Tuesday, February 3, 2009

THOLIB AN-NUR MALAYSIA


kitab 'rasail an-nur' tulisan Imam Badiuzzaman Said an-Nursi

Kolej Darul Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor, telah mengambil dan menjadikan manhaj ‘Rasail an-Nur’ sebagai pengajian wajib di dalam setiap kursus diploma yang ditawarkan di KDH.
Dua orang tenaga pengajar daripada tholib an-nur Sudan telah diutuskan oleh Munazzamah Tholib an-Nur yang berpusat di Turki sebagai tenaga pengajar Rasail Nur ke KDH tahun lalu.
Mereka ialah tholibnur Ustaz Abdullah dan tholibnur Ustaz Sadiq yang kedua-duanya berasal dari Turki sebelumnya merupakan guru Rasail Nur di Khartoum Sudan.
Pada bulan Disember lalu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menghantar dua orang wakilnya mengikuti kursus pengajian Rasail an-Nur ke Asbarta Turki, sebagai suatu persediaan dan perancangan masa depan bagi melahirkan barisan tholibnur yang benar-benar menguasai ilmu serta manhaj Rasail Nur di Malaysia.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan bagi menunjung al-Quran dan as-Sunnah seperti ini akan dinaungi dan diredhai Allah SWT.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmatnya ke atas al-Imam Said an-Nursi, Imam Ahmad Husyra, Imam Said an-Nuri (yang masih hidup hingga hari ini) dan seluruh para penuntut Rasail an-Nur samada yang telah kembali kerahmatullah dan yang masih hidup.

Amin ya Rabbil a~lamin…

No comments:

Post a Comment