KALIMAT LIMA
بسم الله الرحمن الرحيم
ان الله مع الذين اتقو والذين هم محسنون...
Kiranya dikau ingin mengetahui bahawa mendirikan solat dan menjauhi dosa-dosa besar merupakan suatu pertanggungjawaban yang hakiki bagi manusia dan bagaimanakah ianya bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia… maka dengarlah dan berikanlah perhatian terhadap hikayah yang ringkas ini.
Ketikamana berlakunya peperangan dunia pertama, di dalam sebuah pasukan tentera, terdapat dua orang tentera: salah seorang daripadanya merupakan seorang pelatih yang tekun dan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawabnya. Manakala tentera kedua merupakan seorang yang jahil terhadap tanggungjawabnya serta hanya mengikut hawa nafsunya sahaja.
Sesungguhnya seseorang yang patuh terhadap tanggungjawabnya akan mengambil berat terhadap kepentingan keseluruhannya dengan melakukan latihan dan perjuangan. Tanpa memikirkan tentang keperluan hidup dan rezekinya, disamping beranggapan bahawa keyakinan itu akan memenuhi keperluan hidupnya serta memelihara hal ehwal kehidupannya dan menambah rezekinya yang sedia ada, bahkan melebihi keperluannya, rawatan terhadap kesakitannya bagaikan penghirup makanan yang diletakkan pada mulutnya apabila ia memerlukan, segalanya itu dari kewajipannya terhadap negara. Dan adapun kewajipannya yang asasi ialah sentiasa melatih diri dalam perjuangan, kecuali ketikamana ia melakukan kerja-kerja seharian bagi kehidupannya seperti memasak dan membasuh pakaian, bahkan hingga pada melakukan perkara-perkara begini juga, sekiranya ditanya: apa yang yang anda telah lakukan? Ia menjawabnya : sesungguhnya aku telah mengerjakan sebahagian daripada kewajipan negara dengan taat, dan ia tidak menjawap: sesungguhnya aku mengerjakannya bagi memenuhi keperluan kehidupanku.
Adapun tentera kedua, seorang yang jahil terhadap kewajipannya, tidak pernah mengendahkan sebarang latihan dan tidak mengambil berat akan peperangan. Maka ia berkata: demikian ini adalah kewajipan Negara, dan bukan kewajipanku?! Maka ia menyibukkan dirinya terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan hidupnya sahaja dan berselindung disebaliknya meninggalkan tanggungjawab dan berjalan-jalan di pasaraya.
Pada suatu hari, berkatalah sahabatnya seorang jurulatih:
Wahai saudaraku!! Sesungguhnya kepentinganmu yang sebenar ialah menjalani latihan dan membuat persediaan untuk menghadapi peperangan, dan dikau diutus ke sini adalah atas urusan tersebut, maka patuhlah kepada perintah sultan dan berserahlah padanya dalam segara urusan kehidupanmu, maka dikau tidak akan kelaparan, maka demikian itu adalah kewajipannya dan tanggungjawabnya. Kemudian apabila dikau telah lemah (tua) dan fakir dikau tidak akan mampu untuk mengurus segala keperluan hidupmu sendiri, dan atas yang demikian itu maka kami kini berada di medan perjuangan dan di saat peperangan dunia yang besar, takutlah dikau sesungguhnya musuh-musuhmu itu tidak bertimbangrasa terhadap segala perbuatan dan kelakuan mereka lalu menjatuhkan atas dikau seksaan yang berat.
Ya; sesungguhnya kedua-dua tanggungjawab tersebut mulai muncul di hadapan kami:
Pertama: Tanggungjawab seorang sultan, iaitu mengurus segala kehidupan kita. Dan kita semua menggunakannya secara percuma terhadap anugerah daripada kewajipan tersebut.
Kedua: tanggungjawab kita, iaitu: berlatih dan bersedia untuk berperang, dan sultan menganugerahkan kepada kita bantuan, pertolongan dan kemudahan yang perlu.
Maka wahai saudaraku ambillah perhatian sekiranya dikau tidak mahu menjadi seorang tentera yang celaka maka dengarlah kata-kata jurulatih ini. Betapa banyakkah kerugian, perpecahan yang membawa kepada bahaya dan kecelakaan!?
Wahai jiwaku yang malas!
Sesungguhnya medan peperangan adalah merupakan kehidupan dunia yang bergelora…
Adapun para tentera yang terbahagi di dalam beberapa kumpulan merupakan manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara…
Adapun satu kumpulan itu sendiri merupakan suatu kumpulan masyarakat Islam masa kini…
Dan adapun dua orang tentera tersebut;
Tentera pertama merupakan seorang yang mengenal Allah dan beramal atas segala perintahnya yang fardhu serta menjauhi segala dosa dan larangannya, ia merupakan seorang muslim yang bertaqwa dan berjihad melawan hawa nafsunya dan syaitan, di dalam menjauhi segala amal kesalahan dan dosa….
