Saturday, February 21, 2009

SIRI TERJEMAHAN RASAILNUR 7

KALIMAT TUJUH

آمنت بالله وباليوم الآخر


Sekiranya dikau berkeinginan untuk memahami bagaimanakah untuk “beriman kepada Allah” dan kepada “hari akhirat”, dua rahsia misteri yang menutupi dunia dan dua anak kunci yang membuka pintu-pintu kebahagiaan bagi jiwa-jiwa manusia, iaitu dua misteri yang bagaikan penangkal, melindungi dan menyelesaikan segala permasalahan.

Bagaimanakah manusia bertawakkal (berserah diri) terhadap penciptanya dengan penuh kesabaran, serta bermohon dan berdoa mengharap kurniaanNya dengan penuh kesyukuran, kedua-duanya memberi mamfaat serta merupakan rawatan yang berkesan.

Dan kiranya dikau ingin mengetahui bagaimanakah membaca al-Quran al-Karim itu, mengamalkannya, mendirikan solat dan meninggalkan dosa-dosa besar, merupakan tiket dan kelebihan bagi alam akhirat, serta pancaran cahaya bagi alam kubur dalam percutian kekal abadi. Demikianlah! tiket perjalanan baginya yang penting, amat bernilai serta berkilauan.

Maka dengarlah akan hikayat serta perumpamaan ini:

Sewaktu tercetusnya peperangan… terdapat seorang tentera di medan peperangan telah mendapat kesukaran dan terjadinya suatu peristiwa yang mengejutkan, suasana menjadi kepayahan dengan dua luka di sebelah kanan dan kirinya. Di bahagian belakangnya terdapat seekor singa liar yang seakan-akan mahu menerkamnya. Manakala di bahagian hadapannya terdapat sebuah menara gantungan yang sentiasa menunggunya, dan disebalik peristiwa dan pemandangan tersebut terdapat suatu percutian dan kerehatan yang akan menafikan segala keadaannya.

Maka dalam keadaan sedemikian lalu berfikirlah si miskin yang telah putus harapannya akan kesempitan yang menimpanya ketika itu, lalu ia dapati datang seorang lelaki yang bercahaya dan baik – bagaikan khidir a.s – terpancar wajahnya dari sudut kanannya lalu berkata:

Janganlah dikau berasa hampa dan jangan dikau berputus asa. Aku akan ajarkan dikau dua penangkal, ianya amat baik bagi dikau, sekiranya dikau mengamalkannya dengan sebaik-baik amalan, ia mampu menjadikan singa yang garang itu jinak dan sedia berkhidmat untukmu, dan mampu merubah tali hukuman gantung yang menakutkan itu sesuatu yang lembut dan gebu… dan akanku berikan dikau dua rawatan, ianya amat baik bagi dikau sekiranya dikau mengamalkannya, ia mampu menjadikan dua lukamu yang busuk itu seakan-akan dua kuntum bunga yang wangi, yang dinamakan bunga Muhammadi dan akanku berikan dikau satu tiket perjalanan, dengannya dikau mampu melampaui perjalanan setahun dengan hanya sehari bagaikan burung berterbangan di udara!! Sekiranya dikau tidak mempercayai kata-kata ku ini maka cubalah ia!, sehingga dikau mengetahui benarnya kata-kataku…

Lalu cubalah ia sebahagian darinya, dan mendapati segalanya itu adalah benar.

Ya, begitu juga dengan ku… si miskin… said, aku mengakuinya, keranaku telah mencuba sebahagiannya, lalu ku dapati ianya benar-benar berlaku.

Kemudian, secara tiba-tiba kelihatan padanya seorang penghasut, pemabuk dan penipu bagaikan syaitan, dari sebelah kirinya, dengan perhiasan-perhiasan yang buruk dan gambaran-gambaran menakutkan, lalu ia berkata:

Datanglah kepadaku, datanglah kepadaku wahai teman, minum arak bersamaku dan lihatlah gambaran-gambaran yang baik seperti ini, dan dengarlah nyanyian-nyanyian yang merdu dan lembut, dan makanlah makanan-makanan yang lazat ini…

Soalnya: Apakah suatu rahsia yang ia katakan padamu itu?

Jawap: Ia adalah penangkal

Penyoal: Buangkannya darimu sesuatu yang kabur ini, maka janganlah dikau mengeruhkan hubungan kita, dan melupakan halatuju kita, di masa depan kita bersama. Apakah yang berada ditanganmu itu?

Jawap: Ia adalah ubat!

Penyoal: Buangkannya, dikau sihat sejahtera, tiada sebarang kecederaan padamu, waktu kini waktu berhibur.. Dan kertas adakah ini padanya lima tanda?

Jawap: Sesungguhnya ia adalah tiket dan wasikah dalam perjalanan

Penyoal: Koyakkannya, kita tidak berhajat untuk berjalan di musim bunga yang indah ini!

Demikianlah rancangan jahat dan tipu daya terhadapnya, berlakulah perubahan, pasrahlah si tentera itu hingga cenderung sedikit terhadap kata-katanya.

Ya, sesungguhnya setiap manusia itu merancang, begitu juga denganku merancang sebagai seorang perancang!

Tiba-tiba berdentum suatu suara bagaikan guruh dari sebelah kanannya, memperingatinya:

Wahai dikau yang terpedaya… katakanlah kepada si penipu daya itu:

Sekiranya dikau mampu membunuh singa di belakangku, dan mampu mematahkan kayu-kayu pengikat tali gantung di hadapanku, dan mampu merawat kedua-dua lukaku yang menusuk ke dalam di sebelah kanan dan kiriku, dan mampu memendekkan jarak di antaraku dan tempat percutian dihadapanku..

Sekiranya dikau mampu melaksanakannya maka lakukanlah?! Biar kami melihatnya, kemudian setelah itu katakanlah padaku: sekiranya dikau tidak mampu melaksanakannya maka berambuslah wahai si celaka; sehingga berkata ia.. akan apa yang telah dikatakan oleh pemuda langit tersebut seakan-akan ia Khidir alaihissalam.

Wahai jiwaku yang selalu bergembira, gelak ketawa hari mudanya, dan kini menangis diatas gelak ketawa masa lalu.. Ketahuilah!

Sesungguhnya tentera yang papa itu adalah dikau wahai manusia.

Dan adapun singa itu merupakan ajal (maut)…

Dan adapun tali gantung itu merupakan kematian, kehilangan dan perpisahan yang pasti dirasai setiap manusia… adakah dikau tidak perhatikan bagaimanakah ia memisahkan kita semua yang dikasihi meninggalkan kekasihnya, ia memanggil kita siang dan malam…

Adapun dua luka yang dalam, pertama: Hari tua manusia yang tiada had padanya, kedua: Waktu fakirnya manusia yang amat menyakitkan tiada akhir padanya…

Adapun penafian dan perjalanan yang panjang itu bagaikan peperiksaan dan ujian bagi manusia, bermula sejak dari alam ruh di dalam rahim si ibu, kanak-kanak, alam dewasa seterusnya tua dari alam dunia dan alam kubur dan barzah hinggalah ke alam mashsyar dan titian sirat….

Adapun dua penangkal merupakan keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Ya sesungguhnya mati bersama penangkal yang suci itu ia bagaikan gambaran kuda jinak ganti kepada singa yang garang, bahkan ia mengambil gambaran buraq yang mengeluarkan manusia mukmin daripada penjara dunia kepada taman-taman syurga, menuju ke hadrat tuhan yang maha penyayang, maha agung.

Dan dari sinilah, manusia yang sempurna apabila memerhatikan hakikat kematian akan mencintainya bahkan menghendakinya sebelum tiba masanya,

Kemudian sesungguhnya kehilangan, perpisahan, kematian, perjalanan masa dan peredarannya dengan gambaran sebatang tiang gantungan ia membawa makna penangkal keimanan gambaran tersebut merupakan perantara untuk memikir dan memerhatikan ukiran-ukiran mukjizat ciptaan empunya segala kemuliaan, kehebatan kekuasaan dan penjelmaan rahmatnya yang indah, cantik, penuh dengan warna-warnia yang berbagai dengan kesempurnaan kelazatan.

