Saturday, February 21, 2009

SIRI TERJEMAHAN RASAIL NUR 6


KALIMAT ENAM

بسم الله الرحمن الرحيم

{إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة}

Sesungguhnya menjual diri dan harta benda pada jalan Allah taala itu merupakan suatu ibadah terhadapnya, dan bagaikan seorang tentera yang berjuang pada jalannya…lalu memperolehi keuntungan dan kemuliaan di dalam perniagaannya! Sekirannya dikau ingin mengetahui kebenarannya maka ambillah perhatian kepada hikayah pendek ini:

Pada suatu hari, seorang raja telah menyerahkan kepada dua orang rakyatnya suatu amanah dan tanggungjawab untuk menjaga dua buah ladang yang amat luas, di dalamnya terdapat segala jenis infrastruktor yang terdiri daripada kilang, jentera, peralatan, senjata, haiwan ternakan dan sebagainya. Tetapi tatkala itu berlakunya sebuah peperangan, oleh itu segalanya berada dalam keadaan tidak stabil dan sempurna. Samada ianya hilang atau tertukar tangan.

Lalu sang raja yang pemurah dan mulia mengutus seorang utusannya membawa perintahnya yang pemurah lalu berkata kepada kedua-duanya:

Jualkanlah kepadaku apa yang dikau ada daripada dua amanah yang telah ku perintahkan dikau untuk memelihara dan menjaganya, maka janganlah dikau pergi meninggalkan ladang tersebut dalam keadaan sia-sia pada ketika berlakunya bencana ini, dan aku akan menyempurnakan harganya untuk dikau dengan harga yang tinggi, seakan-akan amanah ini adalah milikmu sendiri… lalu dikau uruskanlah tempat-tempat ini beserta peralatan-peralatannya dengan namaku dan tanggungjawabku… maka aku akan meningkat gandakan lagi harganya daripada satu kepada seribu, dan akan kuserahkan keuntungan tersebut kepada dikau berdua…, dan sekiranya dikau berasa lemah dan tiada kemampuan untuk mengurusi kerja besar ini… akan ku jamin padamu di atas segala pertanggungjawaban dan mengurusannya serta akan ku kurniakan padamu berdua segala pertolongan dan kemamfaatan dan ianya akan tetap berada dibawah penguasaan dikau berdua sehingga tamat waktu perkhidmatanmu, agar dikau dapat mengambil keuntungan darinya dan menikmatinya dalam lima tahap.

Sekiranya dikau berdua tidak menjualnya padaku maka akan lesaplah ia daripada dikau sebagaimana ia telah nyata atas pandangan mata, sesungguhnya tiada seorangpun yang mampu memelihara atas apa yang ada tangannya… akan dikau tinggalkan segala yang bernilai tinggi, dan haram atas dikau berdua daripada harga yang tinggi…peralatan-peralatan jentera, perhiasan-perhiasan yang bermergelapan dan galian-galian yang hebat, akan dikau kehilangan semua kehebatannya, dikau akan menanggung semuanya seorang diri dalam mengurus dan mentadbirnya dan dikau akan menaggung balasan atas pengkhianatan yang telah dikau lakukan dalam menjalankan amanah… maka dengan demikian bagi dikau lima tahap kerugian.

Adapun dengan menjualnya kepadaku… si penjual seumpama seorang tentera bagiku, bersandar dengan namaku, maka sebagai gantinya dikau sebagai hamba yang hina dina dan terkurung serta terbiar akan berubah menjadi bagaikan kekasih yang bebas dan merdeka didepan sultan yang mulia.

Setelah mendengar kedua-dua pemuda akan kata-kata raja yang padanya suatu penghormatan bagi mereka. Lalu berkatalah pemuda yang bijaksana di antara keduanya: “ku dengar dan patuh, aku jual segalanya dan aku mendahuluinya dengan seribu kesyukuran”.

Adapun pemuda yang lain, seorang yang sombong, mementingkan diri sendiri. Beranggapan bahawa ia akan tetap kekal selama-lamanya di atas ladangnya, lalu berkata:

“tidak!.... siapakah raja? Aku tidak akan menjual kepunyaanku dan tidak akan merosakkan sesuatu yang telah aku ciptai dan capai!”

