Wednesday, January 28, 2009
SIRI TERJEMAHAN RASAILNUR 4
KALIMAT EMPAT
بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة عماد الدين
Kiranya dikau ingin mengetahui betapa pentingnya solat serta perlaksanaannya, betapa jauh perjalanannya dan betapa tinggi balasannya, dan sesungguhnya barang siapa yang tidak mengerjakannya dan tidak menunaikan haknya dialah insan yang rugi… ya! Sekiranya dikau ingin mengetahui semua rahsianya dengan penuh keyakinan – seumpama keyakinan bahawa 2 x 2 bersamaan dengan 4 – maka ambillah perhatian pada hikayat yang ringkas ini:
Pada suatu hari… seorang hakim telah mengutuskan dua orang suruhannya untuk pergi ke kebunnya yang cantik, lalu memberikan kepada kedua-dua suruhannya dua puluh empat lira emas agar dapat keduanya sampai ke kebun tersebut dalam tempoh dua bulan… lalu berpesan ia kepada keduanya: ‘aku berikan sejumlah perbelanjaan ini agar dikau menggunakannya untuk membeli tiket dan buat perbelanjaan dalam perjalannanmu nanti, di sana terdapat sebuah tempat istirehat bagi setiap musafir, maka hendaklah dikau berdua beristirehad selama sehari setibanya disana nanti… terdapat juga di sana pelbagai jenis pengangkutan seperti kereta, kapal terbang, kapal dan keretapi….. dan setiapnya dengan harganya tersendiri.
Maka keluarlah kedua suruhan tersebut setelah keduanya mendapatkan arahan….. adapun seorang daripadanya amat ceria dan gembira, setelah ia memperolehi sesuatu ditangannya lalu terus menuju ke perhentian, ia melaburkannya pada suatu perniagaan yang menguntungkan dan ia redha terhadap tuannya, maka meningkat pelaburan kewangannya daripada satu kepada seribu.
Adapun suruhan yang kedua, telah menyelimpang perjalanannya, habis dibelanjakan wangnya sebanyak dua puluh tiga lira emas pada perkara yang tidak berfaedah dan keseronokan, lalu tiba di perhentian hanya dengan satu lira emas sahaja….
Lalu berkata sahabatnya:
Ya salam…. Dikau ingin membeli tiket perjalananmu hanya dengan baki satu lira kepunyaanmu itu? Tidak mungkin, ketahuilah bahawa tuan kita berdua sangat pemurah dan penyayang, demikian itu ia melengkapi akan dikau dengan kasih sayangnya dan mengurniakan akan dikau atas apa yang kekurangan, lalu membenarkan akan dikau menaiki kapal terbang dan mengurniakan kepada kita berdua di perhentian ini tempat tinggal untuk satu hari. Sekiranya dikau tidak melaksanakan apa yang aku katakan terhadap dikau maka dikau tidak akan sampai ketempat yang dituju dalam tempoh dua bulan dengan cara berjalan kaki, dan kelaparan akan membelengui dikau, jauhnya perjalanan dikau rasai dan dikau seorang diri di dalam perjalanan yang jauh ini.
Telah dikau lihat seseorang yang menyalahi arahan, belanjakan wangnya hingga berbaki satu lira, di dalam perjalanan syahwatnya yang rakus, penuh dengan kelazatan, sebagai ganti kepada tiket perjalanannya yang seumpama kunci perbendaharaan terpenting baginya! Tak dapat tidak, demikian itu adalah merupakan kecelakaan yang amat merugikan, dan kebodohan yang sebenar benarnya….. bukankan ia seorang yang celaka dan rugi?
Wahai orang yang meninggalkan solah! Wahai jiwaku yang sempit daripada melaksanakannya!
Sesungguhnya hakim itu adalah tuhan dan pencipta kita jalla jalalah..
Adapun kedua-dua pesuruh, seorang daripadanya taat pada agamanya, mendirikan solat dengan tekun dan menunaikannya dengan sebenar-benarnya. Adapun pemuda yang kedua seorang yang lalai yang meninggalkan solat…
Adapun nilai wang dua puluh empat lira umpama 24 jam dalam sehari daripada tempoh sehari…
Adapun kebun yang cantik umpama syurga….
Dan tempat perhentian itu seumpama kubur……
Dan adapun pelancongan dan perjalanan yang jauh itu umpama perjalanan yang dilalui manusia bermula dari alam kubur, padang mahsyar hinggalah ke suatu tempat yang kekal. Maka orang-orang yang melalui jalan yang panjang ini memintasnya di atas darjat-darjat yang berlainan, setiap penilaian amalannya mengikut ketaqwaannya, maka perbezaan daripada orang-orang yang bertaqwa terputusnya satu hari bersamaan keluasan seribu tahun perjalanan bagaikan burak, dan perbezaan daripada mereka terputusnya satu hari jaraknya ialah lima puluh ribu tahun perjalanannya mereka bagaikan khayal. Telah ditunjukkan dalam alquran al-A’zim akan hakikat ini pada dua ayat yang mulia…..
(وإن يوما عند ربك كألف سنة مما تعدون)-الحج
(تعرج الملائكة والروح إليه في يوم كان مقداره خمسين ألف سنة)-المعارج
Adapun tiket perjalanan ialah seumpama solat lima waktu beserta wudhuk yang hanya cukup bagi melaksanakannya dalam tempoh satu jam dalam sehari.
Wahai orang yang berada dalam kerugian.. sesiapa yang menghabiskan dua puluh tiga jam daripada masanya atas kehidupan dunia yang kecil ini, dan tidak memadai dengan hanya satu jam untuk kehidupannya yang kekal dan panjang!
Sesungguhnya seorang yang berakal akan melaburkan sebahagian wangnya pada suatu pelaburan seakan-akan seribu orang pelabur serta memperolehi keuntungan padanya satu pelaburan menjadi seribu.. maka betapa bodohnya seseorang yang tidak melaburkan wangnya walaupun hanya satu daripada 24 keping wangnya pada suatu keuntungan yang berpanjangan dengan nisbah keuntungan 99%?!
Sesungguhnya solat itu merupakan suatu kerehatan besar bagi roh, hati dan akal. Lebih hebat lagi ianya bukan suatu perbuatan yang mendatangkan kelemahan bagi tubuh. Dan lebih dari itu ia merupakan suatu perlakuan amalan yang dikerjakan oleh orang yang solat suatu keharusan dan akan mendapat ganjaran pahala baginya sebagai ibadah kepada Allah, demikian itu terjadi dengan niat yang ikhlas… bahkan ia mampu melakukan perubahan terhadap individu yang mengerjakannya bagi mengumpul sebanyak harta dari umurnya untuk menuju ke hari akhirat, maka peroleh ia umur yang kekal dengan umurnya yang fana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment