Saturday, January 31, 2009

MMEC MAJU SEJENGKAL LAGI

Nur Annursi Investment & Services Co. Ltd (MMEC Group), Khartoum Sudan. Maju sejengkal lagi dengan pembukaan sebuah lagi Pusat Communication dan Perkhidmatan Am, bertempat di Sahafah, Khartoum, Sudan.

Pembukaan satu lagi permis perkhidmatan ini merupakan suatu pelaburan lanjutan setelah pembukaan permis pertama di Sarwah Um Darman. Memandangkan keperluan dan kepentingan perkhidmatan ini amat diperlukan oleh masyarakat setempat, maka MMEC Group mengambil keputusan membuka satu lagi cawangannya di Sahafah.

InsyaAllah pada tanggal 5 Februari 2009 bersamaan 9 Safar 1430 akan datang merupakan hari pertama beroperasinya pusat tersebut.

Di antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

• Communication Services
• Electricity Services
• Stationary & Photostat
• General Services
• PA System Rental Services (cadangan akan datang)

Semoga dengan perkembangan ini MMEC Group akan memperolehi lebih pengalaman dan ilmu pengetahuan disamping dakwah Islamiah yang menjadi motif utama penubuhannya, semoga segala kemajuan yang dikurniakan akan memperolehi keberkatan dari Allah SWT.

Friday, January 30, 2009

PUJIAN RASAIL NUR


Kitab: Risail an-Nur (al-Lam’at, bab al-hamdu)
Penulis: Badiuzzaman Said an-Nursi
Penterjemah: Tholibnur

AL-HAMDU LILLAH


Dalam pembahasan ini ada sembilan nilai penting, berikut akan dijelaskan satu persatu:


Nilai Pertama

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu wa taala atas nikmat iman yang telah menghilangkan dari kami kegelapan dari enam arah.

Arah masa lalu, pada sebelah kanan kami amat gelap gelita dan amat mengerikan, karena dia adalah tempat kunjungan yang paling luas. Dengan nikmat keimanan, kegelapan itu telah hilang sehingga menjadi sebuah majlis yang terang benderang.

Pada sebelah kiri kami merupakan arah masa depan. Arah ini juga amat gelap dan mengerikan, demikian itu bagi kami ia bagaikan tanah perkuburan yang amat besar. Tetapi dengan nikmat keimanan, terbukalah arah itu yang ternyata merupakan syurga-syurga yang dihiasi dengan penuh keindahan; di dalamnya ada pertamuan-pertamuan penuh kasih sayang dari Allah SWT.

Arah atas merupakan dunia langit-langit, bagi kami ia juga amat gelap dan amat mengerikan jika dipandang dengan pandangan filsafat. Tetapi dengan nikmat keimanan, arah itu kini terbuka, ternyata ia bagaikan lampu-lampu yang tersenyum, kerana diperintah dan ditakluki oleh Zat Yang menghiasi wajah langit. perhiasan itu telah menghiburkan jiwa kami; lalu kami tidak lagi merasai bersendirian dan ketakutan.

Arah bawah merupakan dunia bumi, bagi kami ia juga amat gelap dan mengerikan jika dilihat melalui pemikiran yang sesat. Tetapi dengan nikmat keimanan, arah itu terbuka, ternyata sebuah perahu Allah SWT yang dikendalikan dan diisi dengan berbagai kelezatan dan makanan. Penciptanya telah mengisinya juga para penumpang dari jenis manusia dan jenis binatang agar dapat berjalan-jalan di penjuru kerajaan Allah SWT Yang Maha Penyayang.

Arah hadapan merupakan tempat tujuan perginya makhluk-makhluk yang mempunyai kehidupan. Mereka pergi dengan begitu cepat; kafilah demi kafilah. Kafilah-kafilah itu segera hilang dalam gelapnya ketiadaan yang tidak kembali pulang. Tetapi dengan nikmat keimanan arah itu terbuka, ternyata adalah sebuah perjalanan bagi perpindahan makhluk-makhluk yang memiliki kehidupan dan perkampungan dunia yang fana kepada perkampungan akhirat yang kekal abadi. Perpindahan dari tempat perhambaan, kepada tempat pengambilan upah dan balasan. Dari tempat yang penuh dengan kesesakan, kepada tempat yang penuh kasih sayang dan istirehat.

Adapun cepatnya makhluk-makhluk yang memiliki kehidupan itu pergi melalui gelombang-gelombang kematian, demikian itu bukanlah suatu musibah atau malapetaka; tetapi demikian itu merupakan suatu proses kenaikan yang penuh dengan rasa rindu untuk sesegera mungkin bertemu dengan kebahagiaan mereka.

Arah belakang juga amat gelap dan mengerikan. Setiap yang memiliki perasaan akan bingung dan ragu, mereka bertanya-tanya, "Dari mana? Hendak ke mana?" Oleh kerana ‘kelalaian’ ia tidak akan memberikan sebarang jawapan, maka keraguan dan kebingungan akan menjadi sebuah kegelapan didalam jiwanya. Tetapi dengan nikmat keimanan, arah itu tersingkap, dan ternyata ianya suatu prinsip dan tanggungjawab setiap manusia, dan bahawa Penguasa zaman azali telah mengirim mereka ke dunia ujian ini, adalah sebagai para pekerjaNya.

Dari hakikat ini, Hamdalah (puji-pujian) atas nikmat keimanan yang telah menghilangkan kegelapan-kegelapan dari enam arah itu, juga merupakan sebuah kenikmatan, yang turut menuntut sebuah Hamdalah (puji-pujian). Kerana dengan Hamdalah lah, darjat-darjat kenikmatan dan kelezatan ini akan dapat diketahui. Maka Hamdalah atas Hamdalah akan bersilsilah dalam silsilah yang tidak akan berakhir; dalam perputaran yang tidak ada hentinya.


Nilai Kedua

Segala puji-pujian bagi Allah SWT atas nikmat keimanan yang telah menerangi kami kegelapan daripada enam arah. Iman merupakan nikmat agung dalam menolak segala cubaan, kerana dengannya hilang segala kegelapan itu. Selain itu, iman juga merupakan nikmat yang sangat besar dalam mendatangkan kemanfaatan, kerana telah menerangi enam arah itu.

Manusia dalam hubungannya dengan kesempurnaan fitrahnya, dengan apa yang ada pada enam arah itu. Dan dengan nikmat keimanan, manusia dapat mengambil manfaat dari seluruh enam arah itu ke manapun dia mengarah. Allah SWT berfirman:

فأينما تولوا فثم وجه الله

Artinya:
"Maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah." (Al-Baqarah: 115)

Maka enam arah itu akan bersinar dengan terang-terangan dalam jaraknya yang amat jauh. Sehingga manusia yang beriman seakan-akan mempunyai umur maknawi yang berawal dari permulaan hingga berakhirnya dunia. Umur itu diambil dari cahaya kehidupan yang terpampang dari awal zaman azali hingga kekal abadi selamanya. Bahkan manusia, dengan rahsia diterangkannya arah-arah itu oleh imannya, telah keluar dari sempitnya zaman kini dan tempat yang sempit, kepada lapangan alam yang sangat luas. Alam ini seakan-akan telah menjadi rumahnya. Sedang masa lalu dan masa yang akan datang seperti hadir di masa kini, yaitu bagi ruh dan hatinya.


Nilai Ketiga

Puji-pujian bagi Allah SWT atas nikmat keimanan yang padanya mengandungi dua perkara, iaitu sandaran dan pengambilan bekal.

Benar, dengan rahsia kelemahan manusia yang terlalu lemah; dan banyaknya musuh, manusia perlu kepada tempat bersandar sebagai tempat pelarian dari musuh-musuhnya yang tidak terbatas.

Dan dengan rahsia kefakiran manusia yang terlalu fakir; banyaknya keperluan; banyaknya keinginan, manusia memerlukan tempat untuk ia mengambil bekal yang dapat memberi ketika diminta untuk memenuhi segala keperluan dan keinginannya.

Maka dari itu, iman kepada Allah SWT merupakan titik persandaran bagi fitrah manusia. Sedangkan iman kepada hari akhirat merupakan titik pengambilan bekal bagi perasaannya. Barangsiapa tidak mengetahui akan kedua-dua titik ini, maka hati dan ruhnya akan merasai kesepian; dan perasaannya akan merasa tersiksa. Barangsiapa bersandar dengan keimanan kepada titik pertama, dan mengambil bekal dari titik kedua, akan merasai dari hati nuraninya kelazatan-kelazatan maknawi, ketenangan, dan hiburan.


Nilai Keempat

Puji-pujian bagi Allah SWT atas cahaya keimanan yang menghilangkan perasaan-perasaan sakit daripada kelazatan-kelazatan yang diharuskan, dengan memperlihatkan putaran-putaran permisalan. Cahaya keimanan yang telah melestarikan kenikmatan-kenikmatan, dengan memperlihatkan pohon pemberian nikmat. Cahaya keimanan yang telah menghilangkan rasa sakitnya perpisahan, dengan memperlihatkan kelazatan daripada pergantian.

Maksudnya, bahawa dalam setiap kelazatan pasti ada rasa sakit yang berasal dari rasa kehilangan akan kelezatan itu. Tetapi dengan cahaya keimanan, hilanglah perasaan kehilangan itu, lalu berubah kepada suatu pergantian. Dan dalam pergantian itu terdapat sebuah kelazatan yang lain (baru).

Sebagaimana buah-buahan, jika tidak diketahui pohonnya, maka kenikmatan itu hanya terbatas pada buahnya sahaja, dan akan hilang ketikamana habis dimakan. Kehilangan itu meninggalkan kesakitan dan penyesalan. Tetapi jika diketahui dan dilihat akan pohonnya, maka rasa sakit ketika kehilangan buahnya telah hilang kerana pohonnya tetap ada di tempatnya. Pohon itu siap menggantikan buah yang hilang itu dengan buah-buah yang baru.

Demikian juga rasa kesakitan yang terberat yang dialami oleh ruh manusia merupakan rasa sakit yang timbul dari perasaan perpisahan dan kehilangan itu. Tetapi dengan cahaya keimanan, perpisahan itu terpisah dan hilang, lalu akan berubah menjadi pergantian permisalan yang mengandungi pada sebuah kelazatan yang lain. Kerana setiap yang baru itu pasti lebih lazat dan baik.

- bersambung -

MMEC MAJU SETAPAK LAGI

Nur Annursi Investment & Services Co. Ltd (MMEC Group), Khartoum Sudan. Maju setapak lagi dengan pembukaan sebuah Pusat Communication dan Perkhidmatan Am, bertempat di Sarwah 9, Um Darman, Sudan.

Sebuah kedai yang strategik telah disewa berhadapan persimpangan jalan utama menuju ke Nus Street Um Darman, dengan nama “Markaz Wehdah Lil Khadamaat” tertera pada signboard besar di hadapan kedai, modal permulaan sekitar 6000 pound telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut.

Tanggal 7 Januari 2009 bersamaan 10 Muharram 1430 merupakan hari pertama beroperasinya pusat tersebut.

Di antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

• Communication Services
• Electricity Top-up Services
• Stationary Supplier
• General Services

Semoga dengan perkembangan ini MMEC Group akan memperolehi lebih pengalaman dan ilmu pengetahuan disamping dakwah Islamiah yang menjadi motif utama penubuhannya, semoga segala kemajuan yang dikurniakan akan memperolehi keberkatan dari Allah SWT.

AJAL TELAH DITENTUKAN



Petikan dari kitab 'Rasail Nur'

Ajal telah ditentukan, Rezeki telah diundang


Ajal dan rezeki sekilas terlihat sebagai sesuatu yang tidak diketahui. Padahal sebenarnya, kedua hal itu telah ditentukan di balik tirai pelindung dalam buku qadha dan qadar Allah SWT yang ada sejak zaman azali. Ajal setiap makhluk hidup akan menjemputnya tepat pada waktunya, tidak lebih awal dan juga tidak terlambat. Rezeki setiap makhluk hidup juga telah ditentukan dan disiapkan. Semua itu telah tercatat di buku qadha dan qadar Allah SWT.

Ada banyak sekali dalil yang menguatkan pernyataan di atas.
Sebatang pohon ketika mati meninggalkan biji-biji benihnya. Benih itu adalah laksana ruh yang akan melanjutkan tugas berikutnya. Hal itu tidak akan terjadi dan terlaksana tanpa ada undang-undang bijaksana yang dimiliki oleh Allah SWT.

Seorang ibu dapat menyusui bayinya. Susu itu keluar dari payudaranya dalam keadaan yang bersih dan murni. Keluarnya susu itu adalah dari antara darah dan kotoran, tapi hal itu tidak mencermari kemurnian susu itu. Dia tetap bersih dan suci. Hal ini adalah sebuah bantahan yang sangat kuat bagi mereka yang mengatakan bahawa semua ini terjadi tanpa sengaja. Selain sebagai dalil bahawa semua ini terjadi kerana diatur oleh undang-undang rasa kasih saying Allah SWT. Dan kita dapat mengqiyaskan dua contoh ini kepada semua jenis makhluk hidup.

Pada hakikatnya, ajal sudah ditentukan bila dan masanya, begitu juga rezeki. Keduanya telah ditulis dalam daftar hal-hal yang telah ditentukan itu. Akan tetapi keduanya terlihat seperti tersembunyi di balik tirai alam ghaib; tergantung pada benang-benang yang tidak dapat diketahui dan tidak dapat dilihat. Keduanya juga benar-benar nampak seperti belum ditentukan, seperti hanya dikendalikan oleh ketidaksengajaan. Semua itu demi hikmah yang sangat penting dan kadang-kala tidak diketahui oleh banyak orang.

Kerana sekiranya ajal manusia itu dapat diketahui sepertimana tahu bila tenggelamnya matahari, maka sudah tentu manusia akan menghabiskan setengah umurnya untuk kelalaian; umur itu akan dibuang sia-sia; dan dia juga tidak akan berjuang keras mengejar kebahagiaan akhirat. Sedangkan setengah umurnya yang kedua akan dihabiskannya dengan perasaan gelisah dan ketakutan. Setiap hari yang dilalui seakan-akan sedang perlahan-lahan menuju tiang gantungan. Dan sudah tentu rasa sakitnya kematian itu akan dirasai ratusan kali ganda lagi. Demi hikmah yang sangat besar inilah Allah SWT tetap menyembunyikan dibalik keghaiban. Bahkan hingga ajal dunia (kiamat) turut disembunyikan Allah SWT sebagai tanda kasih sayang dan belas kasihanNya.

Disamping itu, rezeki merupakan perbendaharaan yang paling banyak mengandungi kenikmatan setelah perbendaharaan hidup. Rezeki merupakan sumber terkaya yang mendorong manusia untuk bersyukur dan memuji. Selain itu, rezeki merupakan perbendaharaan yang terbanyak membangkitkan berbagai jenis ibadah, doa, dan pengharapan. Maka Allah SWT menampakkannya dalam bentuk yang masih belum diketahui, kemudian menjadikannya bagaikann dikendalikan oleh ketidaksengajaan.

Hal berikut ditetapkan dengan tujuan agar segala pintu rezeki yang diperolehi dengan memanjatkan doa kepada Allah SWT tidak ditutup. Demikian juga agar tidak tertutup pintu untuk kembali dan memohon kepada Allah SWT yang disertai dengan syukur dan pujian kepadaNya. Kerana sekiranya rezeki itu sudah ditentukan sepertimana terbit dan tenggelamnya matahari, maka segala manfaat dan tujuan adanya rezeki itu akan berubah sama sekali. Pintu-pintu untuk berdoa, tunduk, memohon dengan penuh kesyukuran dan keredhaan juga akan terkunci. Bahkan turut terkunci pintu-pintu ibadah yang penuh kekhusyukan dan pengharapan.

Ajal dan rezeki sekilas terlihat sebagai sesuatu yang tidak diketahui. Padahal sebenarnya, kedua hal itu telah ditentukan di balik tirai pelindung dalam buku qadha dan qadar Allah SWT yang ada sejak zaman azali. Ajal setiap makhluk hidup akan menjemputnya tepat pada waktunya, tidak lebih awal dan juga tidak terlambat. Rezeki setiap makhluk hidup juga telah ditentukan dan disiapkan. Semua itu telah tercatat di buku qadha dan qadar Allah SWT.

Ada banyak sekali dalil yang menguatkan pernyataan di atas.
Sebatang pohon ketika mati meninggalkan biji-biji benihnya. Benih itu adalah laksana ruh yang akan melanjutkan tugas berikutnya. Hal itu tidak akan terjadi dan terlaksana tanpa ada undang-undang bijaksana yang dimiliki oleh Allah SWT.

Seorang ibu dapat menyusui bayinya. Susu itu keluar dari payudaranya dalam keadaan yang bersih dan murni. Keluarnya susu itu adalah dari antara darah dan kotoran, tapi hal itu tidak mencermari kemurnian susu itu. Dia tetap bersih dan suci. Hal ini adalah sebuah bantahan yang sangat kuat bagi mereka yang mengatakan bahawa semua ini terjadi tanpa sengaja. Selain sebagai dalil bahawa semua ini terjadi kerana diatur oleh undang-undang rasa kasih saying Allah SWT. Dan kita dapat mengqiyaskan dua contoh ini kepada semua jenis makhluk hidup.

Pada hakikatnya, ajal sudah ditentukan bila dan masanya, begitu juga rezeki. Keduanya telah ditulis dalam daftar hal-hal yang telah ditentukan itu. Akan tetapi keduanya terlihat seperti tersembunyi di balik tirai alam ghaib; tergantung pada benang-benang yang tidak dapat diketahui dan tidak dapat dilihat. Keduanya juga benar-benar nampak seperti belum ditentukan, seperti hanya dikendalikan oleh ketidaksengajaan. Semua itu demi hikmah yang sangat penting dan kadang-kala tidak diketahui oleh banyak orang.

Kerana sekiranya ajal manusia itu dapat diketahui sepertimana tahu bila tenggelamnya matahari, maka sudah tentu manusia akan menghabiskan setengah umurnya untuk kelalaian; umur itu akan dibuang sia-sia; dan dia juga tidak akan berjuang keras mengejar kebahagiaan akhirat. Sedangkan setengah umurnya yang kedua akan dihabiskannya dengan perasaan gelisah dan ketakutan. Setiap hari yang dilalui seakan-akan sedang perlahan-lahan menuju tiang gantungan. Dan sudah tentu rasa sakitnya kematian itu akan dirasai ratusan kali ganda lagi. Demi hikmah yang sangat besar inilah Allah SWT tetap menyembunyikan dibalik keghaiban. Bahkan hingga ajal dunia (kiamat) turut disembunyikan Allah SWT sebagai tanda kasih sayang dan belas kasihanNya.

Disamping itu, rezeki merupakan perbendaharaan yang paling banyak mengandungi kenikmatan setelah perbendaharaan hidup. Rezeki merupakan sumber terkaya yang mendorong manusia untuk bersyukur dan memuji. Selain itu, rezeki merupakan perbendaharaan yang terbanyak membangkitkan berbagai jenis ibadah, doa, dan pengharapan. Maka Allah SWT menampakkannya dalam bentuk yang masih belum diketahui, kemudian menjadikannya bagaikann dikendalikan oleh ketidaksengajaan.

Hal berikut ditetapkan dengan tujuan agar segala pintu rezeki yang diperolehi dengan memanjatkan doa kepada Allah SWT tidak ditutup. Demikian juga agar tidak tertutup pintu untuk kembali dan memohon kepada Allah SWT yang disertai dengan syukur dan pujian kepadaNya. Kerana sekiranya rezeki itu sudah ditentukan sepertimana terbit dan tenggelamnya matahari, maka segala manfaat dan tujuan adanya rezeki itu akan berubah sama sekali. Pintu-pintu untuk berdoa, tunduk, memohon dengan penuh kesyukuran dan keredhaan juga akan terkunci. Bahkan turut terkunci pintu-pintu ibadah yang penuh kekhusyukan dan pengharapan.

MAULANA MALIK IBRAHIM

Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim (w. 1419 M/882 H) adalah nama salah seorang Walisongo, yang dianggap yang pertama kali menyebarkan agama Islam di tanah Jawa. Ia dimakamkan di desa Gapura, kota Gresik, Jawa Timur.
Tidak terdapat bukti sejarah yang meyakinkan mengenai asal keturunan Maulana Malik Ibrahim, meskipun pada umumnya disepakati bahawa ia bukanlah orang Jawa asli. Sebutan Syekh Maghribi yang diberikan masyarakat kepadanya, kemungkinan menisbahkan asal keturunannya dari Maghrib, atau Maroko di Afrika Utara.
Babad Tanah Jawi versi J.J. Meinsma menyebutnya dengan nama Makhdum Ibrahim as-Samarqandy, yang mengikuti pengucapan lidah Jawa menjadi Syekh Ibrahim Asmarakandi. Ia memperkirakan bahawa Maulana Malik Ibrahim lahir di Samarkand, Asia Tengah, pada paruh awal abad 14.
Dalam keterangannya pada buku The History of Java mengenai asal mula dan perkembangan kota Gresik, Raffles menyatakan bahwa menurut penuturan para penulis tempatan, "Mulana Ibrahim, seorang Pendita terkenal berasal dari Arabia, keturunan dari Zainal Abidin, dan sepupu Raja Chermen (sebuah negara Sabrang), telah menetap bersama para Mahomedans lainnya di Desa Leran di Jang'gala".
Namun demikian, kemungkinan pendapat yang terkuat adalah berdasarkan pembacaan J.P. Moquette atas baris kelima tulisan pada prasasti makamnya di desa Gapura Wetan, Gresik; yang mengindikasikan bahawa ia berasal dari Kashan, suatu tempat di Iran sekarang.
Terdapat beberapa versi mengenai silsilah Maulana Malik Ibrahim. Ia pada umumnya dianggap merupakan keturunan Rasulullah SAW; melalui jalur keturunan Husain bin Ali, Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir, Ja'far ash-Shadiq, Ali al-Uraidhi, Muhammad al-Naqib, Isa ar-Rumi, Ahmad al-Muhajir, Ubaidullah, Alwi Awwal, Muhammad Sahibus Saumiah, Alwi ats-Tsani, Ali Khali' Qasam, Muhammad Shahib Mirbath, Alwi Ammi al-Faqih, Abdul Malik (Ahmad Khan), Abdullah (al-Azhamat) Khan, Ahmad Syah Jalal, Jamaluddin Akbar al-Husain (Maulana Akbar), dan Maulana Malik Ibrahim.
PENYEBARAN AGAMA
Maulana Malik Ibrahim dianggap termasuk salah seorang yang pertama-tama menyebarkan agama Islam di tanah Jawa, dan merupakan wali senior diantara para Walisongo lainnya. Beberapa versi babad menyatakan bahawa kedatangannya disertai beberapa orang. Daerah yang ditujunya pertama kali ialah desa Sembalo, sekarang adalah daerah Leran, Kecamatan Manyar, yaitu 9 kilometer ke arah utara kota Gresik. Ia lalu mulai menyiarkan agama Islam di tanah Jawa bagian timur, dengan mendirikan masjid pertama di desa Pasucinan, Manyar.
Pertama-tama yang dilakukannya ialah mendekati masyarakat melalui pergaulan. Budi bahasa yang ramah-tamah senantiasa diperlihatkannya di dalam pergaulan sehari-hari. Ia tidak menentang secara tajam agama dan kepercayaan hidup dari penduduk asli, melainkan hanya memperlihatkan keindahan dan kebaikan yang dibawa oleh agama Islam. Berkat keramah-tamahannya, banyak masyarakat yang tertarik masuk agama Islam.
Sebagaimana yang dilakukan para wali awal lainnya, aktivitas pertama yang dilakukan Maulana Malik Ibrahim ialah berdagang. Ia berdagang di tempat pelabuhan terbuka, yang sekarang dinamakan desa Roomo, Manyar. Perdagangan membuatnya dapat berinteraksi dengan masyarakat, selain itu raja dan para bangsawan dapat pula turut serta dalam kegiatan perdagangan tersebut untuk berjual-beli, pemilik kapal atau pemodal.
Setelah cukup mantap di masyarakat, Maulana Malik Ibrahim kemudian melakukan kunjungan ke ibukota Majapahit di Trowulan. Raja Majapahit meskipun tidak masuk Islam tetapi menerimanya dengan baik, bahkan memberikannya sebidang tanah di pinggiran kota Gresik. Wilayah itulah yang sekarang dikenal dengan nama desa Gapura. Cerita rakyat tersebut diduga mengandung unsur-unsur kebenaran; mengingat menurut Groeneveldt pada saat Maulana Malik Ibrahim hidup, di ibukota Majapahit telah banyak orang asing termasuk dari Asia Barat.
Demikianlah, dalam rangka mempersiapkan kader untuk melanjutkan perjuangan menegakkan ajaran-ajaran Islam, Maulana Malik Ibrahim membuka pesantren-pesantren yang merupakan tempat mendidik pemuka agama Islam di masa selanjutnya. Hingga saat ini makamnya masih diziarahi orang-orang yang menghargai usahanya menyebarkan agama Islam berabad-abad yang silam. Setiap malam Jumat Legi, masyarakat setempat ramai berkunjung untuk berziarah. Ritual ziarah tahunan atau haul juga diadakan setiap tanggal 12 Rabi'ul Awwal, sesuai tanggal wafat pada prasasi makamnya. Pada acara haul biasa dilakukan khataman Al-Quran, maulud (pembacaan riwayat Nabi Muhammad), dan dihidangkan makanan khas bubur harisah.
LAGENDA
Menurut legenda rakyat, dikatakan bahawa Maulana Malik Ibrahim berasal dari Persia. Maulana Malik Ibrahim Ibrahim dan Maulana Ishaq disebutkan sebagai anak dari Maulana Jumadil Kubro, atau Syekh Jumadil Qubro. Maulana Ishaq disebutkan menjadi ulama terkenal di Samudera Pasai, sekaligus ayah dari Raden Paku atau Sunan Giri. Syekh Jumadil Qubro dan kedua anaknya bersama-sama datang ke pulau Jawa. Setelah itu mereka berpisah; Syekh Jumadil Qubro tetap di pulau Jawa, Maulana Malik Ibrahim ke Champa, Vietnam Selatan; dan adiknya Maulana Ishak mengislamkan Samudera Pasai.
Maulana Malik Ibrahim disebutkan bermukim di Champa (dalam legenda disebut sebagai negeri Chermain atau Cermin) selama tiga belas tahun. Ia menikahi putri raja yang memberinya dua putra; yaitu Raden Rahmat atau Sunan Ampel dan Sayid Ali Murtadha atau Raden Santri. Setelah cukup menjalankan misi dakwah di negeri itu, ia hijrah ke pulau Jawa dan meninggalkan keluarganya. Setelah dewasa, kedua anaknya mengikuti jejaknya menyebarkan agama Islam di pulau Jawa.
Maulana Malik Ibrahim dalam cerita rakyat terkadang juga disebut dengan nama Kakek Bantal. Ia mengajarkan cara-cara baru bercocok tanam. Ia merangkul masyarakat bawah, dan berhasil dalam misinya mencari tempat di hati masyarakat sekitar yang ketika itu tengah dilanda krisis ekonomi dan perang saudara.
Selain itu, ia juga sering mengobati masyarakat sekitar tanpa biaya. Sebagai tabib, diceritakan bahawa ia pernah diundang untuk mengobati istri raja yang berasal dari Champa. Besar kemungkinan permaisuri tersebut masih kerabat istrinya.
WAFAT
Setelah selesai membangun dan menata pondok tempat belajar agama di Leran, tahun 1419 Maulana Malik Ibrahim wafat. Makamnya kini terdapat di desa Gapura Wetan, Gresik, Jawa Timur.
Inskripsi dalam bahasa Arab yang tertulis pada makamnya adalah sebagai berikut:
Ini adalah makam almarhum seorang yang dapat diharapkan mendapat pengampunan Allah dan yang mengharapkan kepada rahmat Tuhannya Yang Maha Luhur, guru para pangeran dan sebagai tongkat sekalian para Sultan dan Wazir, siraman bagi kaum fakir dan miskin. Yang berbahagia dan syahid penguasa dan urusan agama: Malik Ibrahim yang terkenal dengan kebaikannya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan ridha-Nya dan semoga menempatkannya di surga. Ia wafat pada hari Senin 12 Rabi'ul Awwal 822 Hijriah.

PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG


PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

RANCANGAN PEMBINAAN PONDOK MODEN AZ ZAHRA'

RANCANGAN MASA DEPAN MUSLIM MANAGEMENT CONSULTANT

Nama Projek: Taman Ilmu & Institut Pengajian Ilmu Islam Az Zahra’
Lokasi Projek: Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Keluasan Tapak Sedia Ada: 10 ekar.
Pengusaha Projek: MUSLIM MANAGEMENT CONSULTANT (MMEC GROUP)

Muqaddimah
Institusi pengajian pondok merupakan antara sistem pengajian awal yang tumbuh di negara ini selepas melalui suatu zaman di mana kebanyakan rakyat jelata belajar ilmu secara tidak formal dengan tiadanya sebarang institusi tersusun dan tetap. Kita dapat melihat bagaimana dari dahulu sehingga sekarang sistem pengajian ilmu agama samada pengajian kitab atau ceramah di masjid dan surau terus berlangsung sebagai tambahan dan juga pengisian yang penting walaupun telah wujud sistem pengajian yang semakin berkembang dengan pesat melalui sistem pengajian formal yang lebih tersusun. Begitulah juga yang berlaku terhadap institusi pengajian pondok yang terus kekal walaupun tidak serancak zaman kegemilangannya dalam mengeluarkan golongan faham agama yang mampu bergerak bersama arus perdana dalam menyumbangkan khidmat dan bakti demi kepentingan agama dan negara. Institusi pengajian pondok dengan falsafah pendidikannya yang tersendiri disamping beberapa keistimewaan yang tidak mampu diambil alih oleh sistem pendidikan moden tetap menjadi pilihan sebagai pusat pendidikan alternatif sehingga ia mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Sistem pengajian tradisional yang diwarisi daripada ulama' silam terus dipertahankan oleh institusi pondok sehingga ia pada zahirnya nampak lemah tetapi hakikat asasnya begitu teguh dan utuh yang tidak goyah ditiup angin peredaran zaman dan tidak runtuh dipukul ombak perubahan masa. Apa yang pasti ialah sesuatu yang lama jika bermanfaat mesti dipertahankan daripada mengagungkan sesuatu yang baru dan moden sedangkan ia nampak cantik buat seketika dan manfaatnya tidak lama di mana akhirnya ia memakan diri kita sendiri. Begitulah yang sedang menimpa sistem pendidikan moden yang gah dari segi pembangunan material dan tersusun dari segi sistem pengajiannya tetapi bagaikan ada sesuatu yang tidak kena sehingga gagal dalam menangani masalah kepada meningkatnya masalah sosial di kalangan pelajar dan mereka yang telah menamatkan pelajaran. Sikap menjadikan ilmu sebagai bahan jualan dan sijil sebagai suatu buruan menyebabkan amanah ilmu tidak lagi dijaga. Malah sikap buruk yang menyebabkan semakin tinggi ilmu yang dipelajari maka semakin kuat rasa megah dalam diri turut merosakkan akhlak muda mudi di dalam masyarakat. Akhirnya ilmu yang sepatutnya menjadi bekal dan asas dalam melahirkan keperibadian yang mulia gagal dimanfaatkan sebaliknya ia disalahgunakan sehingga masyarakat menjadi rosak walau pun ilmunya banyak.

Menyedari tentang perlunya kita kepada asas pendidikan yang betul dan bertepatan dengan apa yang pernah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w serta diikuti oleh para pewaris nabi daripada kalangan ulama' maka kita wajib mencontohinya agar kegemilangan ilmu dan tamadun Islam yang bersepadu antara kebendaan dan kemanusiaan dapat kembali berulang. Ambillah keistimewaan yang ada pada sistem tradisional untuk diadunkan dengan sistem moden sehingga kita tidak menjadi seumpama orang yang kerugian akibat membuang manfaat yang ada sedangkan apa yang dikejar belum tentu diperolehinya malah jika diraih pun belum tentu ia bermanfaat.
Di samping itu semua institusi pengajian samada tradisional atau moden mesti bekerjasama dalam setiap perkara dalam menangani masalah buta agama serta pembinaan tamadun yang berasaskan islam mengikut kepakaran dan kemahiran yang ada hasil daripada ilmu yang ditimba.

Projek pembangunan Taman Ilmu & Pondok Moden Az-Zahra’ dibahagikan kepada tiga fasa.
Fasa pertama ialah pembinaan Pondok Moden Az-Zahra’,
fasa kedua ialah pembinaan Pusat Latihan Az-Zahra’ dan fasa ketiga ialah pembinaan Pusat Kebajikan dan Pendidikan Az-Zahra’.


FASA PERTAMA
________________________________________
Pembinaan fasa pertama mengandungi sebuah pejabat urusan, musalla, 13 buah pondok bujang, 7 buah pondok kelamin,
bilik guru, rumah tuan guru, maktabah, dewan makan & dapur, bilik air & tandas umum.


FASA KEDUA
________________________________________
Penubuhan Taman Ilmu Az-Zahra’ adalah merupakan rancangan jangka panjang yang diusahakan oleh Lembaga Pengurusan Muslim Management Consultant agar
penerusan aktiviti pendidikan Islam, dakwah dan kebajikan dapat diwujudkan dalam masyarakat.

Lembaga Pengurusan akan meneruskan pembangunan fasa kedua secara berperingkat setelah selesai pembangunan fasa pertama.

Dibina di atas kawasan semulajadi yang indah dan kehijauan dengan air terjun, anak sungai, mata air dan kolam.

Pembinaan fasa kedua adalah bertujuan untuk menambah dana dan menjana keutuhan ekonomi agar rancangan fasa ketiga dapat dibangunkan dengan
lancar dan jaya.


FASA KETIGA
________________________________________
Pembangunan fasa ketiga akan diteruskan pada masa akan datang dengan pembelian dan penambahan keluasan tanah sedia ada seluas 5 ekar menjadikan keluasan sepenuhnya 15 ekar.



Fasa Pertama: Pondok Moden Az Zahra’

Pengenalan
Institusi Pondok adalah merupakan institusi pengajian Islam yang merangkumi pendidikan dan tarbiah yang melahirkan manusia yang taat dan berilmu. Hakikat ini jelas kerana di pondok penekanannya bukan semata-mata belajar, tetapi serentak dengan penekanan dalam bentuk tarbiah, tunjukajar serta penekanan kepada riadah rohaniah yang dibina pada setiap pelajarnya.

Sistem pengajian pondok ini telah berjaya membangunkan pembangunan mental dan fizikal ummah, yang mana terbukti dengan lahirnya ramai ulama'-ulama' terkenal, para pemimpin masyarakat, pendakwah-pendakwah yang bertaqwa dan ikhlas.
Seperti pondok-pondok yang lain pondok moden Az Zahra’ ditubuhkan bagi menampung keperluan umat Islam amnya dan masyarakat setempat khususnya dalam merealisasikan keutuhan pendidikan, tarbiah dan akhlak islamiah dalam kehidupan seharian.

Pondok Moden Az Zahra’ menitik beratkan pendidikan ilmu-ilmu pengetahuan Islam dan akhlak kepada para pelajar. Disamping menggunakan kitab-kitab turas berbahasa arab dan jawi, para penuntut turut dibimbing dengan ilmu-ilmu tasauf dan akhlak islamiah didalam membina jati diri dan jiwa setiap penuntut. Di sini juga turut memberi penekanan terhadap ilmu-ilmu alat iaitu ilmu nahwu, sorof, balaghah dan mantik.

Suatu yang paling istimewa bagi para penuntut di sini dan berbeza dengan insituisi-insituisi pondok lain ialah pendekatan Risail an-Nur digunakan sebagai sukatan asas pengajian di sini. Kitab Risail an-Nur karangan al Imam Mujaddid Badiuzzaman Said An Nursi merupakan sukatan utama dan asas bagi sukatan pengajian di pondok ini.

Matlamat

i. Untuk melahirkan satu generasi dari umat Islam yang boleh dan mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah SWT dan juga sebagai kalifah di muka bumi ini

ii. Memberi pendidikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya yang boleh membawa mereka mengenali Allah SWT pada tahap yang dikehendaki oleh syariah Islam. Mengenali hakikat alam ini serta hakikat insan.

iii. Untuk mendidik akal dan hati supaya memiliki ciri-cirinya yang sebenar yang diperlukan oleh sebuah masyarakat yang mana merupakan paksi yang kukuh dalam pembentukan peribadi muslim yang hakiki lagi berwibawa.

iv. Untuk melahirkan para ilmuan yang mempunyai keperibadian yang bersepadu, dengan itu maka mampu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan masyarakat melalui acuan-acuan Islam yang sebenar.
Sistem dan Konsep pengajian pondok moden

Pondok moden Az Zahra’ sama seperti pondok lain dengan konsep pengajian tradisionalnya seperti pengajian berhalaqah, pengajian kitab dari kulit ke kulit, mengutamakan hafazan, amat menitik beratkan ilmu-ilmu alat dan amalan-amalan kerohanian dan tasauf.

a) Sistem halaqah: iaitu para pelajar duduk bersila di hadapan mengelilingi guru sambil menadah kitab pengajian. Reha (meja kecil) disediakan bagi memudahkan proses pembelajaran.

b) Sistem hafazan “Matan”: para pelajar diwajipkan menghafaz matan ‘al-jurumiah’ bagi ilmu ‘Nahwu’, dan matan ‘al-bina’ bagi ilmu ‘Sorof’. Begitu juga matan ‘Abu Sujak’ bagi ilmu ‘Feqh’ dan matan ‘ Ummu Barahin’ bagi Tauhid. Hafazan matan amat perlu bagi menguasai sepenuhnya bahasa arab, feqh dan aqidah.

c) Pengajian kulit ke kulit: tiada sukatan pengajian tertentu dalam proses pembelajaran pondok. Sesebuah kitab akan ditelaah dan dipelajari bermula dari muka pertama hingga akhir, agar para pelajar benar-benar menguasai ilmu yang dipelajari.

d) Majlis Zikir: Selepas solat Subuh zikir Al_Ma’thurat (Imam Syahid Hasan al-Banna), selepas solat Asar zikir Ratib al-Haddad (Imam Mujaddid Abdullah Bin Alwi al-Haddad)dan bacaan Barzanji disetiap malam isnin.

Musolla

Sebuah musolla yang dapat menampung 450 orang jamaah dalam satu masa turut di bina bagi menampung keperluan peribadatan dan pengajian para pelajar.

Kediaman Penuntut

Para penuntut akan ditempatkan di pondok-pondok kecil dengan bentuk binaan yang sama dan moden serta lengkap dengan kemudahan-kemudahan elektrik dan bilik air. Bagi pondok kelamin, dan tanpa bilik air bagi pondok bujang. Setiap pondok menempatkan 3 orang penuntut.

Sistem Masakan

Beberapa kumpulan akan diwujudkan dikalangan para penuntut. Dan setiap kumpulan akan ditugaskan untuk memasak makanan bagi seluruh para penuntut mengikut jadual yang telah disusun dan ditetapkan.
Sebuah dapur yang lengkap dan dewan makan dibina khas berhampiran perkampungan penuntut.

Pengambilan Penuntut Baru

Pondok Moden Az Zahra’ lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Setiap tahun hanya 21 orang penuntut baru akan diterima sebagai pelajar di sini. (jumlah ini tidak termasuk para penuntut khas yang terdiri daripada kalangan saudara baru, warga emas dan penuntut pelamin).

Kitab Pengajian (tahun pertama)

1. Kitab Risail An Nur (Imam Badiuzzaman Said an-Nursi)
2. Safinah An Naja (Syekh Salim bin Abdullah bin Sa'ad bin Sumair Al-Hadhrami)
3. Ihya’ Ulumuddin (Imam al-Ghazali)
4. Matan Arbain (Hadis)
5. Sirus Salikin (Syeikh Abdul Samad Palembangi-Tasauf)
6. Matan Bina’ (Sorof)
7. Matan Aljurumiah (Nahwu)
8. Aqidah An Najin (Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani)
9. Matan Ummu Barahin (Aqidah)
10. Feqh Sirah (Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti)
11. Bahasa Inggeris

Kitab Pengajian (tahun kedua)

1. Kitab Risail An Nur (Imam Badiuzzaman Said an-Nursi)
2. Matan Abu Sujak
3. Ihya’ Ulumuddin (Imam al-Ghazali)
4. Sunan Abu Daud (Abu Daud Sulaiman bin Al-Asy'ats As-Sijistani)
5. Sirus Salikin (Syeikh Abdul Samad Palembangi-Tasauf)
6. Matan Izziy (Ilmu Sorof)
7. Kitab Mukhtasar Jiddan (Nahwu)
8. Aqidah An Najin (Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani)
9. Safinah An Naja (Syekh Salim bin Abdullah bin Sa'ad bin Sumair Al-Hadhrami)
10. Feqh Sirah
11. Bahasa Inggeris
12. Bahasa Mandarin

Kitab Pengajian (tahun ketiga)

1. Kitab Risail An Nur
2. Al-Iqna’
3. Al-Hikam Ibnu Ata’illah (Tasauf)
4. Sunan Abu Daud (Hadis)
5. Syarah al-Khailani (Nahwu)
6. Hashyah Asmawi (Sorof)
7. Syarah Aqidah Thohawiyyah Syarah Ibnu Asakir (Tauhid)
8. Balaghah Al Wadihah (Ilmu Balaghah)
9. As Sulam (Ilmu Mantik)
10. Aqidah An Najin
11. Usul Feqh (Dr. Muhammad Abu Zahrah)
12. Bahasa Inggeris
13. Bahasa Mandarin


• satu-satu kitab yang telah selesai ditelaah akan digantikan dengan kitab baru mengikut sukatan yang telah ditetapkan, dari tahun pertama hingggalah ke tahun akhir pengajian (tahun kelapan).

Maktabah/Perpustakaan

Sebuah maktabah yang lengkap dengan kitab-kitab turas utama turut disediakan bagi menampung keperluan pembelajaran dan rujukan para pelajar.

Kursus Kemahiran & Pengajian Tambahan

i. Kursus Ruqyah (rawatan & perubatan Islam mengikut al-Quran & as-Sunnah)
ii. Kursus memperbaiki engine motorsikal
iii. Kursus perniagaan, penternakan dan pertanian

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian: 5 tahun.
Pengajian tambahan: 3 tahun (bagi yang berminat meneruskan pengajian ke peringkat Niha’iy (terakhir/tertinggi)

Syarat Kemasukan

Berumur 18 tahun ke atas dan memiliki Sijil Pengajian Malaysia (SPM)

Sijil Pengajian

i. Syahadah Diploma bagi penuntut yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh 5 tahun.

ii. Syahadah an-Niha’iyyah bagi penuntut yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh 8 tahun.

Aktiviti Waktu Cuti

Aktiviti Ekonomi
i. Bercucuk tanam dan berkebun
ii. Membersihkan ladang ternakan dan sawit
iii. Penternakan ikan air tawar
iv. Bekerja di bengkel motorsikal

Aktiviti Lasak
i. Jungle tracking
ii. berkhemah di hutan
iii. Mendaki



Yuran

Yuran Pengajian, penginapan dan makan ditanggung sepenuhnya oleh Muslim Management Consultant.


Lembaga Pengurusan & Pentadbiran Pondok Moden Az Zahra’

Penasihat:

Mudir/Guru Utama: (masih dalam pencarian – keutamaan berilmu tinggi, berumur 55 tahun ke atas, warak dan zuhud)

Naib Mudir/Pentadbiran: Tuan Guru Ustaz Nur Khairulnizam Bin Jalaluddin (IUA Sudan)

Setiausaha: Tuan Guru Ustaz Mohd Faiz Bin Mokhtar (IUA Sudan)

Bendahari: Tuan Guru Ustaz Mohd Kamal Bin Nasaruddin (Univ. Atbara Sudan)

Penyelaras Pendidikan: Tuan Guru Ustaz Muhammad Irwan Shah (IUA Sudan)

Penyelaras Kitab Turas: Tuan Guru Ustaz Mazlan Bin Muhammad (IUA Sudan)

Penyelasan Kokurikulum/Tarbiah: Tuan Guru Abdul Aziz Che Omar (IUA Sudan)

Penyelaras Dana & Pembangunan: Tholib an-Nur Muhammad Razif bin Mohamed Zuki (IUA Sudan)


Fasa Kedua: Az Zahra’ Learning & Training Center

Pengenalan

Az Zahra’ Learning & Training Center menawarkan suasana damai di pinggir kota yang berhutan hujan tropika, kolam, sungai, mata air, air terjun kecil dan suasana kehijauan.

Az Zahra’ Learning & Training Center menganjurkan program-program motivasi, kursus, perkhemahan dan hari keluarga.

Sekolah-sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, pertubuhan dan mana-mana organisasi boleh mengadakan perkhemahan motivasi jika mahukan kelainan kerana selain asrama, chalet dan pondok, tapak perkhemahan untuk 200 orang peserta turut disediakan di sini.

Turut disediakan dewan kuliah berhawa dingin untuk keselesaan mereka yang mahu menganjurkan kursus, seminar, kem motivasi atau program percambahan fikiran. Turut disediakan, dewan terbuka pelbagai guna untuk sebarang kegiatan serta restaurant bagi menjamu selera para pelawat.

Aktiviti-aktiviti luar turut dianjurkan. Antaranya, jungle trekking, melepasi halangan, dan berkayak, menuruni bukit dengan tali, flying fox merentasi tasik buatan, mendaki dan aktiviti alam sekitar.


PROGRAM
-Program Motivasi dan Induksi
-Kursus, Seminar dan Persidangan
-Hari Keluarga
-Khemah Kesedaran Alam Sekitar
-Sukan lasak dan mencabar
-Absailing
-Flying Fox
-Pengembaraan Hutan / Jungle Tracking
-Memanjat Gunung
-Berkayak di tasik
-Perkhemahan, BBQ dan Unggun Api



Lembaga Pengurusan Az Zahra’ Learning & Training Center

Pengerusi: Tuan Guru Haji Mohamed Zuki Bin Haji Idris

Timbalan Pengerusi: Tuan Guru Ustaz Saiful Azam Bin Shamsul Anuar (DarulHadith Pakistan)

Setiausaha: Tuan Guru Ustaz Mohd Faiz Bin Mokhtar (IUA Sudan)

Bendahari: Tuan Guru Ustaz Mohd Kamal Bin Nasaruddin (Univ Atbara Sudan)

Penyelaras Aktiviti: Tuan Guru Ahmad Fathiyakan Bin Mohamed Zuki (UKM)

Penyelaras Latihan & Dakwah: Tuan Guru Ustaz Muhammad Syarifuddin Ishak (IUA Sudan)

Penyelaras Promosi: Tuan Guru Abdul Jalil Armawan (IUA Sudan)

Penyelaras Dana & Pembangunan: Tholib an-Nur Muhammad Razif bin Mohamed Zuki (IUA Sudan)



Fasa Ketiga: Pusat Kebajikan dan Pendidikan Anak Yatim, Warga Emas, Ibu Tunggal dan Saudara Baru Az-Zahra’

Pengenalan

Membawa mesej : Sebuah keluarga besar yang bernaung dibawah satu nama dengan satu ikatan kasih sayang dan kekeluargaan yang tinggi.
Menjadi platform atau penghubung untuk mempertemukan di antara para dermawan dengan golongan yang susah dan memerlukan pertolongan.
Tempat menjana insaniah dan minda yang cemerlang agar mampu merubah nasib diri, keluarga dan masyarakat. Peka dengan penderitaan orang lain.
Saling berkasih sayang dan mengambil berat dan bersungguh-sungguh untuk membaiki prestasi diri di atas prinsip-prinsip berikut:

• Mendekatkan diri dengan Allah dan bersangka baik denganNya kerana Dialah sebaik-baik pembela, pemberi rezeki dan amat belas kasihan kepada semua makhluk ciptaanNya.
• Tidak merasa kesal dengan takdir yang ditentukan Tuhan kerana ada yang lebih bernasib malang dari kita.
• Sentiasa bekerjasama dalam memotivasikan diri agar lebih optimis untuk menempa kejayaan di masa depan.
• Berbekalkan pengalaman hidup yang susah, menjadi pemangkin kepada setiap diri untuk turut sensitif dengan kesusahan orang hingga terdorong untuk turut membantu sedaya yang ada.
• Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan dan redha dengan nasib yang ditakdirkan ke atasnya kerana yakin ada jutaan hikmah dan kebaikan yang tersembunyi disebalik setiap yang berlaku dan itulah tanda sedang berada di dalam kasih sayang dan perhatian Tuhan.
• Amal - walau banyak mana amal dan kebaikan yang telah dilakukan oleh seseorang, belum tentu ianya diterima di sisi Tuhan, untuk itu Pusat Kebajikan & Pendidikan Nur An Nursi menjadi satu lagi alternatif untuk sesiapa yang ingin menambahkan amal dan membuat kebajikan. Sesungguhnya di antara sifat orang bertaqwa itu semakin dia berbuat baik semakin dia terasa dirinya tidak berbuat satu kebaikan pun.

Konsep dan Tujuan

• Menerima anak-anak yatim, saudara baru dan golongan yang perlukan pembelaan seperti ibu tunggal, anak terbiar, Mendaftarkan mereka dan membantu menyelesaikan masalah mereka sedaya upaya.
• Menjalinkan kerjasama dengan mana-mana syarikat agar mereka boleh memberi latihan kemahiran atau menawarkan pekerjaan kepada anak-anak yatim yang telah dewasa, atau golongan yang susah yang ingin menyara keluarga mereka. Para penyumbang yang kebanyakannya memiliki syarikat sendiri akan dimaklumkan dan dirujuk jika ada permintaan dari mereka yang susah untuk mendapatkan pekerjaan.
• Menjadi pusat agihan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada golongan anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan saudara baru yang terpinggir (dibuang keluarga).
• Menjalankan aktiviti perniagaan yang bersesuaian untuk menambahkan dana bagi menampung keperluan Pusat Kebajikan Nur An Nursi.
• Menganjurkan Majlis-majlis Amal dan jualan amal bagi tujuan mengumpul dana.
• Mengadakan kelas-kelas pengajian Islam separuh dan sepenuh masa secara percuma.
• Mengadakan kelas tuisyen, kelas komputer, kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan kemahiran tambahan di dalam menguasai era IT.
• Mengadakan Lawatan sambil belajar, percutian dengan mencari penaja untuk memberi peluang mereka berhibur dan berekreasi sambil mendapat pengisian rohani untuk membangunkan jiwa mereka.
• Membantu mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak yatim dan miskin yang menghadapi masalah kesihatan tetapi tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah kewangan.


Matlamat Pendidikan Saudara Baru

i. Melatih saudara-saudara baru mengikut acuan dan suasana Islam yang sebenar.
ii. Mengkader pendakwah-pendakwah di kalangan saudara-saudara baru.
iii. Menjaga dan menunaikan tanggungajawab kebajikan, keselamatan, pertolongan serta bantuan kepada saudara baru.

Dalam merealisasikan matlamat yang telah digariskan, Az Zahra’ telah menyediakan tiga bentuk pengajian. Pengajian pondok untuk tempoh dua tahun ke atas, pengajian intensif selama tiga bulan dan pengajian mingguan pada setiap hari Ahad


Lembaga Pengurusan Pusat Kebajikan dan Pendidikan Az Zahra’

Penasihat:

Pengerusi:

Timbalan Pengerusi:

Setiausaha:

Bendahari:

Penyelaras Pendidikan:

Penyelaras Tajaan/Sumbangan:

Penyelaras Aktiviti:

Penyelaras Promosi:

Penyelaras Dana & Pembangunan: Tholib an-Nur Muhammad Razif Bin Mohamed Zuki



Sumber Pembangunan Ekonomi Az-Zahra’

i. ALLAH AR-RAZZAQ
ii. Perniagaan dan pelaburan di Khartoum Sudan. NUR AN NURSI INVESTMENT & SERVICES CO. LTD.

• Maintenance services
• Cleaning services
• Pest Control services
• Container & portable cabin
• Catering services
• Moves & Pack services
• Trading
• Communication & General services


iii. Perniagaan dan pelaburan di Malaysia. MUSLIM MANAGEMENT CONSULTANT SDN BHD

• Perladangan Kelapa sawit
• Pertanian jangka pendek (cili, sayur-sayuran, jagung, kacang)
• Penternakan ikan air tawar (keli, talapia merah, patin)
• Pusat Rawatan & Kesihatan Islam (Traditional)
• Perkhidmatan Catering & Perusahaan Kampung (kerepek, maruku, pekasam dll)
• Penternakan Kambing Jamnapari (projek akan datang)





LEMBAGA PENGARAH MUSLIM MANAGEMENT CONSULTANT GROUP

CEO
Tholib Nur Muhammad Razif Bin Mohamed Zuki
B.A (Adab) International University of Africa Sudan
M.A (Idariyyah wa Tanmiah Ijtimaiyyah) Sudan Open University.

General Manager
Tuan Guru Ustaz Muhammad Kamal Bin Nasaruddin
B.A (Sastera) Atbara Islamic University Sudan
M.A (Usul Feqh) International Islamic University Malaysia

Country Manager
Tuan Guru Ustaz Abdul Jalil Armawan
B.A (Shariah) International Univ. of Africa Sudan

Project Manager (Malaysia)
Tuan Guru Ustaz Muhamad Naufall Bin Mustafa
B.A (Tarbiyyah) International Univ. Of Africa Sudan

Project Manager (Sudan)
Tuan Guru Ustaz Yaakob Bin Ismail
B.A (Shariah) International Univ. of Africa Sudan

Accountant Manager
Dr. Mohd Kamarulzaman Bin Kasim
B.A (Medical) International Univ. of Africa Sudan
M.A (Medical) Uviversity of Abu Dhabi UAE

DARJAT BERILMU

Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan tentang ketinggian darjat orang-orang berilmu dan beriman secara khusus. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepada kalian, 'Berlapang-lapanglah dalam majlis' (ya'ni meluangkan masa kepada majlis-majlis pengajian ilmu), maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan kepada kalian, dan apabila dikatakan, 'Berdirilah kalian' (ya'ni menyahut seruan jihad), maka berdirilah nescaya Allah akan meninggikan orang-orang beriman antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ke beberapa darjat, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan". (al-Mujadilah 11)

Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan ketinggian darjat ini dalam empat ayat di surah yang berbeza;

Pertama, ayat di atas.
Kedua, firman Allah yang bermaksud,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya maka bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal. (ya'ni) orang-orang yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka". (al-Anfal 2-3)

Ketiga, firman Allah yang bermaksud,

"Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman lagi bersungguh-sungguh telah mengerjakan amal shalih maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh darjat-darjat yang tinggi". (Thaha 75)

Keempat, firman Allah yang bermaksud,

"Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta mereka dan jiwa mereka atas orang-orang yang duduk (yang tidak berjihad) dengan pahala yang besar. (ya'ni) beberapa darjat dari-Nya, keampunan dan rahmat". (an-Nisa'95-96)

Keempat-empat ayat di atas, tiga ayat diantaranya menjelaskan mengenai ketinggian darjat orang beriman. Iman adalah ilmu yang bermamfaat dan amal shalih. Ayat keempat menjelaskan mengenai ketinggian darjat para pejuang di jalan Allah. Jadi ketinggian darjat itu disebabkan kerana ilmu dan jihad dan keduanya (ilmu dan jihad) adalah asas agama Islam.

DOA NABI BAGI ORANG BERILMU

Sesungguhnya Nabi SAW mendoakan berseri-seri wajah orang-orang yang menghadiri majlis ilmu, mendengar sabdanya, memahaminya dan menyampaikan kepada orang lain.

At-Tarmizi meriwayatkan hadith dari Abdullah bin Mas’ud r.a dari Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Allah membuat berseri-seri orang yang mendengar sabdaku kemudian memahaminya, menghafaznya dan menyampaikannya. Boleh jadi pembawa ilmu itu pergi kepada orang yang lebih pandai darinya. Tiga perkara yang tidak membuat dengki hati orang muslim; mengikhlaskan amal perbuatan kerana Allah, menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan komitmen dalam jamaah mereka. Sesungguhnya doa mereka meliputi dari belakang mereka”.

Seandainya ilmu tidak mempunyai kelebihan lain kecuali ini sahaja, maka ini sudah cukup dijadikan sebagai bukti kemuliaan ilmu, kerana Nabi SAW mendoakan orang yang mendengar sabdanya, memahaminya, menghafaznya dan menyampaikannya.

Tingkatan-tingkatan ilmu;

Tingkatan Pertama dan Kedua, tingkatan pendengaran dan pemahaman. Jika ia mendengar sabda Rasulullah SAW ia memahaminya dengan hatinya. Bererti, ia memikirkannya dan berada di dalam hatinya sebagaimana menetapnya sesuatu jika telah ditempatkan pada tempatnya dan ia tidak keluar daripadanya. Begitu juga akalnya, ia adalah seperti tali penambat unta hingga ia tidak lari dari tempatnya. Tempat dan akal itu tidak mempunyai fungsi lain selain untuk mengetahui sesuatu.

Tingkatan Ketiga, Komitmen untuk menghafaz ilmu agar ia tidak hilang.
Tingkatan Keempat, menyampaikan ilmu dan menyebarkannya kepada ummat agar ilmu membuahkan hasilnya, iaitu tersebar luas di kalangan ummat. Ilmu itu tak ubah seperti harta yang tersimpan di perut bumi yang jika tidak diambil, akan musnah. Ilmu, jika ia diinfaq akan berkembang dan tumbuh.

Barangsiapa melaksanakan keempat tingkatan di atas, maka ia termasuk dalam doa Nabi yang mencakupi keindahan fisik dan spikik. Sesungguhnya kecerahan adalah hasil pengaruh iman, kebahagiaan bathin, kegembiraan hati dan kesenangannya, kemudian hal tersebut menampakkan kecerahan, kebahagiaan, kegembiraan dan wajah berseri-seri. Oleh itu Allah SWT mengabungkan kebahagiaan dan kecerahan seperti terlihat dalam firmanNya yang bermaksud;

“maka tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu (kiamat), dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati”. - Al-Insan 11

Kenikmatan dan kebahagiaan hati membuatkan wajah mereka cerah dan berseri-seri sepertimana firman Allah yang bermaksud;

“Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh kenikmatan” – Al-Muthaffifin 24

Sabda Rasulullah SAW, “Boleh jadi pembawa ilmu itu pergi kepada orang yang lebih pandai darinya”. Ini merupakan indikasi bahawa boleh jadi orang yang diberi ilmu itu, lebih faham daripada orang yang menyampaikannya, kemudian ia mendapatkan dari sabda tersebut apa yang tidak ia perolehi oleh orang yang menyampaikan kepadanya.

Atau maknanya ialah, bahawa orang yang disampaikan sunnah kepadanya itu lebih pandai daripada orang yang menyampaikan. Jika ia telah mendengar sabda tersebut, ia membawanya dengan cara yang paling baik, mengeluarkan ilmunya dan mengetahui maksud tersebut.

Sabda Rasulullah SAW, “Tiga perkara yang tidak membuat dengki hati orang muslim…”. Maksudnya, hati muslimin tidak berisi dengki sekiranya tiga perkara tersebut ada padanya. Ia memusnahkan perasaan dengki, penipuan dan kerosakan hati serta kotorannya. Orang yang ikhlas kerana Allah, maka keikhlasannya menghalangi kedengkiannya, mengeluarkannya dan menghilangkannya. Kerana dorongan hati dan keinginannya telah tertuju kepada keredhaan Tuhannya, maka ia tidak menyisakan ruang kosong dengan sifat dengki sepertimana firman Allah yang bermaksud;

“Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hambaku yang terpilih”. – Yusuf 24

Ketika Nabi Yusuf telah ikhlas kerana Tuhannya, maka Allah memalingkan daripadanya dorongan-dorongan kejahatan dan kemungkaran”.

Oleh kerana itu, ketika iblis tidak mendapatkan jalan masuk kepada orang yang ikhlas, maka ia bebas dari terkena rayuannya dan penyesatannya. Allah Ta’ala berfirman menjelaska ucapan iblis yang bermaksud;

“Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka”. – Shaad 83

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud;

“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikuti kamu, iaitu orang-orang yang sesat”. – al-Hijr 42

Jadi ikhlas adalah jalan keselamatan, Islam adalah kenderaan keselamatan dan iman adalah perisai keamanan.

Sabda Rasulullah SAW, “menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin”. Aspek ini juga menghalangi dengki dan penipu. Sesungguhnya nasihat itu tidak akan bekerjasama dengan mimpi kerana ia adalah lawannya. Barangsiapa menasihati pemimpin dan umat ia bebas dari perasaan dengki.

Sabda Rasulullah SAW, “ dan komitmen dalam jamaah mereka”.Aspek ini membersihkan hati daripada perasaan penipu. Sesungguhnya orang yang berada dalam jemaah kaum muslimi, mencintai dan dicintai, membenci apa yang dibenci, sedih dengan kesedihan mereka dan bahagia dengan kebahagiaan mereka.

Ini berbeza dengan pembelot dari jemaah kaum muslimin, sibuk mencaci, mencela dan menghina mereka, seperti yang dilakukan oleh aliran-aliran Rafidhah, Khawarij, Mu’tazilah, Jabariah, sebahagian golongan Wahabi melampau dan sebagainya. Sesungguhnya hati mereka penuh dengan perasaan dengki dan tipuan. Oleh itu anda lihat pengikut aliran Rafidhah merupakan golongan yang paling jauh dari ikhlas, sering menipu pemimpin dan ummat serta paling jauh dari jamaah kaum muslimin.

Sabda Rasulullah SAW, “ Sesungguhnya doa kaum muslimin meliputi dari belakang mereka”. Ungkapan yang amat indah, ringkas namun kaya dengan makna. Rasulullah SAW mengumpamakan doa kaum muslimin seperti pagar atau tembok yang mengelilingi mereka dan menghalangi musuh masuk ke tempat mereka. Kerana doa tersebut adalah Islam yang mereka telah masuk ke dalamnya merupakan pagar untuk mereka. Maka Rasulullah SAW menjelaskan, bahawa barangsiapa komitmen berada di dalam jemaah kaum muslimin, maka doa tersebut (doa islam) melindungi mereka sebagaimana pagar melindungi tanaman. Jadi doa itu menyatukan kekuata ummah, mempersatukan mereka dan melindungi mereka. Barangsiapa yang masuk ke dalam jemaah Islam, maka ia telah dilindungi oleh agama Islam.

PROJEK PERTANIAN & PENTERNAKAN MMEC

Projek Pertanian & Perladangan Nur Annursi (MMEC Group)

Pengurus Projek: Tuan Guru Ustaz Muhammad Naufal Mustafa ( B.A Hons Dirasah Islamiah, International University of Africa, Khartoum Sudan)

Lokasi Projek: Titi Gantung Perak Darul Ridzuan (20 minit dari Ipoh)

Keluasan Tanah: 20 ekar

Projek Permulaan: Tanaman cili dan bendi ditanam sebagai projek permulaan di atas tanah seluas 3 ekar.

1. Cili Fertigasi

Tanaman permulaan sebanyak 2500 pokok cili, sebatang pokok dianggarkan mampu mengeluarkan 4 kg buah dalam tempuh 6 bulan, iaitu sebanyak 10,000 kg untuk 2500 batang pokok.
1 kg cili diborong pada harga RM 4 – RM 7 sekilogram, iaitu pendapatan musim pertama di anggarkan adalah sebanyak RM 40,000 – RM 60,000 pada musim pertama.

2. Kacang Bendi

Tanaman permulaan sebanyak 12 ribu batang pokok, sebatang pokok dianggarkan mampu mengeluarkan 1 kg buah dalam tempoh 3 bulan, iaitu sebanyak 12 ribu kg untuk 12 ribu batang pokok.
1 kg bendi diborong pada harga RM 1.50 – RM 2.50 sekilogram, iaitu pendapatan musim pertama dianggarkan adalah sebanyak RM 18,000 – RM 24,000 pada musim pertama.

Projek Kedua: Tanaman jagung madu, tomato fertigasi dan ubi sengkuang akan ditanam sebagai projek kedua di atas sebidang tanah seluas 7 ekar, pada masa akan datang.

Projek Perladangan

Tanaman: Kelapa sawit

Lokasi Projek: Kampung Banggul Batu Lenggong Perak

Keluasan Tanah: 10 ekar

Projek Penternakan

Penternakan: Ikan Air Tawar & Kambing Jamnapari

Lokasi Projek: Kampung Banggul Batu Lenggong Perak

Pengurus Projek: Tuan Guru Ustaz Muhammad Syarifuddin Ishak (B.A Syariah Islamiah, International University of Africa, Khartoum Sudan)

MMEC CATERING SERVICES



Our Services

MMEC Catering Services is a full service restaurant. The menu consists of Asian Cuisine and Sudanese Food menu. All items are handmade and prepared daily with only fresh ingredients. Our menu consists of the standard signature favorites as well as a taste of the local flavor that can be developed in each location start up. In addition to the daily services, our café also provides a special function and party menu with complimenting services. The ideal location can accommodate large or small private functions and special events.

We provide a food and catering services. We also provide Malaysian, Indian, Chinese, Thai, Western and Sudanese Menu. Our catering services include breakfast, lunch and dinner presentation.



We also offer to our customers’ professional catering package. These offered include:

• IN HOUSE FUNCTIONS
• BUFFET DINING
• SPECIAL EVENT CATERING

Our service that we offer:

• Food and Cafeteria services: We already provide Asian Cuisine in Table d’Hote and Ala Carte’ menu.
• Food and Catering Services: We also provide for a function and party catering services. These catering services include breakfast, lunch and dinner, cocktail and party packages.
• Chefs and Staffs Services: We also provide cookers and waiters services for house, company and other function and parties.
• Raw Meat Services: We also supply raw meat (sea food, chicken and beef) to our customers.

MMEC PEST CONTROL

Our services

As a pest control service we aim:

our provide effective and reliable pest control advice and treatments to residents, businesses and to the City of Khartoum including

our domestic tenants through the Community Services Department in all properties within the City of Khartoum.

all other residents of the City of Khartoum

all City of Khartoum business and commercial premises

To encourage an integrated approach to the management of pests not just pest control treatments but advice and information on how customers can help themselves to improve situations or prevent pest problems occurring or recurring

To invest in the training and competency of our staff

Our service

We have set certain standards our customers can expect from us and these are:
• to respond to requests for advice within one working day
• to respond to requests for treatment for rats, mice, cockroaches and
• other insects within one working day
• to respond to requests from our regular contracts within one working day;

MMEC MAINTENANCE & CLEANING SERVICES

Professional Services & Maintenance, Cleaning Company

You have chosen the right place. Here at MUSLIM MANAGEMENT GROUP we are committed to making your life easier.

Please take a look at the many residential and commercial janitorial services we have to offer. We offer a wide range of services from custom residential maid service, which includes specialized services such as party cleanup, errand service, house checking service, window cleaning, carpet and upholstery and even a handyman service to commercial janitorial services which include office cleaning, model home cleaning, classroom maintenance, hard floor maintenance & restoration, carpet care maintenance & restoration, athletic facilities maintenance, day custodial service, dormitory room cleaning, window service and yes, even restroom maintenance.

This only touches on our most requested services, we offer many more detailed and custom services that we can tailor to meet your specific cleaning needs.

PROJEK BENDI MMEC



Pengarah pertanian MMEC Ustaz Naufall Mustafa disamping rimbunan pohon-pohon bendi yang siap untuk ditunas.




8 ribu batang pohon bendi yang telah mula mengeluarkan buah.



Tanaman tambahan 5 ribu anak bendi mula membesar.

PENANAMAN SENGKUANG



Penanaman Ubi Sengkuang
Untuk memperbaiki kesuburan tanah, tabur baja tahi ayam sebanyak 550 beg (anggaran 30 kilogram bagi sehektar) yang ditabur 2 kali. Kali pertama ditabur semasa penyediaan tanah dan kali kedua ditabur di atas batas selepas menanam. Penambahan bahan organan akan membaiki struktur dan tekstur tanah dari segi pemegangan air dan nutrien untuk pertumbuhan pokok. Batas berukuran 75 cm lebar dan 22 cm tinggi pula dinaikkan. Jarak diantara batas adalah 160 cm.
Pengairan
Kolam-kolam di persekitaran kawasan lombong boleh digunakan sebagai bekalan air. Gunakan alat sprinkler jenis 'jet sprayer' untuk mengairkan tanaman. Setiap unit berkeupayaan untuk mengairkan kawasan sehingga seluas 0.4 hektar. Pam air yang menggunakan kuasa 'PTO' dari traktor menyedut air daripada kolam untuk menyiram pokok.
Menanam
Biji benih ditanam terus di atas batas dengan kadar 9 kilogram sehektar. Penanaman 2 baris sebatas diamalkan dengan jarak tanaman 30 cm antara baris dan 15 cm antara pokok. Sebanyak satu biji ditanam pada setiap lubang. Biji benih akan bercambah 10 hari selepas menyemai. Program membaja yang diamalkan adalah seperti berikut:-
• Baja Asas
400 beg tahi ayam - ditabur rata di permukaan tanah sebelum dibajak.

• Baja Sisi
(i) 200 kg. baja sulphate of ammonia - ditabur di batas 14 hari selepas anak benih tumbuh.
(ii) 150 beg tahi ayam - ditabur di atas 21 hari selepas anak benih tumbuh.
(iii) 300 kg. baja sebahatian 15:15:15 - ditabur 40 hari selepas anak benih tumbuh.
(iv) 300 kg. baja sebatian 15:15:15 - ditabur 60 hari selepas anak benih tumbuh.

Perhatian: Tambah 1-2 kali jika diperlukan dengan kadar yang sama setiap 20 hari.
Mencantas Dahan Dan Bunga
Mencatas dilakukan pada masa pokok berumur 50 hari selepas menanam dan dilakukan sebanyak 4 kali. Cara mencantas batang ialah dengan membuang dahan-dahan utama yang berlebihan dengan hanya meninggalkan 3-4 cabang. Pucuknya dicantas sehingga batang berukuran 45-50 cm. Kesemua jambak bunga hendaklah dicantas.
Hasil sengkuang boleh dikutip 4 bulan selepas ditanam. Mutu ubi akan menurun jika dikutip pada umur pokok melebihi 6 bulan. Tanda-tanda pokok yang matang adalah daun berwarna kekuningan. Aktiviti mengutip hasil termasuklah mencabut, memotong, menyusun ubi ke dalam bakul dan mengangkut bakul ke atas lori.

ASAS PENANAMAN SAYUR



Pengerusi MMEC Group disamping sayur-sayuran segar.

JENIS sayur-sayuran yang boleh kita usahakan ialah sayur berdaun seperti, sawi, kangkong, lobak dan bayam, sayur jenis buah seperti terung, cili, petola, peria, timun dan tomato daan jenis kekecan seperti buncis, kacang panjang dan sebagainya.

Bagi memulakan kerja-kerja penanaman sayur, walaupun di keliling rumah, beberapa faktor perlu kita ambil kira, yang pertama sekali persediaan tanah, keduanya kemudahan air dan tanah, keduanya kemudahan air dan ketiganya kawasan yang tidak terlindung cahaya matahari. Mengenai sumber air, jika boleh kita adakan takungan air hujan kerana ini menjimatkan dan lebih baik untuk tanaman sayur-sayuran berbanding air paip. Bagi sesetengah rumah, terutamanya rumah-rumah taman, kebanyakan tanahnya adalah tanah yang ditambun bercampur dengan batu. Kalau tanah ini terlalu banyak batu eloklah ditambunkan sedikittanah top soil ( tanah lapisan atas) lebih kurang 10 hingga 20cm supaya ianya menjadi lebih gembur dan dan sesuai untuk bertanam sayur-sayuran. Tetapi jika batunyasedikit tanah itu boleh di cangkul terus sambil kita membuang batu-batu yang agak kasar.

Membuat batas
Tanaman sayur memerlukan batas supaya ia tidak di takungi air. Ukuran batas seelok-eloknya ialah setinggi 15-20cm, lebar 1.2 meter dan panjang 7.5 meter (mengikut keadaan tanah). Mula-mula baja organan seperti tahi ayam sebanyak 50kg digaul ke dalam batas berukuran seperti di atas.

Penanaman
Selepas saja penyediaan batas, barulah boleh di tanam. Beji benih sayuran daun selalunya kecil, di tanam terus ke atas batas. Sebelum menanam, biji benih di rawat dengan racun kulat seperti thiram. Biji benih di gaul dengan pasir halus atau peroi dan di tabur samarata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan yang du buat mengikut jarak yang di syorkan, iaitu 20cm antara baris dan 10cm antara pokok. Siram dua kali sehari di musim panas.

Pembajaan
Selepas dua minggu dari yarikh menanam eloklah sayur dibajai. Baja yang perlu di gunakan ialah baja NPK 15:15:!% atau kita panggil juga dengan baja hijau. Kadar baja yang perlu di gunakan ialah 400gm untuk sebatas. Taburlah dengan cermat supaya tidak terkena pda daun atau batang yang boleh mengakibatkan sayur menjadi layu. Dua minggu selepas membaja kali pertama, baja pula untuk kali kedua dengan menggunakan baja yang sama dengan kadar yang sama. Dalam jangkamasa 28 hingga 30 hari selepas tanam bolehlah di pungut hasil.

Penanamn sayur jenis buah pula tidaklah banyak perbezaan sangat dalam kaedah menanamnya berbanding dengan sayuran jenis daun. Cuma dalam beberapa aspekteknikalnya ada sedikit perbezaan. Umpama jarak tanaman antara pokok dan antara batas agak ajuh sedikit daripada jennis daun iaitu, 90cm(dua hingga tujuh kaki) begitu juga 60-90cm antara baris. Ini adalah kerana pokok jenis buah rendang sedikit daripada jenis daun.

Baja organan di bubuh ke dalam batas masa awal penyediaan batas sama seperti tanaman sayur juga. Cuma bezanya sayur jenis buah ini kita guna baja yang di proses khas untuk buah sebanyak dua kali pembajaan.
Pembajaan pertama di berikan pada minggu kedua lepas tanam dengan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 10 gm sepokok. Pembajaan kedua di beri pada minggu keempat dan seterusnay ketiga pada minggu keenam lepas tanam pada kadar yang sama. Perlu diingatkan baja yang di tabur jangan terlalu rapat dengan perdu pokok kerana ianya membuatkan pokok melecur dan mungkin mati.

Selepas tujuh hingga lapan minggu menanam, hasil mula boleh di petik bagi sesetengah jenis sayur buah seperti timun, petola, peria dan seumpamanya.

MUTIARA RASAIL NUR


DIKAU ADALAH KALUNG KENIKMATAN


Ketahuilah bahawasanya dikau didatangkan dari tiada kepada ada, kemudian dikau diangkat oleh Penciptamu daripada tahap terendah kepada manusia muslim yang sempurna. Setiap yang ada padamu serta gerakanmu merupakan nikmat kurnia Allah SWT kepadamu.

Terdapat dalam dirimu celupan dari setiap makhluk hidup. Oleh itu, dikau bagaikan kalung kenikmatan, atau satu tangkai yang matang padanya segala kenikmatan, atau satu untaian bermula daripada kepala hingga ke kaki.

Dikau jua bagaikan daftar isi bagi tingkatan-tingkatan kenikmatan dari Allah SWT. Akal kita memahami, bahawa setiap yang wujud memerlukan sebab, sedangkan yang tiada tidak memerlukan. Atas keadaan itu, maka dikau ditanya dan setiap makhluk jua ditanya tentang dirimu, di dalam setiap tingkatan dari yang zahir hinggalah hal yang tiada, "Bagaimanakah dikau mampu menyampai kenikmatan ini?" "Dengan apakah dikau memperolehnya?" "Adakah dikau bersyukur?" Sedangkan yang memiliki akal tidak akan ditanya tentang batu, mengapakah batu itu boleh bertukar menjadi pokok? Dan mengenai pokok, mengapa pokok itu boleh bertukar menjadi manusia?

Wahai manusia yang berbahagia, tapi kasihan dan tertipu. Dikau adalah satu titik di antara rantai alam semesta. Dikau telah memperolehi kenikmatan-kenikmatan yang banyak, sebanyak jumlah apa yang ada padamu hingga kepada hal-hal yang tiada. Dikau bertanggung jawab atas mensyukurinya.

Adapun apa-apa yang berada di atasmu, maka dikau dan siapa sahaja tidak berhak untuk bertanya, mengapa dikau mampu sampai kepada darjat yang lebih tinggi dari darjat asalmu? Seperti halnya dikau tidak berhak bertanya kepada matahari, "Kenapa aku tidak menjadi matahari? Ataupun lebah?, dikau tidak berhak untuk bertanya, "Kenapa aku tidak menjadi pohon kurma yang dapat berbuah?"

SIRI TERJEMAHAN RASAIL NUR 5

KALIMAT LIMA
بسم الله الرحمن الرحيم

ان الله مع الذين اتقو والذين هم محسنون...

Kiranya dikau ingin mengetahui bahawa mendirikan solat dan menjauhi dosa-dosa besar merupakan suatu pertanggungjawaban yang hakiki bagi manusia dan bagaimanakah ianya bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia… maka dengarlah dan berikanlah perhatian terhadap hikayah yang ringkas ini.

Ketikamana berlakunya peperangan dunia pertama, di dalam sebuah pasukan tentera, terdapat dua orang tentera: salah seorang daripadanya merupakan seorang pelatih yang tekun dan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawabnya. Manakala tentera kedua merupakan seorang yang jahil terhadap tanggungjawabnya serta hanya mengikut hawa nafsunya sahaja.

Sesungguhnya seseorang yang patuh terhadap tanggungjawabnya akan mengambil berat terhadap kepentingan keseluruhannya dengan melakukan latihan dan perjuangan. Tanpa memikirkan tentang keperluan hidup dan rezekinya, disamping beranggapan bahawa keyakinan itu akan memenuhi keperluan hidupnya serta memelihara hal ehwal kehidupannya dan menambah rezekinya yang sedia ada, bahkan melebihi keperluannya, rawatan terhadap kesakitannya bagaikan penghirup makanan yang diletakkan pada mulutnya apabila ia memerlukan, segalanya itu dari kewajipannya terhadap negara. Dan adapun kewajipannya yang asasi ialah sentiasa melatih diri dalam perjuangan, kecuali ketikamana ia melakukan kerja-kerja seharian bagi kehidupannya seperti memasak dan membasuh pakaian, bahkan hingga pada melakukan perkara-perkara begini juga, sekiranya ditanya: apa yang yang anda telah lakukan? Ia menjawabnya : sesungguhnya aku telah mengerjakan sebahagian daripada kewajipan negara dengan taat, dan ia tidak menjawap: sesungguhnya aku mengerjakannya bagi memenuhi keperluan kehidupanku.

Adapun tentera kedua, seorang yang jahil terhadap kewajipannya, tidak pernah mengendahkan sebarang latihan dan tidak mengambil berat akan peperangan. Maka ia berkata: demikian ini adalah kewajipan Negara, dan bukan kewajipanku?! Maka ia menyibukkan dirinya terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan hidupnya sahaja dan berselindung disebaliknya meninggalkan tanggungjawab dan berjalan-jalan di pasaraya.

Pada suatu hari, berkatalah sahabatnya seorang jurulatih:

Wahai saudaraku!! Sesungguhnya kepentinganmu yang sebenar ialah menjalani latihan dan membuat persediaan untuk menghadapi peperangan, dan dikau diutus ke sini adalah atas urusan tersebut, maka patuhlah kepada perintah sultan dan berserahlah padanya dalam segara urusan kehidupanmu, maka dikau tidak akan kelaparan, maka demikian itu adalah kewajipannya dan tanggungjawabnya. Kemudian apabila dikau telah lemah (tua) dan fakir dikau tidak akan mampu untuk mengurus segala keperluan hidupmu sendiri, dan atas yang demikian itu maka kami kini berada di medan perjuangan dan di saat peperangan dunia yang besar, takutlah dikau sesungguhnya musuh-musuhmu itu tidak bertimbangrasa terhadap segala perbuatan dan kelakuan mereka lalu menjatuhkan atas dikau seksaan yang berat.

Ya; sesungguhnya kedua-dua tanggungjawab tersebut mulai muncul di hadapan kami:

Pertama: Tanggungjawab seorang sultan, iaitu mengurus segala kehidupan kita. Dan kita semua menggunakannya secara percuma terhadap anugerah daripada kewajipan tersebut.

Kedua: tanggungjawab kita, iaitu: berlatih dan bersedia untuk berperang, dan sultan menganugerahkan kepada kita bantuan, pertolongan dan kemudahan yang perlu.

Maka wahai saudaraku ambillah perhatian sekiranya dikau tidak mahu menjadi seorang tentera yang celaka maka dengarlah kata-kata jurulatih ini. Betapa banyakkah kerugian, perpecahan yang membawa kepada bahaya dan kecelakaan!?

Wahai jiwaku yang malas!

Sesungguhnya medan peperangan adalah merupakan kehidupan dunia yang bergelora…
Adapun para tentera yang terbahagi di dalam beberapa kumpulan merupakan manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara…
Adapun satu kumpulan itu sendiri merupakan suatu kumpulan masyarakat Islam masa kini…
Dan adapun dua orang tentera tersebut;

Tentera pertama merupakan seorang yang mengenal Allah dan beramal atas segala perintahnya yang fardhu serta menjauhi segala dosa dan larangannya, ia merupakan seorang muslim yang bertaqwa dan berjihad melawan hawa nafsunya dan syaitan, di dalam menjauhi segala amal kesalahan dan dosa….

Dan adapun tentera kedua merupakan seorang yang fasik (pelaku dosa besar) yang kerugian serta amat dahagakan keperluan hidup hingga ragu terhadap pemberi rezeki yang sebenarnya, tidak berbaloilah perjalanannya untuk mendapatkan sesuap kehidupan dengan meluputkan segala kewajipan dan menjauhinya dengan kemaksiatan…

Adapun latihan dan arahan merupakan ibadah dan yang utamanya adalah solat…
Adapun peperangan itu merupakan perjuangan manusia melawan hawa nafsunya sendiri, serta menjauhkan diri dari kesalahan dan keruntuhan akhlak, serta menjauhi segala bisikan syaitan dari kalangan jin dan manusia, menyelamatkan hati dan jiwanya dari kecelakaan yang berkekalan dan kerugian yang nyata.
Adapun kedua-dua kewajipan itu ialah; pertamanya merupakan tanggungan hidup dan segala keperluannya. Dan kedua merupakan amal ibadah atas kurniaan hidup dan bimbingannya serta perkaitan daripadanya dan bertawakkal atasnya serta bersifat tenang terhadapnya.

Demikianlah! Sesungguhnya segala kurniaan hidup; kewujudannya merupakan suatu ciptaan yang maha tinggi, suatu mukjizat yang bersinar-sinar. Lalu menjadikannya suatu hikmah ketuhanan, dialah yang memeliharanya, ia sendirian mentadbirnya dan dengan tangannya dikurniakan segala rezeki.

Adakah dikau inginkan bukti?!

Sesungguhnya selemah-lemah haiwan dan sebodoh-bodohnya turut dikurniakan rezeki dengan sebaik-baik kurniaan dan keperluannya. (seperti ikan dan ulat). Dan adapun selemah-lemah makhluk dan tiada kemampuan untuk mendapatkan makanan turut dikurniakan sebagus-bagus rezeki (seperti anak kecil dan bayi).

Agar dikau fahami bahawa cara untuk mendapatkan rezeki yang halal tanpa sebarang usaha dan susah payah, adalah dari kalangan orang tua dan orang lemah (sakit), cukuplah bagi dikau bahawa dikau membuat perbandingan tersebut di antara ikan-ikan yang bodoh dan serigala, dan di antara anak kecil yang tiada keupayaan dan haiwan liar yang ganas, serta di antara pohon-pohon dan haiwan-haiwan penjaga.

Maka bagi sesiapa yang meninggalkan solatnya atas sebab mencari keperluan hidup, ia bagaikan seorang askar yang meninggalkan latihan dan tenteranya serta bersiar-siar di pasar.
Dengan perbandingan seseorang yang mendirikan solat tanpa melupakan keperluan rezekinya, lalu mencarinya di suatu tempat kurniaan yang maha pemurah maha pemberi rezeki dan maha lemah lembut agar ia menjadi penawar atas yang lain, lalu cantiklah segala amalannya, bahkan ia menjadi lelaki yang gagah perkasa, dan ia juga kuat mengerjakan ibadahnya.

Seterusnya fitrah kejadian manusia dan apa sahaja yang dikurnia Allah padanya adalah dari kesempurnaan maknawiyyah, kedua-duanya menunjukkan bahawa ia merupakan makhluk yang diciptakan hanyalah untuk beribadah; kerana apa sahaja yang di utuskan padanya dari segi kemampuan, kekuatan dan apa sahaja yang dikurniakan terhadap pekerjaan bagi mendapatkan kehidupan dunia adalah tidak lebih tinggi nilainya daripada martabat burung-burung yang berterbangan di udara yang mana ia memenuhi keperluan hidupnya lebih banyak dan utama.

Disamping itu manusia dicipta sultan yang menguasai alam dan tuan segala makhluk dari segi kehidupannya yang maknawiyyah dan ukhrawiyyah, dengan apa yang diutuskan Allah padanya daripada ilmu pengetahuan, keperluannya dan perlaksanaannya serta ibadahnya.

Wahai diriku!

Sekiranya dikau ingin menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai sasaran untuk memenuhi keperluanmu dan menyimpang daripada jalannya yang sebenar maka jadilah dikau seperti burung-burung kecil yang berterbangan.

Dan sekiranya dikau ingin menjadikan kehidupan yang lain (kehidupan akhirat) sebagai sasaran dan mengambil kehidupan di dunia ini sebagai wasilah (perantaraan) dan tempat bercucuk tanam… maka jadilah dikau di bawah naungan tuan kepada segala kehidupan dan jadilah dikau seorang hamba yang mulia di sisi pencipta yang maha pemurah sebagai seorang tetamu yang dimuliai dan dihormati di dunia ini.

Oleh yang demikian tiada hak bagi dikau terhadap kedua-dua jalan, maka pilihlah satu sahaja daripada kedua jalan tersebut.

Aku bermohon kepada Tuhanku yang maha pengasih akan hidayah (petunjuk) dan taufiq (kebenaran).

Thursday, January 29, 2009

TIDAK MEROKOK KERANA ALLAH - 2


BAHAYA ROKOK DARI SUDUT SOSIAL

Asap yang dihasilkan dari sebatang rokok jelas menyebabkan polusi udara khususnya di ruang tertutup, di dalam bilik atau di dalam kenderaan, sehingga baunya yang busuk menganggu ketenteraman manusia di persekitarannya.

Para doctor mengatakan, bahawa penghisap rokok berisiko menghadapi bahaya kerana rokok terkandung dalamnya nikotin, tar dan lain-lain unsur yang melemahkan jantung penghisap rokok.

Seseorang yang hebat (tidak merokok) juga berisiko menghadapi situasi yang sama sekiranya ia berada di suatu ruang atau bilik bersama perokok.

Air dan udara merupakan dua unsur penting bagi kehidupan, maka sebagaimana halnya dilarang mencemari air, tentunya sangat dilarang mencemari udara.

Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda;

إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كامل المسك ونافخ الكير, فحامل المسك أما أن يخذيك وأما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة, ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد منه ريحا خبيثة.

“Permisalan teman duduk yang baik dan teman duduk yang membawa celaka adalah seperti, pembawa minyak kasturi dan si tukang besi, pembawa minyak kasturi mungkin memberimu minyak wangi, dikau membeli minyak darinya atau tidak mendapati keharuman darinya. Sedangkan situkang besi mungkin membakar pakaianmu dan dikau mendapatkan bau yang tidak sedap darinya”. – Bukhari & Muslim

Intisari hadith menjelaskan, bahawa teman sepeninggalan ada 2 macam;

a) Teman sepeninggalan yang baik, iaitu teman yang mendatangkan mamfaat bagi kita. Teman sebegini bagaikan si pembawa minyak kasturi yang memberi kebaikan kepada kita, kita dapat mengambil mamfaat darinya serta saling bertimbang rasa.
b) Teman sepeninggalan yang buruk, iaitu bagaikan si tukang besi, amat mirip dengan perokok, boleh jadi ia membakar pakaian kita dengan rokoknya serta dikau mendapatkan bau yang busuk dari asap rokoknya.

Sekiranya ada seorang yang bukan perokok menghembuskan nafasnya ke wajah dikau, nescaya dikau akan memarahinya serta mengangapnya sebagai tidak waras. Lalu bagaimana pula terhadap seorang perokok yang menghembuskan asap rokoknya yang busuk
dan berbahaya ke wajah dikau? Adakah dikau memarahinya atau lari dari sampingnya?

Bau busuk asap rokok menganggu orang yang berada disekitarnya, bahkan juga para malaikat (malaikat rahmat).

Dalam sebuah hadith, Nabi SAW bersabda;

من أكل ثوم أو بصلا فليعتزلنا وليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

“Barangsiapa makan bawang putih atau merah, maka hendaklah ia menjauhi kami, menjauhi masjid kami dan berdiam sahaja di rumahnya”. – Bukhari & Muslim

Walhal bau asap rokok jauh lebih jelas menganggu manusia berbanding bau bawang.

Suatu yang amat menghairankan, kebanyakan perokok merupakan orang yang sudah tidak lagi memiliki sifat “bertimbang rasa” terbukti mereka tidak berasa menganggu orang-orang yang berada di sekitar mereka, meskipun mereka mengetahui orang-orang di sekitar mereka tidak merokok, bahkan ketika bersama orang yang sakit dipembaringan. Mereka tidak lagi peduli terhadap arahan “DILARANG MEROKOK” sehingga merokok di dalam kenderaan orang lain atau awam, di ruang tertutup, di dalam bilik bersama teman yang tidak merokok bahkan di rumah sakit.

Demikian pula tanpa perasaan bersalah menghisap rokok di dalam masjid serta membawa bau busuk yang jelas menganggu para jemaah yang sedang shalat dan malaikat rahmat di dalamnya.

Walhal Islam menuntut seseorang muslim untuk bersiwak terutama pada ketika hendak shalat, memakai wangian dan berpakaian bersih.

Sanggupkah dikau membawa bau asap busuk ketika hendak melaksanakan shalat atau ketika saat bertemu Allah ?!

DALAM KENANGAN


Photo kenangan pelajar Idrisiah 1950

Dalam bulan April 1922 bersamaan dengan tahun Hijrah 1342, di zaman pemerintahan almarhum Sultan Iskandar Qaddasalah anakanda almarhum Sultan Idris Mursyidil ‘Azam Shah, Bukit Chandan Kuala Kangsar khasnya dan Negeri Perak amnya membuka suatu lembaran baru sejarahnya dalam perkembangan Pengajian Islam, apabila sebuah Institusi Pengajian Islam sistem sekolah yang diberi nama Madrasah Idrisiah mernulakan pengajiannya. Inilah Sekolah Agama yang pertama di Negeri Perak yang memulakan pengajiannya dengan mengambil seramai 23 orang anak yatim sebagai penuntut sulungnya.

Sekarang Madrasah ini telah berusia lebih kurang 87 tahun. Banyak perkara yang berhubung dengan Madrasah ini masih kekal seperti dahulu termasuk bangunannya kecuali yang berubah ialah sambutan masyarakat terhadap potensi dan pembangunannya yang pesat. Barangkali agaknya memang begitu sunnah Allah kepada alam tidak pernah ada sesuatu yang kekal selama ia bernama makhluk ia pasti akan berubah, ia pasti menempuh zaman turun naiknya. Hatta hidup ini sendiri pun adalah bagai gelombang yang pasti bertemu dangan tinggi rendah yang menjadi sifatnya.

Cuma yang kita harap Madrasah Idrisiah yang pemah menempuh zaman kejatuhannya dan kita merasakan zaman kejatuhannya itu telah mengambil masa yang panjang, biarlah sambutan Ihtifal kali ini merupakan titik tolak untuk ia bangun semula. Jika abad ke-15 dianggap oleh ahli-ahli fikir Islam sebagai zaman kebangkitan semula Islam dan madrasah ini ialah salah sebuah Institusi Pengajian Islam, biarlah ia bangun dalam zaman ini kerana tentunya masyarakat akan mendapat faedah jika ia bangun semula disaat masyarakat memerlukan ilmu para ulama dalam
serba bidang kehidupan.

Sebenarnya nama Idrisiah yang diberikan kepada Madrasah ini. mempunyai hubungan kait yang sangat erat dengan nama Almarhum Sultan Idris Mursyidil ‘Azam Shah. Baginda yang hidup sezaman dengan beberapa ulama besar Perak seperti Tuan Haji Nawawi yang dikenali dengan panggilan Pak Wi, Tuan Yunus Malim Nawar, Tuan Haji Wan Muhammad dengan penuh rasa tanggungjawab telah mewakafkan sebahagian daripada harta baginda termasuklah 23 pintu kedai di pekan Kuala Kangsar yang bertujuan untuk tidak lain dan tidak bukan ialah menjaga, memelihara dan mempertingkatkan syiar Islam dan
pengajarannya di Negeri Perak ini khasnya. Kesemua harta baginda digunakan untuk mentadbir tiga buah institusi penting dengan segala kemudahan asas yang lengkap, seperti rasanya seluruh pecinta Islam memanjatkan kehadrat Allah S.W.T semoga Allah memberikan rahmat dan kasihnya kepada roh Almarhum serta menambahkan hidayah dan petunjuk kepada zuriatnya. Sesungguhnya Almarhum boleh dijadikan
satu diantara beberapa model ‘Kepimpinan Melalui Tauladan’.

Menurut sumber-sumber yang sah menyatakan bahawa tanah tapak Madrasah Idrisiah ini yang mengandungi kira-kira 3 ekar adalah wakaf Almarhum sendiri yakni bukan tanah kerajaan yang diambil, tetapi tanah milik baginda sendiri. Diatas tapak seluas inilah baginda memerintahkan orang penting dalam pembinaan Madrasah ini menguruskan segala-gala yang diperlukan sehingga berjalannya pengajian di Madrasah ini dalam tahun 1922. Di atas tapak inilah didirikan lima buah bangunan yang mengandungi tiga buah rumah guru, sebuah pejabat yang dikenali dengan nama Idarah (Rumah Bulat) dan di Kuala Kangsar ini iaitu Makam Al-Ghufran, Bukit Chandan, Masjid Ridzwaniah di pekan Kuala Kangsar dan Madrasah Idrisiah.
Dengan keteguhan harta wakaf baginda inilah. Madrasah Idrisiah mampu mengekalkan tradisinya yang tersendiri termasuklah ia mampu mengekalkan satu-satunya sekolah agama yang bertaraf swasta yang tidak mengenakan sebarang yuran pelajaran kepada murid-murid. Dengan harta wakaf tersebut juga Madrasah mampu memberikan penempatan secara percuma kepada pelajarnya tinggal dalam segala kemudahan air, elektrik, dan sebagainya.

Bangunan panjang ini di bahagian atasnya dijadikan asrama dan dibahagian bawahnya dijadikan kelas-kelas. Asrama Madrasah ini boleh menampung lebih kurang 150 orang murid. Pada mulanya terdapat tiga tangga dibangunan ini iaitu dua dibahagian tepi dan satu di tengah. Memandangkan sambutan kepada Madrasah ini bertambah baik, kira-kira dalam tahun 1963 tangga besar di bahagian tengah dibuang dan dibahagian bawahnya dijadikan sebuah kelas lagi, sementara dibahagian atasnya dibiarkan lapang menjadi Ma’abad, untuk latihan solat malam, membaca al-Quran, kelas-kelas umumi dan sebagainya.
Berhampiran dengan Madrasah Idrisiah ini terdapat sebuah sekolah lagi yang diberi nama Madrasah Mariah. Madrasah ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri kerana ianya merupakan wakaf Almarhumah Raja Perempuan Mariah isteri kepada Almarhum Sultan Idris. Di Madrasah Mariah inilah tinggalnya Allahyarhamhu Tuan Haji Nawawi yang kita sebut sebagai Pak Wi. Beliau menjadi Mudir di Madrasah Mariah ini. Pak Wi adalah orang yang diamanahkan oleh Almarhum Sultan Idris untuk menyusun perancangan sehingga Idrisiah ini siap dibina. Madrasah Mariah yang disebut tadi, bangunan masih dikekalkan sehingga sekarang dan kini dijadikan asrama puteri Madrasah Idrisiah mulai 13 Ogos 1985 wakaf Mariah ini pula telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Perak. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk mengendalikan wakaf Almarhum Sultan Idris. Jawatankuasa itu dinamakan Jawatankuasa Amanah Agama dan Khairat Almarhum Sultan Idris. Jawatankuasa ini mengandungi tiga orang ahli disertai dengan dua orang pembantu. Pengerusi jawatankuasa ini ialah sesiapa sahaja yang memegang jawatan sebagai pegawai daerah Kuala Kangsar. Sementara dua orang ahli yang lain ialah seorang Orang Besar Negeri yang dilantik oleh baginda sultan sebagai Orang Kaya-kaya Setia Bijaya DiRaja Perak dan seorang lagi waris Almarhum Sultan Idris yang dilantik oleh ke bawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang memerintah.

Disamping itu pihak pegawai daerah telah melantik dua orang lagi pegawai yang berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Kangsar untuk menjadi setiausaha jawatankuasa ini dan seorang lagi sebagai bendahari dan pemungut wang termasuklah mengutip sewa kedai. Semua keperluan di ketiga-tiga institusi ini iaitu Madrasah Idrisiah, Masjid Ridzwaniah, Makam Al-Ghufran dari semua kewanganya dikendalikan oleh jawatankuasa tersebut.

Orang Besar Negeri yang menjadi salah seorang ahli dalam Jawatankuasa Amanah Agama Dan Khairat Almarhum Sultan Idris itu dengan sendirinya menjadi Pengerusi kepada sebuah jawatankuasa yang mentadbir segala perjalanan Madrasah Idrisiah. Jawatan ini dikenali dan dinamakan Pengerusi jawatankuasa Tadbir Madrasah Idrisiah. Selain itu Pengerusi jawatankuasa Tadbir Madrasah Idrisiah yang pertama ialah Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Shahbandar Tuan Ahmad Bin Haji Tahir. Setelah beliau meninggal dunia, Jawatan tersebut telah diamanahkan oleh ke bawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan kepada Orang Kaya-Kaya Seri Bijaya Diraja Perak Tuan Jeragan Abdul Shukor. Apabila Beliau kembali ke Rahmatullah beliau telah digantikan oleh anaknya Orang Kaya-Kaya Setia Tuan Mohd Noordin diikuti Orang Kaya-Kaya Setia Dato’ Mohd Hashim dan anakanda kepada Tuan Jeragan Abdul Shukor. Apabila Dato Mohd Hashim Kembali ke Rahmatullah selepas sahaja Madrasah Idrisiah meraikan Jubli Emasnya. Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Madrasah ini kini ditadbir kepada Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya DiRaja Perak Dato’ Abdul Wahab Bin Mohd Noordin iaitu cucu kepada Tuan Jeragan Abdul Shukor.

Pada mula Jawatankuasa Tadbir Madrasah hanya dianggotai seramai lima sahaja yang terdiri daripada dua Orang Besar Negeri, Mudir Madrasah, seorang setiausaha dan seorang kerani. Kemudiannya berbagai-bagai perubahan dan perlaksanaan dijalankan sehingga ke tahun 1984. Ini adalah suatu tindakan yang istimewa yang telah dilakukan bagi mengatasi kejatuhan Madrasah ini dengan melantik seorang setiausaha kehormat, seorang pegawai dari Pejabat Sultan yang terdiri daripada Encik Abu Bakar bin Mohd dan beliau masih kekal dengan jawatan tersebut sehingga sekarang. Kini Jawatankuasa Tadbir Madrasah berjumlah seramai 14 orang, 10 daripada mereka adalah bekas murid tua Madrasah ini dan 2 orang daripadanya adalah mewakili Persatuan Bekas Pelajar Madrasah Idrisiah.
Selain daripada Pengerusi dan Setiauasaha Yang Berhormat Tuan Haji Mior Harris Bin Mior Abu Bakar selaku Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perak dan Encik Zulkifli Bin Zakaria dan Encik Mahmedin Bin Taib, Penolong Pegawai Daerah Kuala Kangsar adalah jawatankuasa yang telah banyak memberi khidmat kepada pemulihan semula Madrasah ini. Lain-lain jawatan adalah terdiri daripada bekas-bekas pelajar Madrasah Idrisiah iaitu: Tuan Haji Bukhari Bin Harun, Kadi Daerah Kuala Kangsar Tuan Haji Muhammad Nizar Bin Haji Abdul Hamid, Tuan Haji Wan Ahmad Bin Wan Yusuf, Y.B Tuan Haji Abdul Aziz Bin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Selama Tuan Syeikh Haji Muhammad Ghazali Bin Haji Abdul Wahid Yang diPertua Persatuan Bekas Pelajar Madrasah Idrisiah, Tuan Haji Aznam Bin Haji Mat Rashid, Tuan Haji Osman Bin Haji Arshad yang mewakili Persatuan Bekas Pelajar Madrasah Idrisiah dan bekas Mufti Perak Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan Dato Haji Abdul Malik Bin Noordin.
Akhir tahun 1930 masihi, Idrisiah mengeluarkan putera-putera sulungnya seramai 23 orang. Di antara mereka Tuan Haji Nawawi Hassan yang kemudiannya terus menjadi guru di Madrasah Idrisiah. Tuan Haji Nawawi tidak pernah meninggalkan Madrasah Idrisiah melainkan hanya sekitar 1970 an, Tuan Haji Nawawi kemudian dilantik sebagai mudir Madrasah Idrisiah yang keenam apabila Dato’ Haji Abu Hassan mudir kelima meletakkan jawatan kerana kesihatan dalam tahun 1982. Tuan Haji Nawawi kembali ke Rahmatullah pada 18 Februari 1985, dikebumi di pinggir Makam Al-Ghufran Bukit Chandan. Sukar rasanya mencari seorang yang hilang yang paling istiqamah dengan pendirian dan sikapnya. Semoga Allah cucuri rahmat kepada rohnya.



Sebenamya angkatan sulung Madrasah Idrisiah yang mula belajar dalam tahun 1922 itu terpaksa mengambil masa untuk belajar selama sembilan tahun, di mana sewaktu di tahun ketujuh, mereka terpaksa berada selama tiga tahun, iaitu kelas tujuh alif, kelas tujuh ba, kelas tujuh tha. Kesemua ini berjalan sehinggalah pada tahun 1948, yakni hingga ke akhir zaman Allaharhu Al’lamah Syeikh Abdullah Fa’him, di zaman Syeikh Haji Zubir Bin Haji Ahmad pula kelas ketujuh itu dijadikan dua tahun sahaja dan berjalan sehingga ke tahun 1956. Kemudian Kelas tujuh hanya tinggal setahun sehingga ke tahun 1964, dimana mulai tahun tersebut Kelas lapan diwujudkan. Jika sebelum ini pembinaan asas Madrasah Idrisiah diletakkan oleh Tuan Haji Nawawi (Pak Wi) maka bolehlah dianggap pelajaran yang asas sekali di bina oleh mudir pertama Madrasah Idrisiah ini iaitu Tuan Haji Muhammad bin Salleh.
Perlu di ingat di zaman ini terdapat dua orang yang bemama Tuan Haji Mohd Salleh. Seorang daripadanya telah di lantik oleh Sultan Iskandar sebagai Syeikhul Islam Perak dan Yang Kedua ialah Mudir Pertama Madrasah ini. Oleh kerana keuzurannya dalam tahun 1928 beliau melepaskan jawatan Mudir dan kembali beristirehat bersama keluarganya di Kepala Batas. Sekalipun nama beliau kurang di kenali tetapi Allahyarhamhu merupakan seorang ulama yang sangat ikhlas, dimana kerana terlalu ikhlasnya serta ditambahi pula masa beliau berada di negeri Perak dalam jangka masa yang singkat dan kerana tumpuan beliau kepada madrasah ini sehingga menghadkan beliau berkecimpung dalam masyarakat menyebabkan namanya kurang dikenali. Hanya ‘Jauhari yang kenal Ma’nikam’.
Madrasah Idrisiah yang baru berusia lebih kurang enam tahun ini menghadapi masalah mudir. Mudir adalah pusat bagi sesebuah sekolah agama. Kecekapan pentadbiran, darjah kealiman, wara’ dan jika disebut sebagai baik itu harus ada pada seorang mudir untuk membolehkan madrasah yang dipimpin berjaya. Oleh kerana itulah jawatakuasa tadbir madrasah ini berusaha untuk mencari seorang ulama yang berkaliber, dan akhirnya bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, kali ini Idrisiah memperolehi seorang yang bukan kecil. Beliau adalah Syeikh Abdullah Maghribi yang memang seorang warga negara timur tengah dan beliau kembali ke rahmatullah di Mekah Al-Mukarromah dalam tahun 70 an. Sejarah telah mencatatkan bahawa beliau adalah seorang ulama yang sangat tegas dan berani dalam menghadapi masalah khurafat dan bida’ah didalam masyarakat kita. Barang kali juru dakwah yang ada sekarang akan merasa lebih sukar bagi melaksanakan kerja-kerja dakwah mereka. Membanteras khurafat lebih sukar daripada mengajak seorang kafir memeluk Islam.
Di zaman Syeikh Abdullah Maghribi masyarakat Islam mula dapat melihat hasil Madrasah Idrisiah. Apabila anak sulungnya yang keluar dalam tahun 1930an, sistem sekolah yang ketika itu diragui oleh sesetengah pihak telah membuka lembaran baru yang meyakinkan untuk menggantikan pondok-pondok yang berselerak di negeri Perak ini. Anak-anak yang keluar daripada sebuah institusi yang bernama sekolah atau madrasah dengan beberapa teknikal baru ini menghasilkan ketokohan mereka menyebabkan Idrisiah mula mendapat perhatian masyarakat Islam. la mula bertukar daripada fungsi asalnya sekadar menempatkan anak-anak yatim, membuka pintunya kepada seluruh masyarakat Islam. Setelah asas yang baik dibina oleh Tuan Haji Muhammad Salleh, maka Syeikh Abdullah Maghribi menampakkan hasil daripada asas tersebut.

Sekali lagi kehendak Allah berlaku. Hilang dan datang bertemu dan berpisah dikalangan makhluk Allah juga adalah suatu lagi sunnah Allah kepada alam dan makhluknya. Dalam tahun 1932, Tuan Syeikh Abdullah Maghribi terpaksa berangkat pulang ke Mekah Al Mukarromah. Idrisiah yang baru bangun telah kehilangan bapa, berusaha mencari tempat berlindung yang baru. Waktu itu ulama’ masih ramai, bukanlah suatu hal yang sangat sukar untuk mencari seorang ulama’.

Tetapi yang pasti ulama’ yang datang ini harus punya beberapa keistimewaan daripada yang telah pergi. Yang tumbuh pasti lebih daripada yang pergi atau sekurang-kurangnya sama dengan yang pergi. Jawatankuasa Tadbir Madrasah dengan perkenan kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak waktu itu, telah berkunjung ke Kepala Batas. Disana tinggalnya seorang ulama besar yang disegani oleh masyarakat Islam beliau adalah Allahyarhamhu Al’ Allamah Tuan guru Syeikh Abdullah Fa’him. Almarhum ini adalah datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang.
Idrisiah terus bergemerlapan. Kehadiran seorang ulama’ seperti kehadiran seorang pembawa obor kesuatu tempat yang memerlukan cahaya. Ulama besar ini dengan segala kegigihannya, dengan ikhlas dan dengan pergantungannya yang bulat kepada Allah membawa Madrasah Idrisiah kesuatu tahap yang amat mengkagumkan. Syeikh Abdullah Fahim seangkatan dengan Tok Kenali di Kelantan dan Tuan Hussain di Kedah. Dalan masa 16 tahun beliau memimpin Madrasah idrisiah telah banyak cendiakawan Islam yang lahir daripadanya. Negeri Selangor dan Pahang merupakan di antara Negeri yang pernah menerima khidmat anak murid Allah Yarhamhu yang dididik di Madrasah ini sebagai Mufti di negeri-negeri berkenaan, selain daripada Negeri Perak. Negeri Perak sendiri menerima khidmat bekas Madrasah Idrisiah ini sebagai Muftinya, mulai daripada Mufti yang kedua hinggalah kepada Mufti yang ada sekarang ini Dato Seri Haji Harussani bin Zakaria.
Hidup ini penuh dengan ujian Allah. Kadang-kala Allah memberikan manusia sakit dengan hikmatnya atau senang dengan hikmatnya. Tentunya itulah adalah hak Allah dan Allah sahaja yang mengetahui sebenar-benar hikmatnya daripada setiap kejadian yang berlaku kepada setiap makhluknya di alam ini. Setelah 16 tahun Tuan Haji Guru Syeikh Abdullah Fahim berada dan memimpin Madrasah Idrisiah dengan berbagai jasa, beliau sering uzur. Barangkali kerana takut tidak tersempurnanya amanah yang dipikul, Allahyarhamhu memohan untuk bersara dan untuk kembali ke tempat asalnya di Kawasan Daeratul Ma’arif Kepala Batas. Emas yang bercahaya dibawa ke manapun tetap emas yang terus bercahaya. Ulama’ adalah tetap ulama walau di manapun ia berada, ia tetap mengajar dan tetap berperanan.
Cuma Madrasah Idrisiah harus mencari pengganti seperti ketika ketiadaan Syeikh Abdullah Maghribi dahulu. Akhirnya yang dicari ditemui di Madrasah Al Ikhlas Masjid Tinggi Bagan Serai. Seorang ulama yang masih muda yang baru sahaja pulang dari tanah suci Mekah Al-Mukarromah. Seorang tokoh Melayu yang pernah berjasa di Mekah ketika beliau dengan beberapa orang kawannya dari Indonesia membuka sebuah institusi pengajian Islam yang diheri nama Darul Nur Diniyyah Mekah. Beliau ialah Syeikh Haji Zubir Bin Haji Daud yang kembali ke rahmatullah dalam tahun 1984 yang lalu.
Syeikh Haji Zubir adalah penyambung zaman gemilang Madrasah Idrisiah di zaman Syeikh Abdullah Fahim. Beliau memulakan tugasnya sebagai mudir keempat Madrasah Idrisiah pada tahun 1948. Beliau meninggalkan madrasah ini dalam tahun 1976 ketika beliau merasakan dirinya agak uzur dan perlu beristirehat. Beliaulah Mudir Madrasah Idrisiah yang paling lama diberi amanah sebagai mudir, dalam sekitar 28 tahun. Cintanya kepada Madrasah ini amat besar dan ketara. Ini ternyata sehingga ke akhir hayat beliau. Ini dapat dibuktikan apabila beliau telah mewasiatkan kepada keluarganya supaya sebahagian daripada hasil rumah sewanya yang terdapat di Teluk Intan terus di sumbangkan untuk membantu beberapa orang anak yatim yang belajar di Madrasah ini. Wang tersebut diberikan oleh keluarganya kepada pihak sekolah setiap bulan sehingga sekarang.
Syeikh Zubir seorang ulama’ yang mempunyai perwatakan lembut pada waktu normal dan menjadi tegas dan berani dalam ketika lain. Murid-muridnya hampir kesemua faham jika mahukan Tuan Syeikh sentiasa senyum, jangan ada sesiapa di antara murid-muridnya yang meninggalkan sembahyang berjemaah di Masjid Ubudiah. la sama sekali tidak memberi maaf kepada murid-muridnya yang meninggalkan sembahyang jemaah di masjid dan beliau sendiri sentiasa berjemaah di masjid. Pada beliau sekadar hujan bukan menjadi alasan untuk tidak berjemaah ke masjid. Di zaman murid-muridnya sangat terkenal dengan Dharbatain yang merupakan hukuman wajib kepada murid-murid yang meninggalkan sembahyang berjemaah disamping lain-lain hukuman.
Menurut ceritanya di sebabkan Allahyarhamhu pernah memukul seorang murid agak berat kerana meninggalkan sembahyang, hal itu di persembahkan orang kepada Al Marhum Sultan Yusof waktu itu. Almarhum menitahkan beliau mengadap ke istana tetapi setelah beliau memberi penjelasan Almarhum Sultan Yusof telah menitahkan Jawatankuasa Amanah menambah gaji bulanan beliau sebanyak RM 50 sebulan. Rupanya Almarhum menyedari bahawa hukuman yang dikenakan kerana meninggalkan sembahyang dengan sengaja itu sekalipun agak berat tetapi atas dasar dan prinsip yang agak kukuh. Kerana sikap tegasnya dengan masalah sembahyang itulah menyebabkan nama Idrisiah semakin bertambah harum.
Cuma diakhir tempoh beliau sebagai Mudir, Madrasah Idrisiah mula mengalami kemerosotan. Bukanlah kerana sikap dan kemampuan beliau menurun tetapi kerana mungkin beberapa faktor luaran, termasuklah tentang nilai ekonomi yang kurang terjamin bagi keluaran madrasah ini.
Setelah melihat keadaan tersebut beliau mengundur diri dalam tahun 1976 dan tempatnya digantikan bekas mufti kerajaan Perak, Dato’ Haji Abu Al-Hassan Abdul Majid, D.P.M.P.
Seterusnya Tuan Haji Nawawi merupakan Mudir yang berusaha membawa Idrsiah bertatih untuk bangun setelah jatuh dalam masa lima belas tahun. InsyaAllah, Idrisiah akan bangun semula kerana wakaf ikhlas Almarhum Sultan Idris itu telah pernah memberi erti kepada perkembangan Islam khasnya di dalam negeri ini dan amnya di seluruh negara.
Kepada roh semua guru-guru, termasuk murid-muridnya yang telah terlebih dahulu mengadap Allah, marilah kita hadiahkan untuk mereka Al-Fatihah semoga Allah memberikan rahmat dengan memasukkan roh mereka ke golongan hamba-hamba yang diredainya. Al-Fatihah.
Demikian pula untuk semua yang terlibat baik di zaman awalnya atau di zaman harumnya pun demikianlah pula di zaman kejatuhannya, seterusnya zaman kemodenannya (sekarang). Kepada mereka yang masih hidup wajarlah jua kita berdoa semoga disihatkan Allah dan diberi Allah rahmat dan pertunjuknya.
Kira-kira dalam bulan Jun 1984, seorang Setiusaha Kehormat dilantik. Diikuti pada 5 Oktober 1985, Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shah berkenan berangkat mencemar duli ke Madrasah Idrisiah untuk melihat dan mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh madrasah ini. Hasil daripada keberangkatan baginda itu, baginda telah menitahkan penyusunan semula Madrasah Idrisiah dan beberapa langkah kemudiannnya diambil, di antaranya ialah Mudir Madrasah Idrisiah yang akan dilantik mestilah dari kalangan bekas penuntut Idrisiah sendiri dan terlantiknya Ustaz Musa bin Zainuddin sebagai Mudir yang ke-6. Atas titah baginda sultan, pihak Chandan Development telah mengecat semula dan memperbaiki Madrasah Idrisiah dengan menelan belanja hampir RM 100,000,00 pada tahun tersebut.
Kerajaan Negeri Perak dengan titah Duli Yang Mulia Sultan Azlan Shah telah mewakafkan sebidang tanah seluas 20 ekar kepada Jawatankuasa Tadbir Madrasah Idrisiah untuk tujuan pembinaan Institut Pengajian Tinggi Takhasus al-Idrisiah.
Kini dibawah pentadbiran Mudirnya yang ke-7 Tuan Haji Kamaruddin, usaha-usaha bagi meneruskan kecemerlangan Madrasah Idrisiah masih diteruskan, kini Madrasah Idrisiah terus melahirkan tokoh-tokoh hebat bukan sahaja dalam penguasaan ilmu agama bahkan tokoh-tokoh akademik yang berjaya di seluruh Negara.
Semoga kami semua bekas-bekas kelahiran Idrisiah dapat memberikan khidmat sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada kemajuan dan pembangunan Madrasah Idrisiah di masa kini hinggalah ke zaman-zaman mendatang. InsyaAllah.