Hari berganti hari…. Bulan berganti bulan.. Lalu muncullah pemuda yang pertama berada di dalam darjat kebesaran dikalangan manusia, memperolehi kelembutan dan rahmat sultan, mewah dan bahagia hidupnya di dalam istana khusus miliknya.

Adapun pemuda kedua, dalam kesedihan, kecelakaan, bala bencana sehingga manusia semua menjauhkan diri daripadanya, serta membencinya, lalu mereka berkata: sesungguhnya baginya apa yang dimilikinya! Ketika itu ia telah mencelakai dirinya sendiri dengan azab seksaan sebagai balasan terhadap kesalahan yang ia telah ia lakukan, maka tidak akan kembali segala ciptaannya dan tidak akan kembali segala yang dimilikinya.

Wahai jiwa yang penuh dengan nafsu!

Lihatlah akan dikau, hakikat yang ditonjolkan dari hikayat ini.

Adapun sang sultan adalah raja yang azali, tuhanmu dan penciptamu.

Adapun ladang-ladang, gudang-gudang, peralatan-peralatan dan bahan-bahan galian tersebut adalah kurniaannya kepadamu untuk kehidupanmu di dunia dari sudut tubuh badanmu, jiwamu dan hatimu, dan segala yang terdapat padanya daripada pendengaran, penglihatan, akal fikiran dan khayalan iaitu segala cita-citamu yang zahir dan yang batin.

Adapun utusan yang mulia ialah penghulu kita Muhammad s.a.w.

Adapun perintah dan arahan dari sultan ialah al-Quran al-Karim yang menyarankan agar berjual beli bagi memperolehi keuntungan besar dalam perniagaan. Dan pada ayat yang mulia ini Allah berfirman:

{ان الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة}.

Adapun medan peperangan merupakan hal ehwal kehidupan dunia yang bersifat sementara, tidak kekal, akan berubah dan musnah binasa, segala persoalan ini telah difahami oleh akal fikiran setiap manusia:

“sesungguhnya apa yang kita miliki tidak akan kekal selamanya, bahkan akan lenyap dan hilang daripada kita, tiadakah di sana rawatan dan wasilah baginya? Adakah mungkin untuk mengekalkan sesuatu yang akan lenyap?!”

Sebahagian manusia tenggelam dalam pemikiran dan persoalan sebegini, sekiranya ia mendengar seruan al-Quran pemilik kerajaan langit lalu ia berkata terhadap ayat-ayat yang mulia itu: Ya! Sesungguhnya di situlah wasilah dan penawarnya untuk penyakit ini, bahkan
ia merupakan wasilah yang lembut yang padanya terdapat lima peringkat keuntungan yang besar.

Soalan: Apakah wasilahnya?

Jawapan: menjual amanah kepada pemiliknya yang hakiki, pada jualan ini ada lima darjat keuntungan.

• Keuntungan Pertama: Harta yang lenyap menjadi kekal, kerana jiwa yang binasa dalam keadaan mengimani yang maha hidup lagi kekal dan berjalan menuju ilahi, berkekalanlah jiwa yang ababi. Bagaikan tumbuh pada jiwanya buah-buahan ranum dan bunga-bunga kebaikan yang menerangi alam abadi sebagaimana bercambahnya biji-biji benih lalu tumbuh daripadanya bunga-bungaan dan buah-buahan.

• Keuntungan Ke-Dua: Harganya ialah Syurga

• Keuntungan Ke-Tiga: Naiknya nilai dan kehebatan anggota tubuh dan seluruh pancaindera dari satu kepada seribu.

Misalnya: Akal merupakan anggota dan alat, sekiranya dikau tidak menjualnya… wahai saudaraku… demi Allah dikau tidak akan dapat menggunakannya pada jalan-Nya, bahkan dikau hanya akan menjadikannya menuju kehendak hawa nafsumu, maka berubahlah tubuh badannya menjadi lemah, sakit dan tidak bermaya, kini ia menanggung kesakitan yang lalu penuh kesedihan dan kesempitan di masa akan datang, lalu wujudlah kesukaran tatkala menuju kepada alat yang berbahaya dan beracun, tidakkah dikau perhatikan bagaimana perjalanan si fasik (pelaku dosa besar) daripada keadaan hidupnya yang menyelubunginya dalam kelalaian ………

