tergesa-gesa sifatnya" (surah an Nisa' ayat 11)
Diri - bukankah engkau selalu rasa gelisah dan tidak tenteram. Takut benar menghadapi masa hadapan. Goyah benar hati apabila diuji ALLAH dengan kesusahan. Terkadang baru hilang kotor sedikit pakaianmu, engkau sudah merasa marah dan memaki hamun. Baru diuji sedikit dengan kehilangan harta, amat susah untuk memejamkan mata... oh engkau makin mengeluh... tidakkah kamu tahu apabila manusia meninggalkan pekerjaan dakwah makanya kesusahan itu akan kembali kepada dirinya... inilah qadaq dan qadar... fahamilah wahai diri....
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bersifat keluh kesah. Apabila dia ditimpa keburukan dia berkeluh kesah. (surah al Ma'arij ayat 19-21)
Diri - mengapa engkau selalu melihat kelemahan dirimu sahaja? Kekurangan itulah yang selalu diperbesar-besarkan. Seolah-olah hadirmu di alam ini hanya membawa sial dan celaka serta tiada keberuntungan. Hinggalah engkau merasakan dirimu tiada gunanya, mudah kecewa dan putus asa. Diri belajarlah bersyukur, tahulah untuk memberi makna di dalam hidup.
"Dan sesungguhnya kalau Kami kurniakan kepada manusia nikmat Kami, kemudian Kami tarik kembali daripadanya, sesungguhnya dia menjadi putus asa dan menjadi kufur."
(Surah Hud ayat 9)
Diri - semoga engkau tidak lupa akan dosa yang telah dilakukan untuk bermuhasabah diri. Carilah jalan untuk meningkatkan kualiti hidupmu. Bagaimana hubunganmu dengan ALLAH, sesama manusia dan makhluk yang lain ?
"Dan sesungguhnya Kami perintahkan kepada Adam dahulu. Maka dia lupa perintah itu, dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat." (Surah Ta Haa)
Kezaliman apa lagi yang akan engkau lakukan wahai diri? Berat sudah amanah yang dipikul di pundakmu diperintahkan untuk menyampaikan kebenaran, untuk menyebarkan perkara kebaikan. Mungkin.. mungkinlah kerana itu makhluk yang lain tidak mahu menerimanya...
"Sesungguhnya Kami mengemukakan amanat yakni tugas dan tanggungjawab keagamaan, kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat tersebut oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu adalah amat zalim dan amat bodoh"
(Surah al Ahzab ayat 72)
Mengapa engkau sombong dan bongkak berjalan di muka bumi ALLAH? Sedangkan engkau tahu, setiap langkahmu itu diperhitungkan nanti di akhirat. Ingatlah wahai diri, engkau sebenarnya tidak mempunyai apa-apa di alam ini. Jika engkau sudah tahu tujuan dijadikan hanya untuk menyembah Dia, sedarlah bahawa dirimu sebenarnya adalah hamba yang hina.
"Dan demi sesungguhnya jika Kami kurniakan kepada manusia kesenangan sesudah kesusahan menimpanya, nescaya dia berkata. 'Telah hilang kesengsaraan itu daripada diriku.' Sesungguhnya dia sangat gembira lagi sombong."
(Surah Hud ayat 10)
wahai diri kembalilah kamu kepada Allah yang akan memperhitungkan apa yang kamu lakukan.. ingatlah wahai diri walaupun sebesar zarah tetap akan diperlihat diakhirat nanti...
innalillahi wainna ilahi rajiun : Dari pada Allah kita datang kepada Allah jualah kita akan kembali....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Caesars Palace to Open First Class Las Vegas Casino
ReplyDeleteThe new casino on the 경주 출장샵 strip will open the first new Caesars Palace resort 문경 출장샵 to the public 남양주 출장샵 on March 8th. 진주 출장샵 The resort 양주 출장샵 will feature