Friday, January 30, 2009

PENANAMAN SENGKUANG



Penanaman Ubi Sengkuang
Untuk memperbaiki kesuburan tanah, tabur baja tahi ayam sebanyak 550 beg (anggaran 30 kilogram bagi sehektar) yang ditabur 2 kali. Kali pertama ditabur semasa penyediaan tanah dan kali kedua ditabur di atas batas selepas menanam. Penambahan bahan organan akan membaiki struktur dan tekstur tanah dari segi pemegangan air dan nutrien untuk pertumbuhan pokok. Batas berukuran 75 cm lebar dan 22 cm tinggi pula dinaikkan. Jarak diantara batas adalah 160 cm.
Pengairan
Kolam-kolam di persekitaran kawasan lombong boleh digunakan sebagai bekalan air. Gunakan alat sprinkler jenis 'jet sprayer' untuk mengairkan tanaman. Setiap unit berkeupayaan untuk mengairkan kawasan sehingga seluas 0.4 hektar. Pam air yang menggunakan kuasa 'PTO' dari traktor menyedut air daripada kolam untuk menyiram pokok.
Menanam
Biji benih ditanam terus di atas batas dengan kadar 9 kilogram sehektar. Penanaman 2 baris sebatas diamalkan dengan jarak tanaman 30 cm antara baris dan 15 cm antara pokok. Sebanyak satu biji ditanam pada setiap lubang. Biji benih akan bercambah 10 hari selepas menyemai. Program membaja yang diamalkan adalah seperti berikut:-
• Baja Asas
400 beg tahi ayam - ditabur rata di permukaan tanah sebelum dibajak.

• Baja Sisi
(i) 200 kg. baja sulphate of ammonia - ditabur di batas 14 hari selepas anak benih tumbuh.
(ii) 150 beg tahi ayam - ditabur di atas 21 hari selepas anak benih tumbuh.
(iii) 300 kg. baja sebahatian 15:15:15 - ditabur 40 hari selepas anak benih tumbuh.
(iv) 300 kg. baja sebatian 15:15:15 - ditabur 60 hari selepas anak benih tumbuh.

Perhatian: Tambah 1-2 kali jika diperlukan dengan kadar yang sama setiap 20 hari.
Mencantas Dahan Dan Bunga
Mencatas dilakukan pada masa pokok berumur 50 hari selepas menanam dan dilakukan sebanyak 4 kali. Cara mencantas batang ialah dengan membuang dahan-dahan utama yang berlebihan dengan hanya meninggalkan 3-4 cabang. Pucuknya dicantas sehingga batang berukuran 45-50 cm. Kesemua jambak bunga hendaklah dicantas.
Hasil sengkuang boleh dikutip 4 bulan selepas ditanam. Mutu ubi akan menurun jika dikutip pada umur pokok melebihi 6 bulan. Tanda-tanda pokok yang matang adalah daun berwarna kekuningan. Aktiviti mengutip hasil termasuklah mencabut, memotong, menyusun ubi ke dalam bakul dan mengangkut bakul ke atas lori.

1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Di mana sy nk dptkn sengkuang yg bersaiz besar dan byk air dgn kuantiti yg byk....

    ReplyDelete