Wednesday, January 28, 2009

TIDAK MEROKOK KERANA ALLAH - 1


Bahaya rokok dari sudut Akhlak/Moral

Seorang budak yang ketagihan rokok kadang kala mencuri wang bapanya atau teman-temannya agar dapat membeli rokok.

Berdasarkan data 95% pelaku kesalahan jenayah adalah terdiri dikalangan perokok.
Merokok adalah merupakan perbuatan meniru gaya hidup orang-orang kafir secara membabi buta dan symbol kemajuan palsu, kita lihat gaya hidup masyarakat barat yang merokok diketemukan ditempat-tempat hiburan, disko, club malam dan di meja judi, menurut mereka dunia adalah sebatang rokok dan segelas bir.

Rokok menyebabkan gangguan saraf. Oleh itu seorang perokok sering mudah marah, sering bertengkar, panas baran, sering melakukan kekerasan dan berfikiran cetek walaupun berpendidikan tinggi. Muamalah mereka dengan orang lain bahkan keluarga sendiri sering dinilai buruk.

Kadang-kala seorang perokok rela merendahkan martabat diri demi memperolehi sebatang rokok dengan cara meminta-minta dengan kalimah “minta sebatang” atau “pau sebatang” atau hanya dengan isyarat dua jari di bibir. Akan tetapi mereka tidak mahu atau malu untuk meminta sesuatu yang bermamfaat contohnya makanan meskipun tatkala itu mereka dalam kelaparan. Ini merupakan kesan daripada ketagihan yang serius terhadap rokok.
Rokok menjadikan sebahagian umat Islam tidak lagi berasa malu merokok di bulan Ramadhan, kerana tidak sanggup berpuasa kerana rokok, atau menjadikan sebahagian daripada mereka yang berpuasa tetapi tidak menghormati bulan tersebut, seperti bersahur dan berbuka dengan rokok.Mereka tidak lagi memiliki prinsip hidup kerana telah terpengaruh dengan tatacara dan budaya hidup orang kafir iaitu merokok.

Generasi muda – remaja, pelajar dan mahasiswa merupakan golongan yang paling buruk akhlaknya sekiranya mereka merokok (lebih-lebih lagi yang menuntut dalam bidang agama Islam). Merokok merupakan tanda yang menunjukkan betapa rendahnya nilai akhlak dan moral mereka serta tidak memiliki sifat sopan santun, kerana merokok bukanlah simbol kejantanan dan kelelakian seperti yang diwar-warkan oleh Amerika dan Yahudi dengan tujuan untuk meruntuhkan semangat jihad dan akhlak pemuda Islam.

Manakala bagi golongan bekerja dan yang menanggung sara hidup sendiri, nilai akhlak dan moral yang lahir daripada tabiat merokok tidaklah begitu menonjol namun kesan dan akibatnya tetap sama lebih-lebih lagi ketika bersama ahli keluarganya, anak isterinya… sebagai seorang ketua keluarga seharusnya menunjukkan contoh tauladan yang baik terhadap anak isterinya seperti tidak merokok di hadapan mereka.

Tidak kurang juga isteri-isteri yang tertipu oleh si suami masing-masing akibat daripada tabiat buruk si suami, sebelum berkahwin mengaku tidak merokok, tetapi setelah mendirikan rumahtangga wajah si isteri dijadikan sasaran hembusan asap. Bukankan ini dayus namanya?!

Siperokok juga sering menganggu keselesaan orang lain atau teman-temannya yang tidak merokok dengan gangguan baud an asap yang dihembuskan. Sifat seperti ini sudah jelas menunjukkan betapa rendahnya akhlak si perokok.

Pelajar-pelajar dan remaja yang merokok sering melakukan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah seperti gejala ‘mat rempit’, budaya ‘punk’, ‘black metal’ dan mereka sering terdapat di komplek-komplek membeli belah dan di kaki-kaki lima sambil merepak, membuang masa, menganggu orang ramai dan mengorat.
Demikian juga apabila seorang wanita merokok akan hilang sifat dan pesona kewanitaannya, mulutnya mengeluarkan aroma busuk, disamping membahayakan diri dan janin dalam kandungannya.

Sesungguhnya semua perilaku ini secara terang-terang meniru budaya hidup orang-orang kafir secara membabi buta.

Wahai insan merokok hentikanlah tabiat merokok kerana Allah SWT.

No comments:

Post a Comment