Tetapi sekiranya dijual akal fikirannya pada jalan Allah, dan beramal pada jalannya dan kerananya, maka ia lalu menjadi kunci kebahagiaan dengannya ia membuka apa sahaja yang menghalang kearah mendapatkan sesuatu perkara daripada perbendaharaan-perbendaharaan tuhan yang maha pemurah dan perbendaharaan ilmu pengetahuan tuhan ketika mana ia melihat akan pemiliknya, dan bagaimana ia memikirkan tentang perbendaharaan ilmu tuhan dari pelbagai perkara, setiap yang wujud dan yang baharu menyaksikan maha pemurah tuhan menyelubungi setiap yang wujud, lalu dengan demikian kemajuan akal meningkat ke tahap murshid menjadikan pemiliknya kebahagiaan yang berkekalan.

Contohnya: mata merupakan pancaindera, dengan roh ia hidup di alam ini, sekiranya ia tidak digunakan ke jalan Allah, dan hanya digunakan untuk menuruti hawa nafsu, maka sesungguhnya penyaksiannya terhadap sesuatu pemandangan yang indah itu hanyalah sesuatu yang bersifat sementara dan akan hilang bagaikan seorang hamba yang paling hina menuruti apa sahaja kehendak hawa nafsunya. Tetapi sekiranya ia menuruti penciptanya yang maha melihat dan menggunakannya pada jalan yang diredainya, tatkala itu jadilah mata itu sebagai alat bagi mengulangkaji dan mempelajari alam semesta yang besar ini, dan sebagai saksi terhadap mukjizat-mukjizat ciptaan tuhan, ia bagaikan seekor lebah bersama sekuntum bunga kasih sayang tuhan di kebun dunia, lalu menitik dari penyaksian tersebut suatu pengalaman, pengetahuan dan kasih sayang cahaya kebenaran ke dalam hati-hati mukmin.

Contohnya: sekiranya dikau tidak menjual deria rasa… yang letaknya di lidah… kepada pemiliknya yang bijaksana, dan menggunakannya untuk kepentingan nafsumu, maka tatkala itu hawa nafsumu jatuh bagaikan seorang penjaga pintu kandang binatang yang berperut buncit, lalu jatuhlah kehormatannya. Tetapi sekiranya ia menjual derianya kepada tuan pemberi rezeki yang maha pemurah, maka sesungguhnya ia telah menuju ke suatu darjat seseorang yang melihat lagi berkemahiran untuk mendapatkan perbendaharaan kasih sayang tuhan, dan seorang pencari yang bersyukur di atas anugerah rezeki kepadanya.

Wahai akal! Fikirkanlah, dimanakah peralatan-peralatan daripada kunci-kunci peti perbendaharaan alam?

Wahai mata! Perhatikan dengan baik, di manakah kuli-kuli yang hina dina bagi maktabah ilahiah.

Wahai lidah! Rasalah akan kemanisan, di manakah penjaga pintu tempat pengkajian dan kandang-kandang binatang ternakan daripada perbendaharaan kasih sayang tuhan?

Untuk dikau… wahai saudaraku… peliharalah pancaindera dan anggota badanmu ke atas perkara-perkara berikut, dan daripadanya dikau akan memahami bahawa seorang mukmin itu memperolehi suatu kebenaran yang khusus bagi mendapatkan syurga, sebagaimana seorang kafir memperolehi hakikat kebenaran neraka jahannam. Maka tidaklah harus setiap dari keduanya memperolehi pembalasan yang adil ini, kecuali sekiranya si mukmin tersebut menggunakan anggotanya dengan keimanan dan suatu amanah dari penciptanya dan dengan namanya sebagai jaminan mendapatkan keredhaannya, dan si kafir mengkhianati amanah tuhannya lalu menggunakan anggotanya bagi memenuhi keinginan hawa nafsunya yang jahat.

• Keuntungan Ke-Empat: Sesungguhnya manusia itu amat lemah ketika ditimpa pelbagai musibah, ia juga seorang yang fakir miskin tetapi hajat keperluaannya sentiasa ditambah, dan ia juga lemah kecuali apabila ia berlawanan dengan kehidupannya yang jahat, maka sekiranya ia tidak bertawakkal (menyerah diri) dan bergantung kepada tuhan yang maha tinggi maha kuasa, sesungguhnya tiada keselamatan atas segala urusannya dan tiada baginya ketenangan, maka berpanjanganlah kegelapan dalam jiwanya dengan kesakitan, terbelengu segala kehendaknya dan mandul dengan ertikata sebenarnya, maka jadilah ia seorang penjahat yang jijik dan seorang pemabuk yang sia-sia.

• Keuntungan Ke-Lima: Sesungguhnya ia merupakan gabungan semua di antara ahli zauk dan kasyaf, ahli ikhtisas dan musyahadah, dengan perasaan dan pengetahuannya adapun segala amal ibadah, zikir dan tasbih yang dilakukan oleh anggota tubuh badan ketika mana ia beramal kerana keredhaan dari Allah dan dengan harganya yang tinggi, maka akan dikau perolehi gambaran buah-buahan yang baik lagi lazat dari syurga, dan di anugerahkan segalanya kepada dikau ketika mana dikau berhajat kepadanya.

Demikianlah… di dalam jual beli ini terdapat padanya keuntungan yang besar dan padanya lima peringkat keuntungan, maka sekiranya dikau tidak melaksanakannya maka haramlah dikau dari keuntungan semuanya, persilalah menuju kerugian.

Lima kerugian tersebut Ialah;

• Kerugian Pertama: Sesungguhnya apa yang dicintainya ialah harta, anak-anak dan sesuatu yang dirindui oleh hawa nafsu dan sesuatu yang hargai daripada kehidupan dan hari-hari muda, semuanya akan sempit dan hilang,

• Kerugian Ke-dua: Akan di datangi pembalasan azab daripada pengkhianatan amanah, kerana dikau menggunakan seluruh peralatan-peralatan dan anggota tubuh badan yang tinggi harganya di dalam pekerjaan dan kehidupan harian tanpa amanah maka dikau telah menzalimi diri sendiri.

• Kerugian Ke-tiga: kegelapan dan kesempitan terhadap ilmu pengetahuan ilahi, kiranya dikau memutuskan segala anggota tubuh badan dan pancaindera kemanusiaan dengan cara yang kebinatangan.

• Kerugian Ke-empat: Dikau akan sentiasa dipanggil oleh kecelakaan dan kebinasaan, dan akan ditimpa kemalangan, permusuhan, kebinasaan dan tekanan kehidupan seperti kedhaifan keluargamu, kefakiran dan kelemahanmu.

• Kerugian Ke-lima: Sesungguhnya pemberian yang cantik dari tuhan yang maha penyayang… seperti akal fikiran, hati, mata dan sebagainya… tidak dianugerahkan kepada dikau kecuali untuk dikau memamfaatkannya bagi membuka pintu-pintu kebaikan yang kekal abadi, maka tiadalah akan kebesarannya kiranya pemberian menjadi kerugian kepada bentuk yang menyakitkan lalu terbuka bagimu pintu-pintu jahannam!.

Sekarang… marilah kita perhatikan terhadap jual beliNya. Adakah ia berasa berat dan susah bilamana manusia melarikan diri darinya?

Tidak! tidak… tiada kesusahan padanya dan tiada keberatan baginya selama-lamanya. Kerana kawasan yang halal amat luas dan nyata. Cukuplah dengan dikau beristirehad, bergembira dan pemperolehi kebaikan. Maka janganlah dikau mengundang ke lembah yang haram.

Adapun apa yang telah Allah fardhukan kepada kita merupakan suatu kesempitan dan kesusahan sedikit sahaja, dan adapun tentera Allah dan penyembahan terhadapNya amat mulia dan besar, maka padanya terdapat kerehatan dan kelazatan yang tidak dapat disifatkan.

Adapun kewajipan itu menjadikan dikau sebagai seorang tentera, dikau mulai sesuatu pekerjaan dengan ‘bismillah’, dikau bekerja dengan ‘bismillah’, dikau mengambil dan memberi dengan ‘bismillah’ dan dikau bergerak dan diam dengan kehendak dan arahan-Nya. Maka di sana bagi dikau kalimah ringkas dari permohonan pengampunan, maka merendah dirilah dikau kepada-Nya dan berdoalah:

اللهم اغفرلنا خضايانا، واقبلنا في عبادك، واجعلنا امناء على ما أمنته عندنا الى يوم لقائك... آمين.

No comments:

Post a Comment