Satu lagi jenis tanaman yang menjadi fokus MMEC kini ialah tanaman serai peha ayam yang akan dijalankan secara contract farming bersama CWA LEMONGRASS SDN BHD di atas tanah seluas 5 ekar.
Perbincangan dengan pihak CWA akan diadakan pada pertengahan Mac ini, bagi memeterai perjanjian jual beli setelah tempoh matang serai selama 6 bulan. Bermakna pihak CWA akan membeli kesemua pohon serai yang ditanam di atas tanah seluas 5 ekar tersebut dengan anggaran kuantiti sebanyak 140 tan, dengan harga yang telah ditetapkan oleh pihak CWA sendiri iaitu sebanyak RM 700 untuk setiap 1 tan serai.
Anggaran modal yang diperlukan bagi tanaman serai seluas 5 ekar ini adalah sebanyak RM 30 ribu.

Kaedah Penanaman Serai
1 ekar tanah bersamaan dengan 43,560 kaki persegi
Sistem penanaman adalah seperti berikut :
Jarak tanaman 4’ x 3’ = 12 kaki persegi
Sistem ini boleh menghasilkan 3,630 lubang bagi 1 ekar.
1 batang serai tanaman boleh menghasilkan 45-50 batang serai.
6 batang serai tanaman boleh menghasilkan 300 – 320 batang.
Bermakna 5 ekar tanah boleh menghasilkan serai sebanyak 5,445,000 batang.
No comments:
Post a Comment