Demikianlah; Kiranya dikau mengganti dan memperbaharui pemandangan-pemandangan yang membalikkan warna-warna yang wujud pada cahaya matahari dan merupah gambaran tersebut pada layar cinema untuk membentukkan suatu pemandangan yang lembut dan cantik.

Adapun dua rawatan tersebut ialah:

Pertama: Bertawakkal (berserah diri) kepada Allah dan menghadapinya dengan sabar, iaitu sentiasa bergantung kepada kekuatan dan kekuasaan pencipta yang mulia serta berpegang teguh terhadap kebijaksanaanNya.

Bukankah begitu?

Ya, sesungguhnya sebarang ketakutan yang kekal pada manusia yang mengantungkan segala kelemahannya kepada pemerintah bumi yang menguasai segala perintah (كن فيكون).

Tatkala itu ia memandang bahawa sesungguhnya segala ketakutan dan musibah adalah dibawah ketentuan tuhanNya yang pengasih dengan jiwa yang tenang ia menyebut {انا لله وانا اليه راجعون}.

Ya, sesungguhnya dengan mengenali Allah akan memberikan kelazatan kepada sebarang kelemahan dan ketakutannya terhadap Allah Subhanahu wa Taala. Dan benarlah bahawa di dalam ketakutan itu ada kelazatan! Sekiranya seorang bayi yang berusia satu tahun umurnya, mampu berfikir dan berkata, maka pasti akan ditanya: Adakah baik hal keadaanmu dan hal keadaannya? Mungkin beginilah jawapannya: Ketika mana hatiku merasai kenikmatan maka hilanglah segala ketakutanku, harapanku dan kelemahanku…. ketahuilah sesungguhnya sifat penyayang ibu-ibu dan belas kasihannya tiada kecuali melainkan serpihan kasih sayang daripada kasih sayang rahmat tuhan yang luas.

Dari sini terdapat segolongan orang-orang yang disempurnai keimanan mereka dengan kelazatan di atas tanda-tanda kelazatan tersebut ialah menyerah diri dan takut kepada Allah, sehingga hati-hati mereka sentiasa bergantung kepada Allah penuh kesucian dan keikhlasan dari hal ehwal kehidupan mereka dan kekuatan mereka dan tiada bagi mereka suatu kelemahan untuk menyembah-Nya dan mereka memohon perlindungan hanya kepada-Nya, mereka mengemukakan segala kelemahan dan ketakutan sebagai dua wasilah dan penawar bagi mereka terhadap tuhan yang maha mulia.

Adapun rawatan yang lain ialah: Doa dan permohonan kemudian redho dengan ketaatan dan syukur ke atasnya serta meyakini akan rahmat anugerah tuhan maha pengasih. Bukankah begitu?

Ya! Sesungguhnya sesiapa yang menjadi tetamu baginya hamparan bumi, hidangan kenikmatan, dan dijadikan musim bunga itu bagaikan serumpun bunga yang cantik daripada bunga-bunga hiasan di samping hidangan yang pelbagai bahkan bertaburan ke atasnya, sesungguhnya sesiapa yang menjadi tetamu kepada tuhan maha pemurah lagi mulia bagaimana mungkin menjadi fakir dan diselubungi kesakitan dan bebanan?.

Bahkan ia menerima kefakiran dan keperluannya dari yang maha suci suatu bentuk kerehatan untuk menikmati segala kenikmatan. Lalu berjalanlah ia menuju bekalan daripada keperluan-keperluan yang tersembunyi lalu bertambahlah seleranya. Dan di sini tersembunyi suatu kebanggaan, kesempurnaan dan kemuliaan mereka dengan fakir terhadap Allah taala…

Dan demikianlah perbezaan pandangan dikau dan kami tentang fakir; sesungguhnya ia merupakan pinjaman manusia untuk fakir terhadap maha suci tuhan serta merendah diri terhadapnya dan padanya sesuatu permohonan, dan tiadalah bermaksud kefakiran manusia itu suatu kehinaan bagi mereka bahkan merupakan suatu kemudahan atas mereka memohon segala hajat dan keperluan!

Adapun tiket perjalanan dan penolong itu ialah melaksanakan solat yang lima dan menjauhi dosa-dosa besar. Bukankah begitu?

Ya! Sesungguhnya kebanyakan ahli ikhtisas dan penyaksian semua ahli zauk dan terbukanya hijab daripada para ulama yang sentiasa berhati-hati dan para wali yang salih bersepakat bahawa bertambahnya jarak perjalanan dan simpanan senjata ketika percutian yang panjang lagi gelap dan cahayanya dan buraknya tiada kecuali melainkan suatu perbandingan daripada suruhan al-Quran al-Karim dan menjauhi larangannya,

Dan kiranya tidak, maka tidak akan kayalah ilmu pengetahuan, falsafah, kemahiran dan kebijaksanaan sesuatu apapun di dalam kehidupan ini, bahkan semuanya akan berhenti memadamkan cahaya-cahaya yang terdapat di pintu-pintu kubur.

Wahai jiwaku yang malas!

Apakah yang aku takuti dalam menunaikan solat yang lima dan menjauhi dosa besar yang tujuh dan apakah baunya dan kemudahannya dihadapan keagungan mamfaatnya dan ganjarannya serta daruratnya! Sekiranya dikau bijaksana fahamilah yang demikian itu.

Tak dapat tidak, kata-kataku ini untuk sesiapa sahaja yang memanggilmu kepada kefasikan, kesia-siaan dan kejahatan, dan kepada syaitan itu perancang yang jahat:

Sekiranya ada padamu satu jalan untuk menghapuskan kematian, dan menghilangkan sesuatu kehilangan daripada dunia, dan kiranya dikau mempunyai ubat untuk mengangkat ketuaan dan kefakiran daripada manusia, dan mampu menjadi orang tengah untuk menutup pintu-pintu kubur buat selama-lamanya, maka bawakan ianya dan katakanlah padanya agar mereka dengar dan mereka patuh… dan sekiranya tiada demikian itu maka berambuslah dikau, sesungguhnya al-Quran yang mulia itu menunjukkan tanda-tanda kehidupan di dalam masjid dunia yang besar ini. Maka dengarlah kita kepadanya, dan kita menerangilah cahayanya, dan kita beramallah dengan petunjuknya yang bijaksana, sehingga lidah-lidah kita sentiasa menyebut dan membacanya.

Ya! Sesungguhnya kalam ini adalah kalamnya. Maka ia adalah benar, dan dialah yang memancarkan hakikat sebenar dan menyebarkan tanda-tanda cahaya kebijaksanaan.

اللهم نور قلوبنا بنور اليمان والقرآن. اللهم اغننا بالافتقار اليك ولا تفقرنا بالاستغناء عنك، تبرأنا اليك من حولنا وقوتنا والتجأنا الى حولك وقوتك فاجعلنا من المتوكلين عليك ولا تكلنا الى أنفسنا واحفظنا بحفظك وارحمنا وارحم المؤمنين والمؤمنات.
وصل وسلم على سيدنا محمد عبدك ونبيك وصفيك وخليلك وجمال ملكك ومليك صنعك وعين عنايتك وشمس هدايتك ولسان محبتك ومثال رحمتك ونور خلقك وشرف موجوداتك وسراج وحدتك في كثرة مخلوقاتك وكاشف طاسم كائناتك ودلآل سلطنة ربوبيتك ومبلغ مرضياتك ومعرف كنوز أسمائك ومعلم عبادك وترجمان آياتك ومرآة جمال ربوبيتك ومدار شهودك واشهادك وحبيبك ورسولك الذي أرسلته رحمة للعالمين وعلى آله وصحبه أجمعين وعلى أخوانه من النبيين والمرسلين وعلى ملائكتك المقربين وعلى عبادكالصالحين... آمين

No comments:

Post a Comment