Monday, February 2, 2009
KEBANGKITAN ISLAM SEKALI LAGI
Ketika zaman pemerintahan Kamal Atartuk, ramai alim ulama Uthmaniah Turki ditangkap, dipenjara dan dibunuh. Maka sebahagian besar dari mereka telah berhijrah ke Syiria dan Mesir, di kala itu al-Imam Badiuzzaman Said an-Nursi dan Imam Ahmad Husyra turut disaran agar meninggalkan Turki dan berhijrah ke Mesir.
Tetapi apakah jawapannya ketika diajak untuk berhijrah?
Said an-Nursi berkata; “Sesungguhnya dibumi inilah jatuhnya Khalifah Islam, dan dibumi inilah akan kembalinya kebangkitan Islam. Oleh yang demikian aku tidak akan sekali-kali meninggalkan bumi ini (Turki) walaupun aku dibunuh kemudian hidup kembali lalu dibunuh sebanyak seribu kali”.
Suatu peristiwa yang istimewa dan menarik telah berlaku pada Recep Tayyip Erdogan perdana menteri Turki, sebelum ia memegang jawatan perdana menteri, sewaktu itu ia hanyalah seorang menteri biasa sahaja dalam parlimen Turki.
Peristiwa tersebut ialah: Suatu malam ketika ia ingin tidur datang seorang lelaki tua ke rumahnya lalu mengetuk pintu, ia bertemu lelaki tersebut lalu lelaki tua tersebut menyarankannya agar ia berjumpa dengan seorang tua yang bernama Nuri. Malam berikutnya peristiwa yang sama berlaku, seterusnya selama 3 malam berturut-turut peristiwa berikut berulang, lelaki tua yang sama dengan saranan yang serupa.
Setelah berlakunya peristiwa tersebut, Tayyip Erdogan berfikir.. siapakah lelaki tua tersebut? Siapakah lelaki tua yang bernama Nuri? Dan mengapakan ia disarankan untuk bertemu dengannya?
Setelah membulatkan nekad, ia lalu mencari siapakah lelaki yang bernama Nuri, hinggalah ia mendengar adanya seorang alim yang bernama Said an-Nuri di Asbarta. Lalu bertolak ke Asbarta dan berjumpa dengannya.
Berkata Said an-Nuri “sesungguhnya lelaki tua yang datang ke rumah anda tersebut ialah Imam Badiuzzaman Said an-Nursi dan aku adalah muridnya. Anda jangan menceritakan peristiwa tersebut kepada sesiapapun hinggalah anda berada di tempat yang tertinggi”. (tempat yang tertinggi maknanya ialah Perdana Menteri seperti jawatannya kini)
Sejak itu Tayyip Erdogan terus berguru dengan Said an-Nuri akan “Rasail Nur” iaitu sebuah kitab besar karangan Badiuzzaman Said an-Nursi hinggalah kini.
Jadilah ia salah seorang daripada ‘Tholib an-Nur’ iaitu gelaran bagi para penuntut Rasail an-Nur (risalah-risalah yang bercahaya).
Kini kita telahpun lihat bagaimanakah seorang ketua Negara atau pemimpin yang dididik dengan cahaya al-Quran dan as-Sunnah melalui ‘Manhaj Rasail an-Nur’. Satu-satunya pemimpin Negara Islam yang berani menentang penindasan israel ke atas umat Islam Palestin secara terang, sebagaimana yang telah tersiar di Television dan akhbar pada 1 Januari 09 lalu.
Benarlah kata-kata Imam Badiuzzaman Said an-Nursi bahawa Islam akan kembali bangkit di Turki.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmatnya ke atas al-Imam Said an-Nursi, Imam Ahmad Husyra, Imam Said an-Nuri (yang masih hidup hingga hari ini) dan seluruh para penuntut Rasail an-Nur samada yang telah kembali kerahmatullah dan yang masih hidup.
Amin ya Rabbil a~lamin…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment