Monday, January 26, 2009

POTENSI KEPERLUAN CILI

Cili dapat tumbuh dikebanyakkan negara di dunia, namun begitu negara Asia merupakan kawasan tanaman cili paling luas berbanding benua lain iaitu seluas 688,710ha, manakala benua Afrika mempunyai kawasan tanaman seluas 204,890ha.

Keseluruhan pasaran bagi cili didapati banyak kepada cili segar, tetapi bagi pasaran luar bentuk cili yang dikeluarkan adalah cili kering. Namun yang demikian, terdapat pelbagai jenis cili yang dapat diterima pasaran ini termasuklah cili bangi, cili kulai, cili merah dan cili api.

Pengeluar utama cili dunia adalah negara China, ia berdasarkan kepada sumber The Chilie Papper Institut, yang mana negara tersebut meliputi 46% pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7,025,360 juta matrik tan pada Disember 2002.

Pertumbuhan ekonomi, pertambahan penduduk, trend pengguna dan gaya hidup mempengaruhi permintaan cili dalam negara. Faktor menggalak seperti promosi memainkan peranan penting bagi menimbilkan kesedaran perlunya sayur-sayuran contohnya dalam pemakanan harian

Pasaran eksport utama cili Malaysia ke Singapura, Brunei, Hong Kong dan EU, perlulah dikekalkan. Cili varieti baru perlu diperkenalkan dan hantaran percubaan akan dibuat bagi memungkinkan cili Malaysia dapat diterima dipasaran khususnya pasaran baru di negara-negara EU.

Cili merupakan salah satu sayuran berbuah yang cukup popular di Malaysia. Berdasarkan jadual ekport dan import cili Malaysia kita boleh merumuskan bahawa eksport cili berada dalam kedudukan agak statik daripada tahun 1995 hingga 2001. Namun begitu, nilai eksport terus meningkat daripada tahun 1999 hingga 2001.
Pasaran cili dalam domestik boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu institusi, isirumah dan kilang. Penggunaan cili juga boleh dibahagikan kepada 4 kategori utama iaitu cili hijau, cili kering, cili merah dan juga cili padi. Jangkaan penggunaan cili adalah untuk Penggunaan cili meliputi tahun 2008, 2009 dan sehingga tahun 2010.Jangkaan 6 tahun akan datang, penggunaan cili akan terus meningkat berikutan bertambahan komposisi penduduk Malaysia, dan ini akan menambahkan peningkatan permintaan terhadap cili segara dan juga yang telah diproses sebagai cili sos atau cili giling. Manakala penggunaan kilang juga akan terus bertambah dengan wujudnya perhubungan di antara permintaan cili dengan penggunaan isi rumah

No comments:

Post a Comment