Dan adapun tentera kedua merupakan seorang yang fasik (pelaku dosa besar) yang kerugian serta amat dahagakan keperluan hidup hingga ragu terhadap pemberi rezeki yang sebenarnya, tidak berbaloilah perjalanannya untuk mendapatkan sesuap kehidupan dengan meluputkan segala kewajipan dan menjauhinya dengan kemaksiatan…
Adapun latihan dan arahan merupakan ibadah dan yang utamanya adalah solat…
Adapun peperangan itu merupakan perjuangan manusia melawan hawa nafsunya sendiri, serta menjauhkan diri dari kesalahan dan keruntuhan akhlak, serta menjauhi segala bisikan syaitan dari kalangan jin dan manusia, menyelamatkan hati dan jiwanya dari kecelakaan yang berkekalan dan kerugian yang nyata.
Adapun kedua-dua kewajipan itu ialah; pertamanya merupakan tanggungan hidup dan segala keperluannya. Dan kedua merupakan amal ibadah atas kurniaan hidup dan bimbingannya serta perkaitan daripadanya dan bertawakkal atasnya serta bersifat tenang terhadapnya.
Demikianlah! Sesungguhnya segala kurniaan hidup; kewujudannya merupakan suatu ciptaan yang maha tinggi, suatu mukjizat yang bersinar-sinar. Lalu menjadikannya suatu hikmah ketuhanan, dialah yang memeliharanya, ia sendirian mentadbirnya dan dengan tangannya dikurniakan segala rezeki.
Adakah dikau inginkan bukti?!
Sesungguhnya selemah-lemah haiwan dan sebodoh-bodohnya turut dikurniakan rezeki dengan sebaik-baik kurniaan dan keperluannya. (seperti ikan dan ulat). Dan adapun selemah-lemah makhluk dan tiada kemampuan untuk mendapatkan makanan turut dikurniakan sebagus-bagus rezeki (seperti anak kecil dan bayi).
Agar dikau fahami bahawa cara untuk mendapatkan rezeki yang halal tanpa sebarang usaha dan susah payah, adalah dari kalangan orang tua dan orang lemah (sakit), cukuplah bagi dikau bahawa dikau membuat perbandingan tersebut di antara ikan-ikan yang bodoh dan serigala, dan di antara anak kecil yang tiada keupayaan dan haiwan liar yang ganas, serta di antara pohon-pohon dan haiwan-haiwan penjaga.
Maka bagi sesiapa yang meninggalkan solatnya atas sebab mencari keperluan hidup, ia bagaikan seorang askar yang meninggalkan latihan dan tenteranya serta bersiar-siar di pasar.
Dengan perbandingan seseorang yang mendirikan solat tanpa melupakan keperluan rezekinya, lalu mencarinya di suatu tempat kurniaan yang maha pemurah maha pemberi rezeki dan maha lemah lembut agar ia menjadi penawar atas yang lain, lalu cantiklah segala amalannya, bahkan ia menjadi lelaki yang gagah perkasa, dan ia juga kuat mengerjakan ibadahnya.
Seterusnya fitrah kejadian manusia dan apa sahaja yang dikurnia Allah padanya adalah dari kesempurnaan maknawiyyah, kedua-duanya menunjukkan bahawa ia merupakan makhluk yang diciptakan hanyalah untuk beribadah; kerana apa sahaja yang di utuskan padanya dari segi kemampuan, kekuatan dan apa sahaja yang dikurniakan terhadap pekerjaan bagi mendapatkan kehidupan dunia adalah tidak lebih tinggi nilainya daripada martabat burung-burung yang berterbangan di udara yang mana ia memenuhi keperluan hidupnya lebih banyak dan utama.
Disamping itu manusia dicipta sultan yang menguasai alam dan tuan segala makhluk dari segi kehidupannya yang maknawiyyah dan ukhrawiyyah, dengan apa yang diutuskan Allah padanya daripada ilmu pengetahuan, keperluannya dan perlaksanaannya serta ibadahnya.
Wahai diriku!
Sekiranya dikau ingin menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai sasaran untuk memenuhi keperluanmu dan menyimpang daripada jalannya yang sebenar maka jadilah dikau seperti burung-burung kecil yang berterbangan.
Dan sekiranya dikau ingin menjadikan kehidupan yang lain (kehidupan akhirat) sebagai sasaran dan mengambil kehidupan di dunia ini sebagai wasilah (perantaraan) dan tempat bercucuk tanam… maka jadilah dikau di bawah naungan tuan kepada segala kehidupan dan jadilah dikau seorang hamba yang mulia di sisi pencipta yang maha pemurah sebagai seorang tetamu yang dimuliai dan dihormati di dunia ini.
Oleh yang demikian tiada hak bagi dikau terhadap kedua-dua jalan, maka pilihlah satu sahaja daripada kedua jalan tersebut.
Aku bermohon kepada Tuhanku yang maha pengasih akan hidayah (petunjuk) dan taufiq (kebenaran).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment