Friday, January 23, 2009

SIRI TERJEMAHAN RASAIL NUR 2

KALIMAT DUA
بسم الله الرحمن الرحيم

الذِيْنَ يُؤمِنُوْنَ بالغَيْبِ

Sekiranya dikau ingin mengetahui betapa besarnya nilai kebahagiaan dan kenikmatan di dalam iman, betapa besarnya nilai kelazatan dan kerehatan padanya, maka dengarlah hikayah ini.

Telah keluar dua orang lelaki di suatu hari, untuk melancong, beristirehat dan berniaga. Adapun salah seorang daripada keduanya merupakan seorang yang mementingkan diri sendiri “ananiah” menuju ke suatu tempat dengan jalannya sendiri, dan adapun pemuda kedua merupakan seorang yang menyerahkan diri kepada Allah juga menuju ke suatu tempat yang lain dengan jalan yang berlainan.

Bermulalah perjalanan mereka berdua..

Maka lelaki yang bersifat ‘ananiah’ yang suka membesarkan diri, sombong dan bongkak, telah tiba di sebuah negeri yang mana pada pandangan matanya hanya dipenuhi dengan kecelakaan dan kejahatan, sebagai balasan terhadap kesombongan yang terdapat di dalam dirinya, ke mana sahaja arah tujunya tidaklah ia melihat melainkan kejahatan semata-mata – kelihatan olehnya orang-orang lemah yang terseksa menjerit dan melolong kerana dipukul oleh lelaki-lelaki yang ganas dan zalim, segala hasil pekerjaan mereka turut dimusnahkan. Setiap tempat yang dilaluinya hanyalah kelihatan keadaan-keadaan kesakitan dan kesedihan. Seakan-akan seluruh pelusuk negeri tersebut hanyalah sebuah tempat kesedihan.


Baginya tiada sebarang ubat dan jalan untuk menghadapi segala kesakitan dan kezaliman tersebut agar ia bebas dan selamat hanyalah dengan ‘mabuk’, lalu setiap penduduk di dalam negeri tersebut memandang kepadanya sebagai seorang musuh yang mendatangkan bahaya, lalu menjauhkan diri darinya, maka lahirlah azab seksaan yang menyakitkan yang wujud dalam dirinya sendiri sehingga apa sahaja yang dilihatnya bagaikan jenazah-jenazah yang menakutkan dan anak-anak yatim yang menangis dengan tangisan yang pahit.

Manakala lelaki yang kedua merupakan seorang abid yang kuat amal ibadahnya kepada Allah, sentiasa mencari kebenaran, serta seorang yang berakhlak mulia, demikian itu ia tiba di sebuah negeri yang baik dan pada pandangannya merupakan suatu keriangan dan keindahan semata-mata.

Lelaki yang soleh ini melihat bahawa negeri yang diziarahinya bagaikan merayai perayaan suka ria, pada setiap lorong ada kegembiraan, dan pada setiap sudut ada keriangan dan pada setiap tempat terdapat orang-orang yang majzub (seakan-akan hilang ingatan kerana terlalu asyik dengan berzikir). Hingga ia dapati setiap individu negeri ini bagaikan seorang sahabat yang benar dan saudara yang kasih ke atasnya. Kelihatan baginya seluruh Negara bagai mengiklankan – sambutan-sambutan penganugerahan – sorak gembira dengan keriangan dan kemesraan beserta ucapan-ucapan syukur dan puji-pujian. Didengari padanya suara-suara pancaragam yang mempersembahkan nyanyian-nyanyian bersemangat diselangi dengan ucapan-ucapan takbir yang kuat dan kegembiraan-kegembiraan yang tersebar dengan kebaikan dan kebanggaan untuk mereka yang berjasa atas khidmat dan tentera.

Di antara keduanya… lelaki pertama merupakan si malang yang sakit dimana dengan kesakitannya, sakit manusia seluruhnya… manakala lelaki kedua merupakan si bahagia yang bergembira dimana gembiranya itu mengembirakan manusia seluruhnya. Ia memperolehi keuntungan yang besar atas perniagaannya, maka memuji dan bersyukurlah ia kepada Allah AWJ.

Kemudian ia kembali dan pulang lalu bertemu ia si malang dan bertanya ia hal keadaannya di sepanjang percutian.., maka berkatalah ia kepada sahabatnya yang malang itu: mengapa begitu; dikau telah tersesat akal, bathinmu telah menjadi busuk bertentangan dengan zahirmu, semua ini terjadi kerana salah faham dikau…….. kembalilah kepada petunjuk dan bersihkanlah hatimu sehingga jauh dari pandanganmu belengu kejahatan ini, maka dikau akan mampu melihat hakikatnya.

Kerana-Nya tidak mungkin akan mengurniakanmu zahir segala ketetapan ini yang mana padanya terdapat ketinggian dan kesempurnaan dihadapan pandangan matamu, anugerah tersebut hanyalah untuk yang memiliki keadilan, kasih sayang, lapang jiwa, kekuasaan, penuh iltizam dan belas kasihan…………… Setelah mendengar kata-kata itu, maka si celaka itu kembali menyedari kesilapan dirinya dan kembali kepada kebenaran dan petunjuk, lalu berkata penuh penyesalan:

Ya aku telah tersesat akal kerana terlalu terangsang dengan arak dan sentiasa dalam kemabukan… semoga Allah redha ke atas dikau; di atas segala bantuanmu terhadapku. Sesungguhnya dikau telah membebaskan aku daripada kecelakaan ini.

Wahai jiwaku!

Ketahuilah akan dikau, sesungguhnya lelaki yang pertama itu seorang kafir atau seorang fasik yang lalai, maka dunia ini pada pandangannya merupakan tempat untuk meratap kesedihan, dan seluruh kehidupan bagaikan anak-anak yatim yang menangis kerana dipukul oleh pelbagai bala bencana yang sentiasa datang melanda…

Manakala manusia dan haiwan bagaikan makhluk-makhluk yang terbiar tanpa dijaga dan dimiliki, hanya menunggu tiba masa untuk dicakar dengan kuku-kuku kematian…

Adapun kewujudan-kewujudan yang besar – seperti gunung dan lautan – maka ianya diibaratkan jenazah yang tidak berguna tanpa nyawa… segala kesakitan dan kecelakaan ini adalah berpunca daripada keraguan yang lahir daripada kekafiran dan kesesatannya sendiri lalu mengancam si pelakunya dengan azab maknawi iaitu azab yang lahir dari dalam diri mereka sendiri.

Adapun lelaki kedua, seorang beriman yang mengenali penciptanya dengan sebenar-benar pengetahuan dan ia beriman kepadanya, adapun dunia pada pandangannya merupakan tempat mengingati yang maha penyayang, suatu lapangan pembelajaran dan latihan bagi manusia mahupun haiwan, serta suatu dewan ujian dan peperiksaan bagi seluruh manusia dan jin…

Adapun kematian itu telahpun ditetapkan – dari kalangan haiwan dan manusia – ia merupakan suatu pengakhiran bagi setiap pekerjaan dan perkhidmatan, lalu berpindah dari dunia yang fana ini menuju ke dunia penganugerahan dan mereka bergembira dengan perasaan yang lahir dari diri mereka sendiri, Bebas daripada gangguan sesuatu kesempitan masa dan tempat, peredaran masa, halangan perjalanan dan kebebasan bertindak bagi mereka yang berkhidmat untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan.

Adapun kelahiran itu telahpun ditetapkan – dari kalangan haiwan dan manusia – ia merupakan pusat latihan ketenteraan, penciptaan senjata, kenaikan pangkat dan tanggungjawab, semua yang hidup merupakan pekerja dan tentera, mereka bergembira dan sentosa dengannya serta redha selamanya…


Dan adapun suara-suara gema dan bunyi-bunyian yang melantun-lantun yang lahir daripada dunia bagaikan suara-suara zikir, tasbih yang dikurniakan bagi memulakan kewajipan, manakala kesyukuran dan kegembiraan setelah selesai segala tugasan, atau bisikan-bisikan nyanyian yang lahir daripada perasaan zauk setiap pekerjaan…

Manakala segala yang wujud - pada pandangan orang yang beriman – adalah merupakan hamba-hamba yang taat, para pekerja yang lembut dan suatu ketetapan yang manis untuk tuannya yang mulia dan pemilik dirinya yang maha penyayang… demikianlah ia lahir daripada keimanan yang teguh daripada permisalan-permisalan hakikat yang amat penting lagi lemah lembut dan penuh dengan kelazatan dan zauk.

Maka keimanan itu membawa makna sebiji benih yang menumbuhkan sepohon pokok tuba di dalam syurga…

Adapun kekafiran itu membawa makna sebiji benih yang meludahkan sepohon pokok zakkum di dalam neraka…

Segala keselamatan dan keamanan tidak akan wujud pada keduanya melainkan dengan Islam dan Iman.

Maka hendaklah kita sentiasa memohon:

الحمد لله على دين الاسلام وكمال الآيمان

Kitab: Risail an-Nur (al-Kalimat, kalimat 2)
Penulis: Badiuzzaman Said an-Nursi

No comments:

Post a Comment