Monday, January 26, 2009

KAMBING JAMNAPARI



Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India ( jantan berat badan 44kg dan betina 36kg ) dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.

Berbiak Kembang Dengan Pintas

Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien di mana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.

Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal

Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran di sebabkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan di Malaysia

No comments:

Post a Comment