Thursday, January 29, 2009

TIDAK MEROKOK KERANA ALLAH - 2


BAHAYA ROKOK DARI SUDUT SOSIAL

Asap yang dihasilkan dari sebatang rokok jelas menyebabkan polusi udara khususnya di ruang tertutup, di dalam bilik atau di dalam kenderaan, sehingga baunya yang busuk menganggu ketenteraman manusia di persekitarannya.

Para doctor mengatakan, bahawa penghisap rokok berisiko menghadapi bahaya kerana rokok terkandung dalamnya nikotin, tar dan lain-lain unsur yang melemahkan jantung penghisap rokok.

Seseorang yang hebat (tidak merokok) juga berisiko menghadapi situasi yang sama sekiranya ia berada di suatu ruang atau bilik bersama perokok.

Air dan udara merupakan dua unsur penting bagi kehidupan, maka sebagaimana halnya dilarang mencemari air, tentunya sangat dilarang mencemari udara.

Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda;

إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كامل المسك ونافخ الكير, فحامل المسك أما أن يخذيك وأما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة, ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد منه ريحا خبيثة.

“Permisalan teman duduk yang baik dan teman duduk yang membawa celaka adalah seperti, pembawa minyak kasturi dan si tukang besi, pembawa minyak kasturi mungkin memberimu minyak wangi, dikau membeli minyak darinya atau tidak mendapati keharuman darinya. Sedangkan situkang besi mungkin membakar pakaianmu dan dikau mendapatkan bau yang tidak sedap darinya”. – Bukhari & Muslim

Intisari hadith menjelaskan, bahawa teman sepeninggalan ada 2 macam;

a) Teman sepeninggalan yang baik, iaitu teman yang mendatangkan mamfaat bagi kita. Teman sebegini bagaikan si pembawa minyak kasturi yang memberi kebaikan kepada kita, kita dapat mengambil mamfaat darinya serta saling bertimbang rasa.
b) Teman sepeninggalan yang buruk, iaitu bagaikan si tukang besi, amat mirip dengan perokok, boleh jadi ia membakar pakaian kita dengan rokoknya serta dikau mendapatkan bau yang busuk dari asap rokoknya.

Sekiranya ada seorang yang bukan perokok menghembuskan nafasnya ke wajah dikau, nescaya dikau akan memarahinya serta mengangapnya sebagai tidak waras. Lalu bagaimana pula terhadap seorang perokok yang menghembuskan asap rokoknya yang busuk
dan berbahaya ke wajah dikau? Adakah dikau memarahinya atau lari dari sampingnya?

Bau busuk asap rokok menganggu orang yang berada disekitarnya, bahkan juga para malaikat (malaikat rahmat).

Dalam sebuah hadith, Nabi SAW bersabda;

من أكل ثوم أو بصلا فليعتزلنا وليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

“Barangsiapa makan bawang putih atau merah, maka hendaklah ia menjauhi kami, menjauhi masjid kami dan berdiam sahaja di rumahnya”. – Bukhari & Muslim

Walhal bau asap rokok jauh lebih jelas menganggu manusia berbanding bau bawang.

Suatu yang amat menghairankan, kebanyakan perokok merupakan orang yang sudah tidak lagi memiliki sifat “bertimbang rasa” terbukti mereka tidak berasa menganggu orang-orang yang berada di sekitar mereka, meskipun mereka mengetahui orang-orang di sekitar mereka tidak merokok, bahkan ketika bersama orang yang sakit dipembaringan. Mereka tidak lagi peduli terhadap arahan “DILARANG MEROKOK” sehingga merokok di dalam kenderaan orang lain atau awam, di ruang tertutup, di dalam bilik bersama teman yang tidak merokok bahkan di rumah sakit.

Demikian pula tanpa perasaan bersalah menghisap rokok di dalam masjid serta membawa bau busuk yang jelas menganggu para jemaah yang sedang shalat dan malaikat rahmat di dalamnya.

Walhal Islam menuntut seseorang muslim untuk bersiwak terutama pada ketika hendak shalat, memakai wangian dan berpakaian bersih.

Sanggupkah dikau membawa bau asap busuk ketika hendak melaksanakan shalat atau ketika saat bertemu Allah ?!

No comments:

Post a Comment