At-Tirmizi meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Dunia itu terkutuk, dan terkutuk apa sahaja yang ada di dalamnya, kecuali zikir kepada Allah dan apa sahaja yang mendukungnya, orang berilmu dan orang yang belajar ilmu”.
Dunia ini hina di sisi Allah dan tidak sebanding dengan sayap nyamuk di sisiNya, maka dunia ini dan apa sahaja dalamnya sangat jauh dariNya. Allah SWT mencipta dunia sebagai lading untuk akhirat, jambatan kepadanya dan tempat berbekal diri hamba-hamba Allah. Allah tidak mendekatkan padaNya kecuali apa yang mengandungi zikir kepadaNya, dan sesuatu yang melahirkan rasa cinta kepadaNya iaitu ilmu yang dengannya Allah dikenal, disembah, diingat, disanjung dan diagungkan. Untuk tujuan inilah, Allah mencipta dunia dan penghuninya, firman Allah SWT:
وما خلقت الجن والإنسان إلا ليعبدون
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”. – adz-Dzariyat:56
Allah Taala berfirman:
ألله الذي خلق سبع سماوات ومن الأرض مثلهن يتنزل الأمر بينهن لتعلموا أن الله على كل شيء قدير وأن الله قد أحاط بكل شيء علما
“Allah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kalian mengetahui bahawasenya Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu”. Ath-Thalaq:12
Kedua ayat di atas menjelaskan, bahawa Allah Taala mencipta langit, bumi dan apa sahaja yang ada di antara keduanya agar Ia dikenal dengan Nama-namaNya dan Sifat-sifatNya, serta Ia disembah.
Inilah dan apa sahaja yang menghantar kepada Allah seperti ilmu dan pengajarannya, maka ia dikecualikan dari kutukan, dan kutukan terjadi pada selain ilmu dan pengajarannya sebab selain ia (ilmu) jauh dari Allah, cintaNya dan agamaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment