Friday, January 23, 2009

SIRI TERJEMAHAN RASAIL NUR 3


KALIMAT TIGA
بسم الله الرحمن الرحيم

يا أيُّهَا النَاسُ اعبُدُوْا...

Sekiranya dikau ingin memahami bagaimanakah ibadah itu menjadi sebuah perniagaan dan kebahagiaan yang besar, dan kefasikan itu menjadi sebuah kerugian dan kecelakaan yang buruk. Maka perhatikanlah kisah perbandingan ini dan ambillah pengajaran atasnya.

Telah mengadap dua orang tentera pada suatu hari - mendapatkan perintah untuk pergi ke sebuah bandar yang jauh, maka bermusafirlah keduanya bersama-sama sehingga bertemu akan mereka suatu simpang yang menghubungkan kepada dua buah jalan lalu didapati padanya seorang lelaki, lalu berkata kepada keduanya:

Sesungguhnya jalan di sebelah kanan ini tiada padanya sebarang kemudharatan, padanya terdapat pengembara-pengembara yang jiwanya tenang, tenteram dan beruntung dengan nisbah 9/10. Ada pun jalan di sebelah kiri maka padanya tiada mamfaat dan memberi kemudharatan dengan nisbah 9/10.

Sesungguhnya kedua-dua jalan tersebut adalah sama dari sudut panjang dan pendeknya, kecuali satu perkara yang berbeza; iaitu jalan sebelah kiri – tidak terikat padanya sebarang peraturan dan perintah – berjalan padanya tanpa membawa bekalan dan tanpa senjata, maka ia dapati pada dirinya ketakutan yang nyata dan percutian yang menggerunkan.

Berlainan dengan jalan sebelah kanan – iaitu perlu patuh terhadap peraturan dan perintah ketua – seorang yang terpaksa membawa bersamanya bekalan lengkap daripada makanan dan senjata kerajaan yang boleh digunakan bagi menghadapi musuh.

Setelah kedua-dua tentera tersebut mendengar penjelasan lelaki itu, lalu mengambil ia jalan kesenangan dan kebahagiaan melalui jalan kanan, maka berlalulah didalam perjalanannya menanggung atas belakangnya beberapa benda yang berat ini adalah kerana diri dan rohnya lebih tenteram membawa seribu keberatan berbanding satu kecelakaan dan ketakutan.

Manakala si tentera yang celaka dan malang meninggalkan tentera dan tidak mematuhi sebarang peraturan dan arahan mengambil jalan ke kiri, maka bebaslah dirinya daripada bekalan dan bebanan yang berat hanyalah bagi hatinya yang lemah dibawah ribuan bebanan kesengsaraan dan kesusahan, dan terhimpit rohnya dibawah bayangan ketakutan yang tiada terhingga. Maka berlalulah ia pada jalannya menyusahkan setiap orang, resah gelisah terhadap segala sesuatu, takut terhadap segala yang akan berlaku, sehingga sampai ke tempat yang dituju maka muncullah disana pembalasan atas kegawatan dan kesalahannya.

Adapun si tentera yang menyukai peraturan ketenteraan dan memelihara beg dan senjatanya – maka berlalulah ia dengan hati yang gembira dan jiwa yang tenang tanpa dibebani fitnah seseorang, dirampas barang atau takutkan gangguan seseorang.. hingga sampailah ia ke bandar yang dituju, maka diperolehi disana ganjaran atasnya bagaikan seorang tentera yang mulia serta beriltizam dengan kebaikan.

Wahai jiwa yang terpesong pukau!

Ketahuilah akan dikau sesungguhnya diperhiaskan dikau dua orang musafir; salah seorang daripadanya seorang yang menyerahkan diri dan mematuhi peraturan ilahi, dan yang kedua seorang yang melanggari peraturannya serta mengikut hawa nafsu..

Dan adapun perumpamaan jalan itu ialah jalan kehidupan yang datang dari alam ruh merintasi kubur sebagai permulaan menuju alam akhirat..

Dan adapun perumpamaan bebanan beg dan senjata itu merupakan ibadah dan taqwa, keduanya diumpamakan ibadah secara zahirnya atas bebanan dan keberatan melaksanakannya, kecuali apabila ia dilihat dari sudut maknanya yang hakiki ia merupakan kerehatan dan keringanan yang besar tidak dapat untuk digambarkan, demikian itu terjadi kerana seorang abid (ahli ibadah) berkata di dalam solahnya (( لا اله الا الله iaitu tiada pencipta dan tiada pemberi rezeki kecuali dia, mamfaat dan mudharat adalah dalam tangannya, sesungguhnya ia merupakan hakim yang tidak melakukan sesuatu perkara dengan sia-sia sebagaimana ianya maha penyayang yang pemurah dan ihsan.

Maka bagi seorang mu’min yang beriqtiqad dengan apa yang dikatakannya, ia akan mendapati pada setiap sesuatu itu bagaikan pintu yang terbuka luas menuju kepada perbendaharaan kasih sayang ilahi, maka jalan baginya ialah doa, dan ia melihat bahawa segala perkara itu merupakan suatu yang amat menakjubkan atas perintah tuhannya, maka ia memohon perlindungan kepada tuhan dengan penuh pengharapan. Dan ia tenteram apabila berhadapan dengan segala musibah dengan bersandarkan kepada tawakkal, maka ia menganugerahkan keimanannya dengan keamanan yang lengkap dan ketenangan yang sempurna.

Benar! Sesungguhnya pancaran nilai-nilai keberanian ialah keimanan dan pengabadian, bagaikan kebaikan keseluruhannya, dan adapun pancaran nilai-nilai ketakutan ialah kesesatan dan kebodohan, bagaikan kejahatan keseluruhannya..

Benar! sesungguhnya seorang hamba yang mengabdikan diri semata-mata kerana Allah AWJ, bercahayalah hatinya dengan cahaya yang sempurna walaupun sekiranya bumi ini bagaikan sebiji bom yang akan meledak pasti tidak akan menakutkannya, bahkan semakin teguh pergantungannya atas kekuasaan tuhan yang pada kekaguman yang terang-benderang.

Ya! Di atas keterpaksaan manusia berhajat kepada sesuatu yang tiada pengakhirannya baginya daripada sesuatu perkara, walaupun modalnya tiada, dan di atas keterpaksaan manusia ingin menonjolkan sesuatu yang baik yang tiada pengakhiran padanya walaupun kemampuannya tiada, demikianlah segala punca kewangan dan kekuasaannya tidak mampu dicapai oleh tangannya, disamping itu daerah-daerah kemahuan, keinginan, kesakitan dan ujiannya amat luas seluas pandangan mata dan khayalannya.

Demikianlah, sesiapa yang tidak buta mata dan penglihatannya secara keseluruhan, maka ia melihat dan mengetahui bahawa amal ibadah, tawakkal, aqidah dan islam merupakan sebesar-besar keuntungan, kebahagiaan dan kenikmatan bagi roh manusia yang lemah dan fakir untuk mencapai segala hajatnya.

Sebagaimana yang telah diketahui, sesungguhnya jalan keamanan yang mengikuti jalan kemudharatan walaupun ia membawa keamanan hanyalah dengan nisbah 1/10, manakala jalan kemudharatan yang mengikuti jalan keamanan ia membawa keamanan dengan nisbah 9/10 dan ditambah padanya jalan ubudiah.

Adapun jalan-jalan kefasikan dan kecelakaan – bersama keadaannya tiada akan mamfaat bahkan ianya mendatangkan kecelakaan dan kekecewaan yang berkekalan, serta mendatangkan kerugian dan menghilangkan kebaikan dengan nisbah 9/10…. Perintah ini adalah sabit dengan suatu penyaksian yang tiada padanya kekurangan daripada golongan yang khusus dan nyata dengan darjah mutawatir dan dipersepakati. Iaitu keyakinan dalam cahaya pengkhabaran ahli zauk dan kashaf.

Kita dapati daripada keterangan ini:

Sesungguhnya kebahagiaan di dunia ini ialah pada ibadah dan berjihat dijalan Allah. Sebagaimana ia juga merupakan kebahagiaan di akhirat.

Maka atas kita hendaklah sentiasa:

Mensyukuri Allah atas ketaatan dan petunjuknya….
Dan mensyukurinya di atas Islamnya kita…

Kitab: Risail an-Nur (al-Kalimat, kalimat 3)
Penulis: Badiuzzaman Said an-Nursi

No comments:

Post a Comment